AF2014 Hits

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
AF2014 Hits
Album studio oleh Artis-artis Akademi Fantasia Musim 11
Dikeluarkan pada8 November 2014
GenrePop
SyarikatMeasat Broadcast Network Systems Sdn Bhd
PenerbitRaqim Ahmad
Kronologi Artis-artis Akademi Fantasia Musim 11
AF2013
(2013)
AF2014 Hits
(2014)
Hits AF2015
(2015)

AF2014 Hits adalah sebuah album studio yang memuatkan 8 buah lagu nyanyian 8 peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia Musim 11 yang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan seterusnya. Ia memuatkan lagu-lagu pop yang dicipta oleh komposer terkenal baru dan lama seperti M. Nasir, Awi Rafael, DJ Fuzz, dan AG Coco. Ia juga mendapat sentuhan dalam susunan muzik oleh tenaga pengajar Akademi Fantasia sendiri iaitu Acis dan Hattan. Album ini juga menyaksikan buat pertama kali seorang finalis diberi peluang untuk merakamkan lagu ciptaan sendiri, iaitu Nuha.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

# Lagu Penyanyi Komposer Penulis Lirik Masa
1 "Pertama Kali" Nuha Nuha Nuha 3:40
2 "Harus Akhiri Ceritanya" Azwan Ajai Sheikh Kalam 3:31
3 "Di Pintumu" Firman Dato' M. Nasir Dato' M. Nasir 4:24
4 "Kembalikan Semula" Ewal DJ Fuzz Adeeb Nahar 3:33
5 "Without You" Aman Awi Rafael Awi Rafael 4:33
6 "Misteri" Nina AG Coco & Amir Jahari Amir Jahari 3:31
7 "Kau Bernama Cinta" Zarif Dato' M. Nasir Dato' M. Nasir 4:13
8 "Hati" Adel Kuncidemak Kuncidemak 4:16

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Lagu "Di Pintumu" nyanyian juara, Firman Bansir serta lagu "Without You" dendangan naib juara Aman Aziz berjaya memikat hati pendengar sejak ia mula dipasarkan. Lagu-lagu finalis lain dijadualkan akan dipromosikan secara berperingkat. Terdapat juga kritikan berkenaan beberapa lagu ciptaan komposer berpengalaman yang disifatkan agak ketinggalan zaman dan kurang menepati citarasa pendengar.