Sarjan Hassan
Sarjan Hassan | |
---|---|
Pengarah | |
Penulis |
|
Lakon layar | P. Ramlee |
Cerita oleh | Ralph Modder |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi |
|
Sinematografi | A. Bakar Ali |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Sarjan Hassan (diiklankan dalam poster sebagai Sergeant Hassan dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah filem peperangan Tanah Melayu 1958 yang dilakonkan dan diarahkan juga oleh P. Ramlee. Pada awalnya filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana tetapi beliau tidak sempat menyiapkan filem ini sepenuhnya. Tugas pengarahan kemudiannya diambil alih oleh P. Ramlee. Ia ditayangkan pada 28 Ogos 1958.[1][2][3]
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana dari Filipina tetapi beliau mempunyai masalah dalaman dengan syarikat produksi dan para pelakon sebelum meninggalkan set pengambaran secara mengejut. P. Ramlee yang bertindak sebagai penolong pengarah mengambil keputusan untuk meneruskan pembikinan filem tersebut dengan lancarnya.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Babak di kampung
Mengisahkan Hassan (P. Ramlee) berumur 10 tahun berasal dari Jasin, Melaka yang menjadi anak yatim piatu setelah ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Majikan arwah ayahnya, Pak Lebai (Daeng Idris) yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat Hassan, Aziz (Jins Shamsudin) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz, Buang (Salleh Kamil) dan rakan-rakan yang lain senantiasa membuli dan mengganggu Hassan. Salmah (Saadiah) pula telah jatuh cinta dengan Hassan. Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila Perang Dunia II semakin dekat, Rejimen Askar Melayu mula mengambil rekrut di Port Dickson, Negeri Sembilan. Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga sawah dan ladang. Orang-orang kampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi Koperal dan seterusnya ke pangkat Sarjan.
Babak askar Jepun menjajah Tanah Melayu
Apabila askar Jepun menyerang Singapura dan Kota Bharu, Kelantan, Sarjan Hassan bersama-sama dengan platunnya berjaya mengawal laluan darat bagi mengekang kemaraan askar Jepun ke suluruh Tanah Melayu. Hassan juga turut menyelamatkan Aziz yang tercedera dan mereka dijadikan tawanan perang kerana kesilapan taktikal yang dirancang oleh Aziz tanpa dipersetujui oleh Hassan yang bertindak sebagai ketua platunnya. Keadaan menjadi huru hara, sehingga menyebabkan Hassan juga mengalami kecederaan akibat dipukul oleh askar Jepun. Maka bermulalah episod Jepun menjajah keseluruhan Tanah Melayu pada 15 Februari 1942.
Hassan bersama platunnya telah ditahan, Hassan mula merancang untuk melarikan diri sebagai tahanan perang tetapi beliau telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan. Kedaan dirinya semakin lemah disamping itu beliau keseorangan di dalam hutan sebelum pengsan di tengah hutan. Mujurlah dia telah diselamatkan oleh kompeni askar Inggeris dari Singapura. Kali ini Hassan mendapat kawan baharu (lakonan H.M. Rohaizad dan tukang masak (S. Shamsuddin). Setelah pulih dari kecederaan, Hassan meminta bantuan dari platun Singapura untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang ditahan tempoh hari. Tetapi kebanyakkan rakan platunnya disahkan telah meninggal dunia termasuk Sarjan Pon (Zainol Bakar) dan Aziz. Hassan dan platun baharunya berjaya memusnahkan satu pusat perhubungan askar Jepun di Tanah Melayu. Kali ini Hassan sudah tiba di kampung halamannya, dia menggunakan Ah Leng (Leng Husin) sebagai orang tengah untuk menghapuskan saki baki askar Jepun dan Kampeitai di Jasin, Melaka.
