Iason

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Iason ([ia-son], Ἰάσων Iason, nama bahasa Inggeris: Jason) adalah seorang pahlawan dalam mitologi Yunani Purba. Tokoh ini dikenali melalui catatannya mengetuai sekumpulan kelasi dalam kapal mereka bernama Argo dalam suatu ekspedisi mendapatkan suatu bulu emas bagi membuktikan keberaniannya. Dia adalah anak Aeson, raja Iolkos yang sah.Dia telah berkahwin dengan ahli sihir Medea . Dia juga cicit besar dewa pengutusan Hermes, dari keluarga sisi ibunya.

Pengembaraan mencari Bulu Emas[sunting | sunting sumber]

Jason mengumpulkan beberapa anak kapal yang ingin menyertainya, Kumpulan ini turut termasuk Boread, Herakles, Philoktetes, Peleus, Telamon, Orpheus, Kastor dan Polydeukes, Atalanta, Meleager dan Euphemus. Pahlawan-pahlawan ini berangkat dalam kapal khas mereka bernama Argo[1] - kapal ini mendapat nama sempena pembinanya Argus.

Maka rombongan ini pun mula berlayar. Rombongan tersebut singgah seketika di sebuah pulau bernama Lemnos di pesisiran barat Asia Kecil (kini di Turki); pulau tersebut dihuni sekumpulan wanita janda dengan Hypsipyle sebagai ratu mereka. Ada daripada kelasi-kelasi ini pun saling bercanda dengan perempuan-perempuan tersebut. Iason sendiri menjalinkan hubungan dengan Hypsipyle; mereka melahirkan suatu bangsa baru bernama Minyes (Μινύες, Minyes). Herakles menjadi jijik dengan kelakuan rakan sekerjanya lalu menggesa mereka beredar segera.

Rombongan ini pula berangkat dan berlayar sehingga bertemu sebuah petempatan di Propontis diperintah seborang raja bernama Kuzíkou (Κυζίκου), Kuzikou membawa mereka kepada satu kawasan di sebalik sebuah gunung di mana Iason dan rombongannya mendapatkan bekalan tambahan untuk pelayaran mereka. Mereka berangkat, namun pada sebelah malam sesat jalan dan terpkasa berpatah balik di tempat pendaratan sama. Keadaan pantai tersebut yang gelap gelita menyebabkan mereka susah dikenalpasti. Penduduk petempatan, serta Kuzikou itu menyangka mereka musuh asing, maka mereka dan kelasi-kelasi itu mula berperang sesama sendiri; Kuzikou terbunuh dalam kekacauan dan kekeliruan ini. Apabila mereka yang bertempur ini menyedari apa yang telah berlaku, mereka berhenti menyerang sesama sendiri dan mula mengebumikan Kuzikou.

Pelayaran mereka bersambung apabila mereka tiba di sepasang batu besar (Συμπληγάδες, Symplēgádes) yang terletak di selat Bosporus.