Sial Wanita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sial Wanita
PengarahM. Amin
PenulisHamzah Hussain
Lakon layarHamzah Hussain
Dihasilkan olehHo Ah Loke
Loke Wan Tho
DibintangiNordin Ahmad
Saadiah
SinematografiHitam Putih
Disunting olehJamil Rais
Muzik olehKassim Masdor
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1969
Masa tayangan
105 Minit
Negara Malaysia
 Singapura
BahasaMelayu

Sial Wanita merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada 1969. Filem Sial Wanita diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Sial Wanita mula ditayangkan pada 1969 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Nordin Ahmad, Saadiah dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Sial Wanita diarah oleh pengarah M. Amin pada 1969.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan Salmah dan ayahnya telah berpindah ke sebuah kampung. Sejak mereka berpindah, kampung itu di landa hujan lebat yang berterusan sehinggakan banjir besar. Penduduk kampung di situ masih berfikiran sempit dan kolot. Mereka menuduh Salmahlah yang membawa sial sehinggakan terjadinya bencana di kampung mereka. Di tambah juga dengan tuduhan daripada Pawang yang mengatakan punca bencana itu berlaku disebabkan seorang perempuan yang baru berpindah ke kampung mereka. Masyarakat kampung itu terlalu taksub dan masih mengamalkan perubatan tradisional yang berunsur karut dan tahyul.

Sejak itu Salmah telah disisih dan dipulaukan oleh penduduk kampung. Ibu Johan juga telah membatalkan perkahwinan anaknya Johan dengan Salmah kerana mempercayai kata-kata hasutan penduduk kampung yang mengatakan Salmah membawa sial dan malang. Ayah Salmah pula yang tidak lagi sanggup menanggung derita akibat selalu di cemuh dan di cerca oleh masyarakat kampung telah meninggal dunia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]