Dalam masa yang sama, Buang pula mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polis rahsia Jepun atau Kampeitai. Dia dilantik oleh ketua Kampeitai (lakonan Omar Rojik). Buang menggunakan kedudukannya untuk menangkap penduduk kampung yang menyimpan radio amatur dan menjadi tali barut askar Inggeris. Selain itu, dia juga memaksa Salmah mengahwininya selepas ayahnya ditangkap kerana memiliki radio amatur. Dengan bantuan dari Ah Leng, surat dari Salmah diterima oleh Hassan. Hassan bersama platunnya berjaya memusnahkan lori tahanan Kampeitai dan menyelamatkan ayah Salmah. Di atas arahan ketuanya, Buang memberkas Salmah, Pak Lebai dan Minah untuk dijadikan tawanan ekoran saspek utamanya masih bebas. Di malam harinya, satu berita diterima mengatakan peperangan sudah berakhir dimana Jepun disahkan telah menyerah kalah pada perang dunia II. Tanpa membuang masa, keesokkan harinya Hassan dan platunnya menyerang dan menawan kubu pertahanan Kampeitai di Jasin. Walaupun keadaan sudah menjadi aman semula, tetapi Buang berjaya melarikan diri. Mujurlah Hassan berjaya bersemuka dengan Buang sebelum membunuhnya.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Sarjan Hassan
- Saadiah sebagai Salmah (kekasih Hassan)
- Jins Shamsuddin sebagai Aziz (adik angkat Hassan)
- Salleh Kamil sebagai Buang (antagonis utama) (pembelot dan bekerjasama dengan tentera jepun) menyiksa masyarakat melayu
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Daeng Idris sebagai Pak Lebai (Ayah Aziz) dan ayah angkat Hassan
- Aini Jasmin sebagai Minah (Orang Gaji Pak Lebai)
- Kapten John Gray sebagai 'Kapten Holiday - RMR (Ketua Platun Singapura)
- Kapten David Downe sebagai Leftenan - RMR (Platun Tanah Melayu)
- Nyong Ismail sebagai Ayah Salmah
- Leng Husin sebagai Ah Leng (kekasih Minah)
- Omar Rojik sebagai Ketua Kampeitai di Tanah Melayu
- M. Rafiee sebagai Kawan Aziz
- Kemat Hassan sebagai Kawan Aziz
- Omar Suwita sebagai Kawan Aziz
- Ali Fiji sebagai Kawan Aziz
- Zainol Bakar sebagai Sarjan Pon
- S. Shamsuddin sebagai Tukang Masak (Platun Singapura)
- H. M. Rohaizad sebagai Rashid (Platun Singapura)
Penampilan kameo
[sunting | sunting sumber]- Kassim Masdor sebagai Askar Singapura
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Zainol Abbas sebagai Hassan (semasa kecil)
- Adik Jaafar sebagai Aziz (semasa kecil)
- Adik Habibah Haron sebagai Salmah (semasa kecil)
Runut
[sunting | sunting sumber]- Tunggu Sekejap nyanyian Tan Sri P. Ramlee
Trivia
[sunting | sunting sumber]Kisah Sarjan Hassan yang sebenar adalah berlainan dengan sinopsis filem Sarjan Hassan. Watak utama filem ini diilhamkan daripada kisah hidup dan perjuangan Kapten (Bersara) Hassan bin Othman ketika negara dalam zaman Darurat, dan di dalam filem beberapa butir kisah hidupnya diubah sedikit seperti latar tempat dan masa kerana filem ini dikeluarkan ketika komunis masih lagi mengganas. Di dalam filem, beliau ditunjukkan berasal dari Jasin, Melaka, sebaliknya beliau merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1927 di Pantai, Seremban dan berkhidmat sebagai Askar Melayu dari 1950 hingga 1962. Pada usia yang muda beliau telah terlibat dalam gerakan menentang serangan komunis. Beliau berkhidmat selama 16 tahun bermula dari berpangkat prebet sehinggalah ke jawatan Penolong Ketua Kompeni di Briged Kedua Infantri. Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991 akibat serangan jantung di Hospital Besar Seremban (kini Hospital Tuanku Ja'afar) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.
Semasa adegan perlawanan di tengah filem, tentera Jepun diperlihatkan membuang bom tangan dengan mencabut pin dan membuangnya. Ini merupakan satu kesalahan kerana cara menggunakan bom tangan Jepun yang betul perlulah di cabut pin, diketuk bahagian atasnya dan lontar.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Reclaiming Adat: Contemporary Malaysian Film and Literature, By Gaik Cheng Khoo
- ^ Kaca permata: memoir seorang pengarah, Jamil Sulong, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, 1990 - Performing Arts - 337 pages
- ^ P. Ramlee: The Bright Star, James Harding, A. H. Ahmad Sarji, Pelanduk Publications, 2002 - P. Ramlee - 280 pages