Agama Yahudi Karaite

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri rencana mengenai
Yahudi dan Agama Yahudi
Star of David.svg       Menorah7a.png

Siapakah Seorang Yahudi? · Etimologi · Budaya


Yahudi · Dasar teras
Tanakh (Taurat / Nevi'im / Ketuvim)
Talmud · Halakha · Hari kelepasan · Sembahyang
Tatasusila · 613 Mitzvot · Adat · Midrash


Kelompok etnik Yahudi
Ashkenaz · Sephard · Mizrah · Kaum hilang · Orang Samaria


Jumlah penduduk (sejarah) · Mengikut negara
Israel · Amerika Syarikat · Rusia/Kesatuan Soviet · Poland
Kanada · Jerman · Perancis · England
Sepanyol · Amerika Latin · Iraq · Tanah Muslim
Senarai Yahudi · Yahudi-Kriptik


Mazhab Yahudi · Rabai
Ortodoks · Konservatif · Reformasi
Ahli Pembina Semula · Liberal · Karaite · Alternatif


Bahasa Yahudi
Ibrani · Yiddish · Ladino · Dzhidi
Judeo-Aram · Judeo-Arab
Juhuri · Krymchak · Karaim · Knaanik
Judeo-Parsi · Yevanik · Zarphatik


Gerakan politik Yahudi
Zionisme · Zionisme Buruh · Zionisme Am
Zionisme Keagamaan · Zionisme Revisionis
Bund · Kibbutzim
Politik Israel · Feminisme Yahudi


Sejarah · Garis masa · Pemimpin
Purba · Kuil · Usiran Babylonia
Baitulmuqaddis (Dalam agama Yahudi · Garis masa)
Hasmoneans · Sanhedrin · Perpecahan
Farisi · Perang Yahudi-Rom
Diaspora · Agama Yahudi dan Kristian · Di bawah Islam
Zaman Pertengahan · Kabbalah · Hasidisme
Haskalah · Pembebasan ·Holokus
Aliyah · Israel (Sejarah) · Konflik Arab


Penindasan Yahudi
Anti-Semitisme · Holokus
Sejarah anti-Semitisme
Anti-Semitisme baru


Yahudisme Karaite atau Karaisme (קָרָאִים [Qaraʾim, Qārāʾîm] (Pembaca [Kitab Suci])) ialah sebuah gerakan Yahudi yang diwarnai oleh pergantungan satu-satunya terhadap Tanakh sebagai kitab suci, dan penolakan Undang-Undang Lisan (Mishnah dan Talmud) sebagai halakha (Pengikatan Undang-undang yakni amalan keagamaan yang dikehendaki). Perkataan "Karaite" datang daripada perkataan Hebrew קָרָאִים yang bererti "Para Pembaca Kitab Suci". Nama ini dipilih oleh penganut Yahudimse mazhab Karaite untuk membezakan diri mereka daripada penganut Yahudisme Rabbi. Mereka berasal dari Baghdad, Iraq.

Apabila mentafsirkan Tanakh, kelompok Karaite akan berusaha untuk berpegang teguh pada makna lahiriah (p'shat) teks tersebut. Ini bertentangan dengan agama Yahudi Rabbi (Yahudisme Rabbi) yang menggunapakai kaedah-kaedah p'shat, remez ( implikasi atau petunjuk), drash ("tafsiran mendalam," yang berasaskan pada pemecahan perkataan-perkataan berasingan, sebagai contoh, pemecahan "be'ra'shit" kepada "beit" "ra'shit" yang bermaksud dua permulaan bagi) dan sod ("rahsia," makna teks yang lebih mendalam, lalu menghampiri Kabbalah). Pada zaman moden, agama Yahudi Karaite telah membentuk pertubuhan Yahudi bebasnya yang tersendiri, dan tidak tergolong dalam mana-mana pertubuhan Rabbi.

