Alan Dzagoev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alan Dzagoev
CSKA-Spartak (3).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhAlan Yelizbarovich Dzagoev
Tarikh lahir (1990-06-17) 17 Jun 1990 (umur 29)
Tempat lahirBeslan, Kesatuan Soviet
Ketinggian1.79 m (5 ka 10+12 in)
Posisi permainanPemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniCSKA Moscow
Nombor10
Kerjaya remaja
2000–2005Yunost Vladikavkaz
2005Akademi Konoplyov
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2007Krylya Sovetov-SOK37(6)
2008–CSKA Moscow159(38)
Pasukan kebangsaan
2013Rusia B212(1)
2008–Rusia42(8)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14 Mac 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 18 November 2014

Alan Yelizbarovich Dzagoev (Bahasa Rusia: Алáн Елизбáрович Дзагóев, lahir 17 Jun 1990) merupakan pemain bola sepak Rusia yang kini bermain untuk CSKA Moscow dan pasukan kebangsaan Rusia. Beliau bermain di posisi pemain tengah menyerang.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Akademiya Tolyatti[sunting | sunting sumber]

Dari Januari 2006 sehinga Disember 2007, Dzagoev bermain untuk Akademiya Tolyatti yang bermain di Divisyen Kedua Rusia. Beliau membuat debut untuk kelab itu pada 29 April 2006 menentang Tyumen dengan kekalahan 2-1. Beliau bermain sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan enam gol.

CSKA Moscow[sunting | sunting sumber]

Dzagoev menandatangani kelab CSKA Moscow sebelum bermulanya musim 2008. Kemunculan pertamanya ketika menentang Luch. Pada perlawanan berikutnya iaitu menentang FC Khimki, beliau berjaya menjarigkan gol dan membuat dua hantaran. Beliau juga antara skuad yang menjuarai Piala Rusia 2008. Beliau membuat tiga hantaran untuk membantu CSKA menang besar 5-1 ke atas kelab Spartak Moscow. Dzagoev menjadi pemain terbaik perlawanan ketika beliau menjaringkan dua gol menentang juara Liga Europa, Zenit Saint Petersburg, 3-1. Pada penghujung musim 2008, Dzagoev dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik oleh Kesatuan Bola Sepak Rusia.

Dzagoev berjaya menjairngkan gol pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester United pada 4 November 2009, yang berkesudahan seri 3–3. Pada 30 September 2012, beliau dibuang padang pada perlawanan menentang Dynamo Moscow selepas mengasari pemain Luke Wilkshire dan digantung lima perlawanan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dzagoev bersama pasukan kebangsaan Rusia pada tahun 2011

Dzagoev telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Rusia untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Jerman yang dijadualkan pada 11 Oktober 2008. Beliau membuat debut pada usia 18 tahun dan 116 hari, beliau menjadi pemain kedua termuda berbuat demikian selepas rakan sepasukan kelab, Igor Akinfeev.

Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 8 Oktober 2010 ketika menang 3-2 ke atas Republik Ireland pada pusingan kelayakan UEFA Euro 2012. Beliau disahkan memasuki skuad Euro 2012 pada 25 Mei 2012. Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan pembukaan kejohanan menentang Republik Czech yang menyaksikan pasukannya menang 4-1. Dzagoev menambahkan gol ketiganya di kejohanan Euro pada perlawanan seterusnya menentang tuan rumah, Poland. Dengan menjaringkan tiga gol, beliau menjadi penjaring terbanyak kejohanan serta berkongsi dengan Cristiano Ronaldo, Fernando Torres, Mario Gómez, Mario Balotelli dan juga Mario Mandžukić.

Pada 2 Jun 2014, beliau termasuk dalam skuad Rusia di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 8 Oktober 2010 Dublin, Ireland  Ireland 2–0 3–2 Kelayakan Euro 2012
2. 7 Oktober 2011 Žilina, Slovakia  Slovakia 3–1 3–2 Kelayakan Euro 2012
3. 11 Oktober 2011 Moscow, Rusia  Andorra 1–0 6–0 Kelayakan Euro 2012
4. 4–0
5. 8 Jun 2012 Wrocław, Poland  Republik Czech 1–0 4–1 UEFA Euro 2012
6. 3–1
7. 12 Jun 2012 Warsaw, Poland  Poland 1–0 1–1 UEFA Euro 2012
8. 15 Ogos 2012 Moscow, Rusia  Ireland 1–0 1–1 Persahabatan

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 14 Mac 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala Super Eropah Jumlah
Kmncln Gol Hntrn Kmncln Gol Hntrn Kmncln Gol Hntrn Kmncln Gol Hntrn Kmncln Gol Hntrn
Rusia Krylia Sovetov SOK 2006 12 1 0 1 0 0 13 1 0
2007 25 5 0 1 0 0 26 5 0
Jumlah 37 6 0 2 0 0 39 6 0
Rusia CSKA Moscow 2008 20 8 10 3 2 0 0 0 0 6 3 0 29 13 10
2009 27 7 12 2 0 0 1 0 0 10 3 1 40 10 13
2010 24 6 6 1 0 0 1 0 0 10 2 4 36 8 10
2011–12 31 5 14 5 0 0 1 0 0 11 1 4 48 6 18
2012–13 24 7 10 4 0 0 0 0 0 2 0 0 30 7 10
2013-14 18 3 5 3 0 0 1 0 1 1 0 0 23 3 6
2014-15 15 2 3 2 2 1 0 0 0 3 0 0 20 4 4
Jumlah 159 38 60 20 4 1 4 0 1 43 9 9 226 51 71
Jumlah kerjaya 196 44 60 20 4 0 4 0 1 43 9 9 265 57 71

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

CSKA Moscow

Individu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad PFC CSKA Moscow