Ailee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Lee.
Ailee (에일리)
Ailee, 2013 (cropped).jpg
Ailee pada 2013
KelahiranAmy Lee
Lee Yejin (이예진)

(1989-05-30) 30 Mei 1989 (umur 30)
Denver, Colorado, Amerika Syarikat
Nama lainAilee
Pekerjaan
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Tahun aktif2012–sekarang
Syarikat rakaman
  • YMC Entertainment (Korea Selatan)
  • Warner Music (Jepun)
Laman sesawang
Japanese Official Site
Ailee
Hangul
Hanja
Perumian SemakanI Yejin
McCune–ReischauerYi Yejin

Amy Lee (Nama Korea: Lee Yejin; Hangul: 이예진; Hanja: 李藝眞, lahir 30 Mei 1989), lebih dikenali sebagai Ailee (Hangul: 에일리), ialah seorang penyanyi Korea-Amerika Syarikat. Beliau berada di bawah label rakaman YMC Entertainment di Korea Selatan[1] dan Warner Music di Jepun.

Sebelum penampilan K-pop pertama beliau, Ailee berada di bawah label rakaman Muzo Entertainment di Amerika Syarikat. Beliau berpindah ke Korea Selatan pada tahun 2010 dimana beliau melepasi ujian pemilihan dan menjadi artis untuk YMC Entertainment. Selepas dikenali untuk nyanyian beliau di dalam Singer and Trainee, beliau mula berlakon di dalam drama KBS, Dream High 2. Beliau telah mengeluarkan tiga album mini dan satu album studio.

Ailee menerima Anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Muzik MelOn, Anugerah Golden Disk, Anugerah K-Pop Carta Gaon dan Anugerah Muzik Seoul. Beliau juga memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik dan tiga Anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet untuk "U&I", "Singing Got Better" dan "Mind Your Own Business". Untuk runut bunyi Fated to Love You, "Goodbye My Love", Ailee memenangi Runut Bunyi Asal Terbaik di Anugerah Drama Korea ke-7.

Ailee telah dijemput sebagai tetamu VIP untuk membuat persembahan di parti pra-Grammy untuk Anugerah Grammy ke-55 dan menghadiri kedua-dua majlis dan karpet merah di Los Angeles. Beliau telah memenangi Anugerah Bintang Meningkat Naik Amerika Mnet.

Kehidupan dan karier[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal dan permulaan karier[sunting | sunting sumber]

Ailee dilahirkan di Denver, Colorado pada 30 Mei 1989 tetapi membesar di New Jersey. Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Junior/Senior Palisades Park sebelum berpindah ke Leonia. Beliau menamatkan pembelajaran dari Sekolah Tinggi Scotch Plains-Fanwood dan menyambung pelajaran di Universiti Pace[2] sebelum menamatkan pelajaran untuk mengejar karier dalam bidang muzik.[3] Beliau merupakan penyanyi vokal utama dan pernah bernyanyi bersama rakan-rakannya di New Jersey. Beliau mencipta saluran di YouTube bernama "mzamyx3" dan kemudiannya "aileemusic" untuk membawa perhatian ramai kepada nyanyian beliau di laman web.[4] Beliau berpindah ke Korea Selatan pada tahun 2010 selepas mendapat peluang untuk menjalani uji bakat melalui bapa saudaranya.[2] Beliau menyanyikan lagu Big Mama, "Resignation" dan berjaya melepasi uji bakat.

Sebelum penampilan K-pop pertamanya, Ailee berada di bawah label rakaman Muzo Entertainment, sebuah agensi bebas berpangkalan di New York dan New Jersey dimana beliau berkolaborasi bersama beberapa artis seperti Johnnyphlo dan Decipher. Semasa hari-harinya sebagai pelatih di YMC Entertainment, beliau ditampilkan di dalam lagu Wheesung, "They Are Coming" yang dikeluarkan pada 9 Oktober 2011.[5] Ailee juga ditampilkan dalam lagu Decipher, "Catch Me If You Can" yang juga menampilkan Jay Park. Ailee membuat persembahan bersama Jay Park, Art of Movement, Johnnyphlo, Decipher dan Clara C dalam "projectKorea III" di Universiti Rutgers pada tahun 2010.[6]

