Aku Pilih Kamu (drama)
Aku Pilih Kamu | |
---|---|
Genre | |
Pencipta |
|
Pengarah | Zul Huzaimy |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kasih Dalam Hati" oleh Ippo Hafiz |
Lagu penutup | "Kasih Dalam Hati" oleh Ippo Hafiz |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hemanathan Paul |
Penerbit | Zulkeflee Mohd Said |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 9 Disember 2015 – 19 Januari 2016 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Cinta Hati Abah |
Aku Pilih Kamu ialah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Zul Huzaimy terbitan Primeworks Studios, dibintangi oleh Dayana Roza dan Hafidz Roshdi, Fazren Rafi. Sebuah filem bertajuk sama telah diterbitkan pada 2013 namun plot dan penceritaan tiada persamaan dengan drama ini. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 9 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016 menggantikan drama Dhia Sofea dan digantikan oleh Cinta Hati Abah. Pada Januari 2016, drama ini akan berubah pada hari Isnin hingga Rabu, jam 10 malam.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3[1] dan Drama Sangat.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.
Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi. Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.
Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa. Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.
Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.
Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.
Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya. Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Hafidz Roshdi sebagai Rizman
- Dayana Roza sebagai Qasya Azara
- Fazren Rafi sebagai Adam
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Ryzal Jaafar sebagai Farouk
- Siti Elizad sebagai Nadiya
- Sasqia Dahuri sebagai Isabel
- Arash Mohamad sebagai Dato Mizal
- Zila Bakarin sebagai Datin Rosnaida
- Rahim Omar sebagai Tan Sri Zainal
- Amir Nafis sebagai Tony
Pelakon kanak kanak
[sunting | sunting sumber]- Erynne Erynna sebagai Qasya Azara Kecil
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aku Pilih Kamu (2015): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Aku Pilih Kamu (2015): Episod Penuh. YouTube. Drama Sangat. Dicapai pada 15 Januari 2020.
: Samarinda, Rabu - Khamis 10:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Aku Pilih Kamu (drama) | Berikutnya |
Dhia Sofea | Cinta Hati Abah |