Pada satu masa, kelompok Karaite merupakan satu pecahan yang penting dalam populasi Yahudi.[1]

Kelompok Karaite Hari Ini[sunting | sunting sumber]

Kini dianggarkan terdapat seramai 4,000 orang Karaite di Amerika Syarikat, lebih kurang 100 buah keluarga di Istanbul, dan lebih kurang 12,000 di Israel, kebanyakan mereka tinggal Ramalah, Ashdod dan Beer-Sheva. Pihak lain menganggarkan saiz pergerakan Karaite moden adalah sebanyak dua atau tiga kali ganda bilangan-bilangan ini dengan menganggarkan seramai 30,000 orang atau lebih sedunia, dengan 20,000-25,000 orang tinggal di Israel.[2]

Pada awal tahun 1950-an, pihak Rabbi Besar Israel pada asalnya membantah kemasukan pendatang Yahudi Karaite ke Israel, dan cuba menghalangnya walaupun gagal. Kini, Rabbi David Chayim Chelouche, rabbi besar Netayana dipetik dalam Jerusalem Post sebagai berkata: "Seorang Karaite adalah seorang Yahudi. Kami menerima mereka sebagai orang Yahudi dan setiap seorang daripada mereka yang ingin kembali kepada [agama Yahudi aliran utama] akan kami terima. Pernah timbul satu persoalan suatu ketika dahulu mengenai samada orang Karaite perlu menjalani khatan sebagai tanda peralihan kepada agama Yahudi Rabbi, tetapi pihak rabbi bersetuju bahawa perkara tersebut kini adalah tidak perlu." [May 22, 2007, "Laying down the (Oral) law by Joshua Freeman"]

Moshe Marzouk, seorang Yahudi Mesir yang telah dihukum mati pada tahun 1954 kerana telah menanam bom di Kaherah sebagai khidmatnya kepada Bahagian Perisikan Tentera Israel adalah seorang Karaite. Marzouk dianggap hero dan syahid di Israel; walau bagaimanapun, identitinya sebagai Karaite tidak diheboh-hebohkan dalam penerbitan-penerbitan rasmi yang selalunya menggambarkannya sebagai "seorang Yahudi Mesir".

Sinagog Karaite di Ashdod

Di Israel, kepemimpinan Yahudi Karaite diketuai oleh sebuah kumpulan yang dipanggil "Universal Karaite Judaism". Kebanyakan anggota Badan Hakham kumpulan ini adalah berketurunan Yahudi Mesir.

lebih kurang 4,000 orang Karaite yang tinggal di Amerika Syarikat. Sinagog mereka, KJA Congregation Bnei Israel, terletak di Daly City, California yang merupakan subbandar San Francisco. Sinagog ini merupakan satu-satunya sinagog Karaite di Amerika Syarikat yang dilengkapi dengan fasiliti kekal. Lihat, [1] Para pemimpin jemaah tersebut adalah berlatarbelakangkan Yahudi Karaite Mesir. Seorang jemaah yang terkemuka, Mark Kheder, bendahari Sinagog tersebut, telah menggambarkan penahanannya di dalam sebuah penjara kem perang di Mesir semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967. Rabbi Joe Pessah dari Jemaah ini juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan kerajaan Mesir.

Pada 1 Ogos 2007, beberapa anggota kelas lulusan pertama Karaite Jewish University telah berkonversi, lalu mewakili anggota bertauliah baru yang pertama ke dalam agama Yahudi Karaite dalam masa 500 tahun.[2] Dalam satu majlis di sinagog mereka di California Utara, 10 orang dewasa dan empat orang remaja menyertai orang-orang Yahudi itu dengan melafaz sumpah yang pernah dilafazkan oleh Ruth. Kursus pengajian mereka berlangsung lebih daripada setahun. Konversi ini datang 15 tahun selepas Persidangan Para Pendeta Karaite membatalkan larangan berkurun-kurun lamanya terhadap penerimaan pemeluk baru.[3]

Terdapat lebih kurang 80 orang Karaite yang tinggal di Istanbul, Turki. Di sana terdapat Kahal haKadosh be Sukra bene Mikra yang merupakan satu-satunya sinagog di Turki yang masih berfungsi dan terletak di kawasan kejiranan Hasköy di bahagian bahagian Eropah bandar tersebut.