Pada 13 September 2011, Ailee bersama-sama Wheesung mengadakan persembahan dalam episod istimewa Chuseok Singer and Trainee dimana beliau berjaya memenangi tempat pertama.[7]

2012: Penampilan pertama, Invitation [sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari, teaser video muzik untuk lagu pertama Ailee, "Heaven" dikeluarkan. "Heaven" ditulis dan diterbitkan oleh Wheesung.[8] Pada 9 Februari, Ailee lagu tersebut dan video muzik yang menampilkan Gi Kwang.[9][10]

Kemudiannya pada hari itu, beliau membuat persembahan pentas pertamanya untuk lagu "Heaven" dalam M! Countdown,[11] dan kemudiannya dalam Inkigayo pada 11 Februari.[12] Sebulan selepas penampilan pertamanya, beliau memenangi dua anugerah di Anugerah Muzik Cyworld untuk "Lagu Terbaik Bulanan" dan "Penyanyi Baru Terbaik Bulanan".[13]

Pada bulan Mac 2012, Ailee membuat penampilan pertamanya dalam Immortal Songs 2 dimana beliau menyanyikan lagu Patti Kim, “Light and Shadow”.[14] Pada 19 Mei, dalam bahagian 2 istimewa J.Y. Park, beliau menyanyikan lagu Park, "Don’t Leave Me". Beliau mengalahkan Lee Haeri dengan 1 mata untuk menang.[15] Beliau muncul dalam episod 30 Jun Immortal Songs 2 yang menampilkan komposer, Yoon Il Sang. Beliau menyanyikan lagu "Fate" oleh Lee Seung Chul dan menang sekali lagi dengan 402 undi.[16] Pada bulan Ogos, ia telah diumumkan bahawa beliau akan meninggalkan sementara rancangan ini untuk memberi tumpuan kepada muziknya.[17] Beliau membuat persembahan terakhirnya pada 6 Ogos dan episod tersebut ditayangkan pada 1 September.[18] Kemudiannya pada bulan Ogos, beliau membuat penampilan dalam episod ke-3 siri web Jay Park, Jay Park TV.[19] Beliau juga mengacarakan Festival Lagu Radio ABU bersama Han Seok Joon pada 11 Oktober 2012.[20][21]

Pada 16 Oktober, Ailee mengeluarkan album mini pertamanya, Invitation yang mengandungi lagu utama, "I’ll Show You" (보여줄게).[22] Album mini tersebut mengandungi enam buah lagu.[23] Ia diterbitkan oleh penerbit muzik seperti Kim Do Hoon, Lee Hyun Seung, Park Guentae, Duble Sidekick, Wheesung dan menampilkan beberapa artis termasuk Verbal Jint, Swings dan Simon D.[24] Pada 18 Oktober, Ailee membuat kemunculan kembali beliau menerusi lagu "I'll Show You" dalam M! Countdown.[25] Pada 23 November, beliau memenangi trofi pertamanya dalam program muzik (Music Bank) dengan mengalahkan lagu Psy, "Gangnam Style".

2013–2014: A's Doll House dan Magazine[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Julai 2013, Ailee mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan album mini keduanya bertajuk A's Doll House pada 12 Julai.[26] Lagu "U&I" berjaya menduduki tempat pertama dalam carta muzik empat jam selepas ia dikeluarkan.[27] Pada 4 Ogos 2013, ia telah didedahkan bahawa Ailee akan membuat penampilan Jepun pertamanya menerusi lagu "Heaven" di bawah Warner Music Japan. Video muzik untuk lagu tersebut telah dikeluarkan pada 21 Oktober.[28] Ailee mula mempromosi lagu ini menerusi persembahan di Shibuya O-East, Tokyo pada 21 Oktober.[29] Lagu ini dikeluarkan pada 6 November dan juga mengandungi lagu "Starlight".

Pada 14 September 2013, ia telah diumumkan bahawa Ailee akan mengeluarkan lagu "Higher".[30] Dua hari kemudian, lagu "Higher" dikeluarkan.[31] Pada 16 Disember 2013, ia telah didedahkan bahawa Ailee akan membuat kemunculan kembali selepas enam bulan pada bulan Januari 2014.

