Ahmad Maasom Pergau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tuan Guru Haji
Ahmad bin Mat Som
AhmadMaqsom83.jpg
KelahiranAhmad bin Mat Som
s. 1916
Lubuk Bongor, Pergau, Jeli, Kelantan, Tanah Melayu British
Meninggal duniaNovember 1987 (berumur 70–71)
Terengganu
DikebumikanTanah Perkuburan Kampung Banggol Air Leleh, Batu 6, Tok Jiring, Terengganu, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainTuan Guru Haji Ahmad Maasom Al-Farqawi
Tok Ayah Mat
PendidikanPondok Lebai Deraman, Pasir Mas, Kelantan

Ulum Al-Quran di Makkah selama 5 tahun

Ulum Al-Quran di Mesir selama 15 tahun
PekerjaanGuru al-Quran
Terkenal keranaJohan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Pertama pada Tahun 1381H/1961M
PasanganSalma binti Abdullah
Ibu bapaMat Som

Tuan Guru Haji Ahmad bin Mat Som atau dikenali sebagai Ahmad Maasom Pergau (Arab: الشيخ المقرىء احمد معصوم / الحاج أحمد بن سوم; s. 1916 – November 1987) merupakan johan qari pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa kali pertama di Malaysia. Beliau yang berasal dari Kelantan telah menjadi johan qari dengan mengalahkan 12 orang peserta qari lain dari Brunei, Pakistan, Indonesia, Sarawak (sebelum masuk Malaysia), Filipina, Singapura dan Thailand.[1] Beliau yang merupakan Syeikh Al-Maqari' (juga dikenali Tuan guru Haji Ahmad Maasom Pergau) lahir pada tahun 1916 di Lubuk Bongor, Pergau dalam daerah Jeli Kelantan, Tanah Melayu British (kini Malaysia).[2] Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau juga dikenali sebagai Tok Ayah Mat atau Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Al-Farqawi. Guru beliau dalam bidang ilmu qiraat, taranum, tajwid dan talaqqi musyafahah ialah Syeikh Ahmad Hijazi Al-Makki di Makkah Makkah Al Mukarramah. Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau juga mengambil ilmu dan sanad Al-Quran daripada qari Mesir iaitu Syeikh Taha Al-Fashani dan Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Ahmad Maasom mendapat pendidikan awal di Pondok Lebai Deraman, Pasir Mas, Kelantan. Di pondok inilah beliau mula-mula mempelajari taranum al-Quran. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Yusof bin Haji Bulat yang lebih dikenali ramai sebagai Tuan Guru Haji Yusof Kedondong, seorang qari istana. Beliau belajar sebahagian lagu-lagu bacaan al-Quran terutama lagu Hijazi daripada Tuan Guru Haji Yusof bin Haji Bulat.[2]

Pengajian[sunting | sunting sumber]

Belajar di Makkah[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau belajar [1]ilmu ulum Al-Quran dengan Qurra Makkah[Penjelasan diperlukan] dengan seorang guru yang terkenal iaitu Syeikh Ahmad bin Abdullah Hijazi selama 5 tahun. Syeikh Ahmad Hijazi belajar dengan Sheikh Abdullah bin Muhammad Qasim As-Sanquri (Tok Senggora), seorang Ajam dari Senggora.[3]

Di Makkah Al Mukarramah juga beliau juga mendapat didikan daripada Syeikh Abdul Samad Fidal dan Syeikh Muhammad Abdul Samad al-Jambi.[2]

Kitab Al Qaul As Sadid karangan guru kepada Ustaz Ahmad Maasom
Lakaran Grafik Tuan Guru Ahmad Maasom berserta Syeikh Ahmad Hijazi (Makkah), Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory dan Sheikh Taha Al-Fashani (Mesir)

Belajar di Mesir[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau kemudian berhijrah ke Mesir dan belajar ulum Quran dengan Syeikh Taha Al-Fashani yang merupakan guru kepada Sheikh Mustafa Ismail di Mesir. Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau juga berguru dengan qari terkenal iaitu Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory dan Syeikh Abdul Fattah Al-Qadhi. Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau berada di Mesir selama 15 tahun.[2] Setelah berada di Mesir selama 15 tahun mendalami Ulum Al-Quran, Tuan Guru Haji Ahmad Maasom pulang ke tanahair sendiri untuk menabur bakti mengajar ilmu di Kelantan sebelum berhijrah ke Terengganu. Namun, beliau masih berulang-alik ke Kelantan untuk mengajar kelas al-Qurannya.[4]

Beliau merupakan satu-satunya qari negara yang mempelajari tilawah al-Quran dalam tempoh masa yang agak lama iaitu lebih kurang dua puluh tahun daripada ulama al-Quran yang terkenal mengikut kaedah talaqqi dan musyafahah dan mempunyai sanad yang mantap.[2]

Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory antara guru Ahmad Ma'som Pergau
kitab karya Sheikh Abdullah bin Muhammad Qasim ( Tok Senggora )

Johan tilawah[sunting | sunting sumber]

Selepas meraih Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan Majlis Tilawah kali ke-2 pada tahun 1381H/1961M, beliau telah terpilih menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa pada tahun tersebut[2][5] yang buat pertama kali diadakan dan dinobatkan sebagai Johan Qari Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama juga pada tahun 1381/1961.

Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau menyertai Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan dan kemudian Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa[6] yang pertama dan menjadi Johan Qari pada tahun 1961.[2] Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory ketika itu merupakan salah seorang hakim dan bertanyakan qari yang memperdengarkan bacaan tadi (Ahmad Maasom) yang mana bacaannya menguasai sebutan Arab yang sempurna.[7] Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory meyakini bahawa qari tersebut seorang Arab, bukannya Ajam (orang bukan Arab). Semasa Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory bertemu dengan Ahmad Maasom, Sheikh Mahmud mengesyorkan supaya Ahmad Maasom tidak lagi menyertai sebagai peserta Musabaqah[petikan diperlukan] . Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau tidak lagi menjadi peserta tilawah mewakili negeri Kelantan untuk tahun 1962 dan tahun-tahun seterusnya namum begitu beliau dilantik menjadi hakim tilawah untuk tahun-tahun seterusnya.[8]

Penglibatan Tuan Guru Haji Ahmad Maasom dalam bidang pengajian al-Quran berpeluang memberi sumbangan besar kepada masyarakat Islam dan negara.

Antara khidmat dan jasa besar yang telah beliau curahkan ialah:[2]

  • Hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bermula selepas menjadi Johan Qari Antarabangsa Kali Pertama Tahun 1961.
  • Guru al-Quran sepenuh masa di seluruh daerah di Kelantan
  • Guru al-Quran di Terengganu

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Ustaz Rusli Md.Zain bersama rombongan menziarahi kubur Almarhum Tuan Guru Ahmad Ma'som di Tok Jiring, Terengganu

Tuan Guru Ahmad Maasom mengadap Ilahi pada hari rabu 11 November 1987 bersamaan 19 Rabiul Awal 1408 di usia 71 tahun. Kehilangan beliau amat terasa di kalangan ramai anak murid seluruh negara terutamanya ramai di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor dan di luar negara terutamanya dikalangan rakan dan anak muridnya di Thailand, Kampuchea dan Indonesia . Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Banggol Air Leleh, Batu 6, Tok Jiring, Terengganu.

Gambar Tuan Guru Ahmad Ma'som Al-Farqawi bersama (Ustaz) Rusli Md.Zain bertalaqqi musyafahah Al-Quran semasa di Kelantan (1981-1983)

Legasi[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai ramai anak murid dalam bidang qiraat dan al-Quran hasil didikan beliau. Antaranya ialah Johan Musabaqah tahun 1964 iaitu Ustaz Hasan Musa dan ramai lagi guru al-Quran yang meneruskan ilmu Al-Quran. Antaranya ialah Datuk Haji Nik Jaafar Ismail, Ustaz Rusli Md Zain Al-Farqawi dan Ustaz Abdul Rahim Ahmad,[4] johan kebangsaan 1993 dan 1994 yang masih aktif mengajar hasil didikan almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau. Ustaz Abdul Rahim Ahmad ketika berusia 27 tahun mempelajari Ulum Quran melalui bimbingan Tuan Guru Ahmad Maasom selama 12 tahun (1975 sehingga tahun 1987) .

Ramai lagi anak didikan Tuan Guru Ahmad Maasom bertebaran di seluruh negara, terutama di Kelantan , Kedah , Trengganu di mana sanad Al-Quran mereka tercatat nama Tuan Guru Ahmad Maasom, kerana beliau mahir menulis khat bagi menghasilkan Sanad berbentuk sijil untuk pelajarnya. Hasilnya ramai para imam-imam dan pencinta Al-Quran bersanad mengenali tokoh ini dengan kata mereka Ustaz Ahmad Maasom itu nombor satu ataupun dengan kata-kata lain bila ditanya Qari yang hebat di Malysia tentunya ahli Quran di Malaysia akan mengatakan individu tersebut ialah Ahmad Maasom Pergau. (sila rujuk buku ke 2) [2][nyatakan menurut siapa?][perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Mohamad bin Saari; dll., para penyunting (2008). Johan Qari dan Qariah: Majlis Tilawah al-Qur'an Antarabangsa Malaysia 1380H/1961M-1428H/2007M. Diterjemah oleh Ubadah Tawfiq Ahmad Bahnasi; Haji Ahmad bin Dahan. Gambar oleh Jamal bin Ibrahim. Putrajaya, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. m/s. 37–42. ISBN 978-983-042-377-7. Dicapai 10 Januari 2018. 
  • Ketokohan Haji Abdul Rahim Ahmad Dalam Bidang Tarannum dan Kaedah Tilawahnya karya 1.Ahmad Shafiq Mat Razali ,2. Wan Hilmi Wan Abdullah dan 3.Wan Nasyrudin Wan Abdullah berdasarkan Temubual dengan Haji Abdul Rahim, mantan qari antarabangsa bagi tilawah peringkat antarabangsa pada tahun 1994 dan 1995 di kediaman beliau di kampung Panchor Kemumim, Kota Bharu, Kelantan pada hari ahad, 26 Oktober 2014, masa 4.00 petang.. Ini terbukti apabila jika ada orang bertanya tentang qari hebat diMalaysia, maka jawapnya Matsom Pergau m/s 2 perenggan 4 ,[3]
  • Tesis PhD : Haji Ahmad bin Mat Som Pergau dan sumbangannya dalam pengajian tarannum di Kelantan / Universiti Malaya. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith. Diselia oleh Prof. Dr Mohd. Yakub @ Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff. Personal Author: Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad BP42 A2 UM 2008
  • Buku Johan Qari & Qariah Malaysia 1960-2006 [4]
  • Biodata Ustaz Ahmad Maasom Pergau di dalam kandungan buku Johan Qari & Qariah Malaysia 1960-2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Senarai Johan Qari Peringkat Kebangsaan