Adel Masidah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Adeline Joyce Masidah (lahir 16 Februari 1993) adalah merupakan seorang penyanyi wanita yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau memulakan karier seninya ketika dia menyertai program realiti TV popular terbitan Astro, Akademi Fantasia 2014. Beliau berjaya menduduki tempat kelima didalam program realiti tersebut. [1]

Adel Masidah
Nama lahirAdeline Joyce Masidah
Kelahiran (1993-02-16) 16 Februari 1993 (umur 28)
Sabah Keningau, Sabah, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2014-sekarang
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
  • Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB)
  • Angsana Music Group
Pengkarya berkait
Firman Bansir

Akademi Fantasia 2014[sunting | sunting sumber]

Adel terpilih diantara 12 orang pelajar yang berjaya memasuki banglo Akademi Fantasia 2014 dan mengikuti pembelajaran setiap minggu di akademi. Namun, beliau tersingkir pada konsert minggu ke-7 berikutan undian SMS yang tidak menyebelahinya ketika itu. Pada konsert minggu ke-9, beliau diserap semula ke dalam akademi bagi mengisi kekosongan kuota 5 finalis ke konsert akhir. Pemilihannya adalah berdasarkan 100% daripada keputusan fakulti AF setelah melihat prestasi beliau didalam akademi ketika itu. Berikut adalah persembahan beliau;

Konsert Tema Lagu & penyanyi asal Rank
Minggu 1 Pilihan Pelajar "Ku Ada Kamu" nyanyian Adira 4
Minggu 2 90an "Kalau Mencari Teman" nyanyian Ziana Zain 2
Minggu 3 Hitz Fantasia "Jahat" nyanyian Stacy 4
Minggu 4 Tribute Komposer Malaysia "Kesetiaan" nyanyian Siti Sarah 3
Minggu 5 Kerohanian & Ketuhanan "Jagalah Diri" nyanyian Jaclyn Victor 4
Minggu 6 Rock "Rolling In The Deep" nyanyian Adele 4
Minggu 7 Tribute P. Ramlee & Saloma
(Sally & Remy)
"Jelingan Mata" nyanyian Saloma Tersingkir
Minggu 8 Pilihan Media - -
Minggu 9 Road To Final - AF SERAP
Minggu Akhir Grand Finale "I Have Nothing" nyanyian Whitney Houston Tempat Kelima
"Hati" nyanyian Adel
  • Lagu & Lirik: Kuncidemak

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album
2014 "Hati" AF2014 Hits
2016 "Beranilah" Single

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Penampilan Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Program Peranan Saluran
2014 Akademi Fantasia 2014 Peserta Astro Ria
MeleTop Tetamu undangan
(Ep. 103)
2016 hLive! Tetamu undangan

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Insiden melatah[sunting | sunting sumber]

Adel telah diundang sebagai tetamu jemputan khas di rancangan hLive! di Astro Ria ketika sedang mempromosikan single terbaharunya ketika itu yang berjudul Beranilah. Namun ketika ditemubual, beliau secara tak sengaja telah melatah dan menyebut "toto", iaitu salah satu perkataan kurang sopan yang merujuk kepada sebutan alat sulit bagi kaum wanita di Sabah. Namun bagi penonton dan netizen yang menyaksikan kejadian tersebut di kaca televisyen, mereka menganggap benda itu adalah biasa dan agak melucukan. Akan tetapi, Adel segera tampil memohon maaf secara terbuka dilaman media sosialnya diatas berlakunya kejadian yang amat memalukan tersebut. [2]

Isu menjadi orang ketiga[sunting | sunting sumber]

Nama Adel sekali lagi hangat diperkatakan ketika beliau dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang usahawan yang masih berstatus sebagai suami orang. Isteri kepada lelaki tersebut mendakwa bahawa sikap suaminya mulai berubah dan mengabaikan diri dan anak-anaknya setelah suaminya berkenalan selama tiga bulan bersama bintang Akademi Fantasia tersebut. Pada mulanya Adel menafikan sekeras-kerasnya isu tersebut dan mengatakan itu hanyalah fitnah semata-mata. Namun, setelah itu, gosip tersebut ternyata benar apabila dikhabarkan lelaki tersebut telahpun bertindak menceraikan isterinya. [3] Bagaimanapun, Adel dan bekas isteri kepada usahawan tersebut akhirnya telahpun berdamai dan melupakan kisah kontroversi mereka.

Adel akhirnya tampil mengumumkan bahawa dia telahpun masuk Islam dan berkahwin dengan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Affan Jumahat. Mereka kemudian dinikahkan di Taman Seri Gaya di Kota Kinabalu, Sabah pada Januari 2017 dengan dihadiri 200 orang tetamu serta bekas isteri dan anak-anak Affan. [4]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Akademi Fantasia 2014[sunting | sunting sumber]

  • Pemenang Tempat Kelima

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kemalia Othman (10 November 2014) [1] mstar.
  2. ^ Georgie Joseph (16 September 2016) [2] harianmetro.
  3. ^ Shahzeeq (12 Februari 2016) [3] beautifulnara.
  4. ^ My Amri (1 Januari 2017) [4] Astro Gempak.