Sebuah teaser video muzik dikeluarkan pada 2 Januari.[32] Kedua-dua video muzik dan lagu penuh dikeluarkan pada 6 Januari. Video muzik lagu ini menampilkan Lee Joon.[33] "Singing Got Better" menduduki tempat pertama dalam carta utama Korea: Mnet, Bugs, Olleh, Soribada, Naver Music, Daum Music dan Genie.[34]

Pada 16 September 2014, ia telah diumumkan menerusi laman Twitter YMC Entertainment bahawa Ailee akan membuat kemunculan kembali. Pada 21 September 2014, teaser untuk lagu "Don't Touch Me" telah dikeluarkan. Ia ditulis oleh Min Yun-jae, Jakops dan Ailee sendiri. Video muzik penuh dikeluarkan pada 25 September 2014. Kemudiannya pada hari yang sama, promosi untuk album barunya, Magazine dijalankan. Ia menduduki tempat kedua dalam Carta Gaon. Beliau memenangi trofi pertamanya untuk lagu "Don't Touch Me" pada 5 Oktober 2014 dalam SBS Inkigayo.

2015: "Johnny", konsert solo pertama dan VIVID[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun, Ailee mengeluarkan lagu "Johnny" sebagai sumbangan beliau kepada projek ulang tahun kesepuluh Brave Brothers.[35]

Pada 4 Julai, Ailee mengadakan konsert solo pertama beliau bertajuk Fatal Attraction yang diadakan di Dewan Olimpik, Taman Olimpik, Seoul.[36]

Pada 20 September, ia telah diumumkan menerusi laman Twitter YMC Entertainment bahawa Ailee akan membuat kemunculan kembali. Sebagai tambahan, sebuah teaser video untuk lagu bertajuk "Mind Your Own Business" (너나 잘해) dikeluarkan dalam laman Youtube 1theK pada 22 September. Album penuh pertama Ailee, VIVID dikeluarkan pada 30 September 2015. Beliau memenangi trofi pertamanya untuk lagu album ini pada 7 Oktober dalam Show Champion.

Pada 14 November, Ailee mengadakan sebuah konsert istimewa di Rancho Mirage (Palm Springs), California, Amerika Syarikat.[37]

Pada 30 November, ia telah diumumkan bahawa Ailee akan mengeluarkan sebuah lagu kolaborasi bersama Seventeen bertajuk "Q&A" pada 4 Disember.[38]

2016 - sekarang: Single "If You"[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Ogos, ia telah diumumkan bahawa Ailee sedang membuat persediaan untuk album beliau yang seterusnya dimana ia dinyatakan bahawa beliau bekerja bersama beberapa artis termasuk Yoon Mirae.

Pada 19 Ogos, teaser untuk video muzik, "If You" dikeluarkan menerusi laman Youtube 1theK. Teaser ini menampilkan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, I.O.I, Lim Nayoung. Video muzik penuh dikeluarkan pada 23 Ogos. Lagu ini menduduki tempat pertama dalam beberapa carta termasuk Melon dan Gaon.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 10 November 2013, laman gosip pop Korea Selatan, AllKPop.com menerbitkan cerita yang mengandungi beberapa gambar bogel Ailee yang diambil sebelum kemunculan pertama beliau sebagai penyanyi.[39] Pada hari berikutnya, YMC Entertainment mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa "gambar-gambar tersebut diambil oleh beliau apabila beliau ditawarkan untuk menjadi model pakaian dalam. [Beliau] mengambil gambar bogel kerana mereka mahu menilai badannya tetapi syarikat tersebut gagal dihubungi selepas beliau mengambil gambar tersebut. Beliau melaporkan syarikat tersebut kepada polis dan ia kemudiannya didapati bahawa beliau telah ditipu oleh sebuah syarikat yang menghampiri gadis-gadis kolej yang lain juga. Ailee membincangkan hal tersebut bersama bekas teman lelakinya, pekerja semasa AllKPop dan dia mendakwa bahawa dia perlu melihat kandungan sebenar gambar-gambar tersebut sebelum mencari jalan penyelesaian jadi Ailee menghantar gambar-gambar tersebut kepadanya."[40] Pada 24 November, satu laporan polis pada tahun 2009 difailkan oleh Ailee mendedahkan bahawa Ailee telah menghantar gambar-gambar tersebut kepada rakannya melalui Facebook, hanya untuk mendapati akaun Facebook rakannya telah digodam.[41] Disebabkan skandal tersebut, Ailee telah dikeluarkan daripada beberapa kempen pengiklanan termasuk syarikat Kyochon. Kyochon menjawab, "kontrak komersial Ailee belum tamat. Tetapi pengguna telah menunjukkan reaksi sensitif terhadap situasi semasa Ailee dan agensi Ailee juga tidak sepenuhnya berminat dengan pendedahan penyanyi tersebut pada masa ini jadi kami mengambil langkah-langkah tertentu.”[42]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert solo[sunting | sunting sumber]