Kepercayaan Karaite[sunting | sunting sumber]

Kelompok Karaite percaya bahawa mereka mengamalkan agama Yahudi dalam bentuk yang asal sebagaimana yang ditetapkan dalam Tanakh, dan menolak apa yang dianggap mereka sebagai tambahan-tambahan terkemudian ke dalam Tanakh agama Yahudi Rabbi seperti Undang-undang Lisan. Mereka meletakkan tanggungjawab mutlak dalam mentafsirkan Bible ke atas setiap individu. Fahaman Karaisme tidak menolak tafsiran Bible namun lebih kepada berpegang bahawa setiap tafsiran adalah terpulang kepada penelitian objektif yang sama tanpa mengira sumbernya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. A.J. Jacobs, "The Year of Living Biblically", p69.
  2. Joshua Freeman. "Laying down the (Oral) law". 
  3. Karaites hold first conversion in 500 years. 2 August 2007, JTA Breaking News.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Karaite Anthology (Leon Nemoy) ISBN 0-300-03929-8
  • Karaite Jews of Egypt (Mourad el-Kodsi) (1987)
  • Karaite Separatism in 19th Century Russia (Philip Miller)
  • An Introduction to Karaite Judaism (Yaron, et al.) ISBN 0-9700775-4-8
  • Karaite Judaism and Historical Understanding (Fred Astren) ISBN 1-57003-518-0
  • Just for the record in the history of the Karaite Jews of Egypt in modern times (Mourad el-Kodsi) (2002)
  • The Dead Sea Scrolls in the Historiography and Self-Image of Contemporary Karaites (Daniel J. Lasker) Dead Sea Discoveries, Nov 2002, Vol. 9 Issue 3, p281, 14p-294; DOI: 10.1163/156851702320917832; (AN 8688101)
  • Karaites of Christendom--Karaites of Islam (W.M. Brinner) from "The Islamic World: Essays in Honor of Bernard Lewis" Princeton University Press 1989
  • Heir to the Glimmering World (Cynthia Ozick) A fictional story about a historian of the Karaism.
  • A History of the Jews in Christian Spain (Yitzhak Baer) Vol 1
  • The Jews of Spain, A History of the Sephardic Experience (Jane S. Gerber)
  • 'The Written' as the Vocation of Conceiving Jewishly (John W McGinley) ISBN 059540488X
  • The History of the Jewish People: Volume II, the Early Middle Ages (Moses A. Shulvass)
  • “Remarks on Avraham Firkowicz and the Hebrew Mejelis 'Document'.” (Dan Shapira). Acta Orientalia Academiae Scientiarum Hungaricae 59:2 (2006): 131-180.
  • Karaite Judaism: Introduction to Karaite Studies. Edited by M.Polliack. Leiden: Brill Publishers, 2004.
  • Kizilov, Mikhail. “Faithful Unto Death: Language, Tradition, and the Disappearance of the East European Karaite Communities.” East European Jewish Affairs 36:1 (2006): 73-93.
  • Avraham Firkowicz in Istanbul (1830-1832). Paving the Way for Turkic Nationalism. (Shapira, Dan) .Ankara: KaraM, 2003.
  • Karaites through the Travelers’ Eyes. Ethnic History, Traditional Culture and Everyday Life of the Crimean Karaites According to Descriptions of the Travelers (Kizilov, Mikhail). New York: al-Qirqisani, 2003.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Penyeksaan terhadap orang Karaite oleh Sepanyol[sunting | sunting sumber]