  • 2013: Persembahan Sulung Jepun (Shibuya, Jepun)
  • 2015: Fatal Attraction (Konsert Solo Pertama)
  • 2015: Konsert Ailee (California, Amerika Syarikat)

Music Bank[sunting | sunting sumber]

  • 2013: Di Istanbul (Pentas Istimewa cover "Üsküdar'a Gider İken")
  • 2014: Di Brazil (Pentas Istimewa cover "Aquarela do Brasil" + World Cup Cheering)
  • 2014: Di Mexico (Pentas Istimewa cover "Donde Voy")

Konsert kolaborasi[sunting | sunting sumber]

  • 2014: Winter Concert with Eric Benet
  • 2014: Someday Concert with Wheesung
  • 2015: Back to School with Wheesung
  • 2016: Come Here with Yoon Min Soo

ETC.(Konsert besar / Acara)[sunting | sunting sumber]

  • 2012: Music Core (Vietnam)
  • 2013: Anugerah Golden Disk ke-27 (Kuala Lumpur, Malaysia)
  • 2013: Pra-Parti Anugerah Grammy (LA, Amerika Syarikat)
  • 2013: MNET M! Countdown (Taiwan)
  • 2013: Konsert Eru (Jakarta, Indonesia)
  • 2013: 2K13 Feel Korea (São Paulo, Brazil)
  • 2013: 2K13 Feel Korea (Perth, Australia)
  • 2014: VK-Pop Superstar (Hanoi, Vietnam)
  • 2014: MTV The Stage Big Pleasure
  • 2014: Eru Hide & Seek (Jakarta, Indonesia)
  • 2014: Anugerah Muzik Asia Mnet (Hong Kong)
  • 2015: AIA Life Korea (Kota Kinabalu, Malaysia)
  • 2015: Konsert K-Pop (Yangon, Myanmar)
  • 2015: Unite the Mic (Toronto, Canada)
  • 2015: Festival Muzik Korea (Buenos Aires, Argentina)
  • 2015: Festival Muzik Korea (São Paulo, Brazil)
  • 2015: Konsert Jinusean (Tetamu Istimewa)
  • 2015: Anugerah Muzik Asia Mnet (Hong Kong)
  • 2016: Anugerah Muzik Seoul
  • 2016: Festival Muzik Ediya
  • 2016: Festival Musim Panas JTN
  • 2016: Konsert Dynamic Duo (Tetamu Istimewa)

KCON[sunting | sunting sumber]

  • 2016: KCON (Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu)
  • 2016: KCON (New York, Amerika Syarikat)

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Ailee mempersembahkan lagu U&I

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2012 Dream High Musim 2 Ailee

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Nota
2011-2016 Immortal Songs 2 KBS2 Peserta
2012 Beatle Code 2 MNET Tetamu
Generation Sympathy Saturday KBS Tetamu
Vitamin JTBC Ahli
Patti Kim Show JTBC Tetamu
Human Condition KBS Tetamu
2013-2014 Great Marriage JTBC Ahli
2013 Beauty and the Beast (Istimewa Tahun Baru Lunar) KBS Tetamu
Generation Sympathy Saturday KBS Tetamu
Miracle Korea JTBC Tetamu
Crisis Escape No.1 KBS Tetamu
1 vs 100 KBS Tetamu
Live Information (Star Date) KBS Tetamu
Love Request KBS Tetamu
Gag Tonight SBS Tetamu
Weekly Idol MBC Every1 Tetamu, episod 76
Smile People SBS Tetamu
On Style Lee Hyori Unni Tetamu Istimewa untuk Spica
Hello Counselor KBS Tetamu, Ep.109
2014 Real Man MBC Tetamu Kejutan, Ep.43
How to Eat and Live Well SBS EP.41-42
Laws of the City SBS Ahli
MBC Music Ailee's Vitamin MBC Main Cast
Hello Counselor KBS Tetamu, Ep.156, 190
Running Man SBS Tetamu, episod 211-212
Tray Song Relay KBS2 Tetamu
Star Kings SBS Tetamu, Ep.353, 373, 392, 394
One Fine Day MBC Ahli
Cool Kiz on the Block KBS Tetamu Kejutan, Menyanyikan Lagu Kebangsaan. Ep.61
After School Club Arirang TV Tetamu, Ep.40, 105
Super Star K6 MNET Tetamu, Juri
2015 Super Star K7 MNET Tetamu, Juri
Jung Yongwha's Hologram MNET Tetamu, EP. 1-2
You Hee-Yeol's Sketchbook KBS2 Tetamu bersama Amber, Ep. 264, Ep.292
Seventeen project MBC Music Tetamu Istimewa, Ep 4
I Can See Your Voice MNET Tetamu Ep.11
After School Club Arirang TV Tetamu, Ep.181
King of Mask Singer MBC Peserta, Ep.7-8
Healing Camp SBS Tetamu, Ep.215
2016 Two Yoo Project Sugar Man JTBC Tetamu (Peserta), Ep.19
Hello Counselor KBS Tetamu Kejutan, Ep.268
Duet Song Festival MBC Peserta, Ep.3
Fantastic Duo SBS Peserta, Ep.5-6
Super Star 2016 (K8) MNET Juri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "YMC Entertainment Official Website". 
  2. ^ a b "Korean Entertainment News". HanCinema. Dicapai 8 Oktober 2015. 
  3. ^ "YMC Entertainment Official Website". Dicapai 7 Oktober 2015. 
  4. ^ "Ailee: The K-pop and YouTube sensation". Korea Joongang Daily. Dicapai 9 Jun 2016. 
  5. ^ "Wheesung unveils 'They Are Coming', final mini-album before enlistment | allkpop.com". www.allkpop.com. Dicapai 8 Oktober 2015. 
  6. ^ "Jay Park, Art of Movement, Johnnyphlo, Decipher & more to perform at Rutgers University!". allkpop. Dicapai 31 Disember 2012. 
  7. ^ "Wheesung and Trainee Ailee Wow the Audience". Soompi. 16 September 2011. Dicapai 8 Mac 2012. 
  8. ^ "Ailee releases "Heaven" MV teaser feat. B2ST's Kikwang". Allkpop. 6 Februari 2012. Dicapai 6 Februari 2012. 
  9. ^ "Ailee releases "Heaven" MV teaser". Soompi. 8 Februari 2012. Dicapai 8 Mac 2012. 
  10. ^ "Lee Ki Kwang appears on Ailee's "Heaven" music video". Soompi. 7 Februari 2012. Dicapai 8 Mac 2012. 
  11. ^ "Ailee makes an angelic debut with "Heaven" on 'M! Countdown'!". Allkpop. 9 Februari 2012. Dicapai 9 Februari 2012. 
  12. ^ "Ailee Makes Debut Inkigayo Performance". Soompi. 12 Februari 2012. Dicapai 8 Mac 2012. 
  13. ^ "Rookie singer Ailee wins two titles from Cyworld Music Awards". Allkpop. 2 Mac 2012. Dicapai 17 Oktober 2012. 
  14. ^ "John Park & Ailee make their first appearance on 'Immortal Song 2′". Allkpop. 24 Mac 2012. Dicapai 17 Oktober 2012. 
  15. ^ "Ailee claims victory on Immortal Song 2". Allkpop. 19 Mei 2012. Dicapai 17 Oktober 2012. 
  16. ^ "Ailee claims victory + cast of 'Immortal Song 2′ cover the greatest hits by composer Yoon Il Sang". Allkpop. 30 Jun 2012. Dicapai 17 Oktober 2012. 
  17. ^ "Super Junior's Ryeowook and Ailee to exit 'Immortal Song 2′". Allkpop. 13 Ogos 2012. Dicapai 17 Oktober 2012. 
  18. ^ "Super Junior's Ryeowook and Soloist Ailee to Leave 'Immortal Song 2'". Kpopstarz. 13 Ogos 2012. Dicapai 13 Ogos 2012. 
  19. ^ "JAY PARK TV - EP 03". Jay Park. Dicapai 26 September 2012. 
  20. ^ "ABU TV Song Festival 2012 Participants". ESCKAZ.com. Dicapai 17 Ogos 2012. 
  21. ^ "ABU TV Song Festival 2012". Asia-Pacific Broadcasting Union. Dicapai 17 Ogos 2012. 
  22. ^ "Ailee releases "I'll Show You" MV (ft. MBLAQ's G.O) + 'Invitation' mini album". Allkpop. 15 Oktober 2012. Dicapai 17 Oktober 2012. 
  23. ^ "Naver News". 3 Julai 2012. Dicapai 3 Julai 2012. 
  24. ^ "Ailee Comes Back with Album 'Invitation'". kpopstarz. 16 Oktober 2012. Dicapai 17 Oktober 2012. 
  25. ^ "Ailee comes back with "I'll Show You" on 'M! Countdown'". Allkpop. 18 Oktober 2012. Dicapai 23 Oktober 2012. 
  26. ^ Nate News, 에일리가 돌아온다! 12일 새 앨범 발표 4 July 2013. Retrieved 10 July 2013. Language, Korean.
  27. ^ Nate News, 에일리, 신곡 '유앤아이(U&I)' 티저 영상 공개 '컴백 신호탄' 5 July 2013. Retrieved 10 July 2013. Language, Korean.
  28. ^ "Check out an all new PV for the Japanese version of Ailee's 'Heaven' | allkpop.com". Dicapai 4 Oktober 2015. 
  29. ^ "Ailee to hold a showcase in Japan this October | allkpop.com". Dicapai 4 Oktober 2015. 
  30. ^ "Ailee to take it 'Higher' with collaboration featuring pianist Yiruma | allkpop.com". Dicapai 4 Oktober 2015. 
  31. ^ "Ailee takes you 'Higher' with collaboration featuring pianist Yiruma | allkpop.com". Dicapai 4 Oktober 2015. 
  32. ^ "Ailee Releases Comeback Teaser for "Singing Got Better"". Soompi. Dicapai 4 Oktober 2015. 
  33. ^ "Ailee asserts her 'Singing Got Better' in new song produced by Wheesung! | allkpop.com". Dicapai 4 Oktober 2015. 
  34. ^ "Ailee sweeps 7 charts with 'Singing Got Better' + fellow singers show support | allkpop.com". Dicapai 4 Oktober 2015. 
  35. ^ "Ailee Reveals Seductive Choreography for New Track "Johnny"". Soompi. Dicapai 4 Oktober 2015. 
  36. ^ "Ailee's Killer 1st Solo Concert - Raps with Cheetah". Dicapai 4 Oktober 2015. 
  37. ^ "An Interview with the Versatile Ailee and Thoughts on Her Desert Concert". Dicapai 17 November 2015. 
  38. ^ "Ailee To Team Up With Seventeen Members In Collaborative Single". Soompi. Dicapai 4 Disember 2015. 
  39. ^ "[BREAKING] [NSFW] Purported pre debut nude photos of Ailee leaked". allkpop.com. 10 November 2013. Dicapai 10 November 2013. 
  40. ^ "에일리측 "유출사진, 본인맞다…유포 법적대응"(전문)". nate.com. 11 November 2013. Dicapai 11 November 2013. 
  41. ^ ""누드유출 에일리, 4년전 美경찰에 수사요청"… 현지 경찰 수사기록 확인 보도". naver.com. 24 November 2013. Dicapai 24 November 2013. 
  42. ^ 연예뉴스팀 (15 November 2013). "에일리 광고사진 '정당한 처사 VS 그래도 너무하네' 갑론을박". nate.com. Dicapai 15 November 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]