Roman Shirokov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Roman Shirokov
Spartak-Loco (15).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhRoman Nikolayevich Shirokov
Tarikh lahir (1981-07-06) 6 Julai 1981 (umur 37)
Tempat lahirDedovsk, Wilayah Moscow, Kesatuan Soviet
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniFC Krasnodar
Nombor15
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1998–2000CSKA-2 Moscow54(3)
2001CSKA Moscow0(0)
2001FC Torpedo-ZIL Moscow1(0)
2002–2003Istra
2004Vidnoye17(4)
2004Istra
2005Saturn Moscow Oblast18(3)
2006Rubin Kazan4(0)
2007Khimki27(7)
2008–2014Zenit Saint Petersburg130(29)
2014Krasnodar (pinjaman)6(3)
2014–Spartak Moscow5(1)
2015–Krasnodar (pinjaman)2(0)
Pasukan kebangsaan
2008–Rusia43(12)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 13 Mac 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 18 November 2014

Roman Nikolayevich Shirokov (bahasa Rusia: Рома́н Никола́евич Широ́ков, lahir 6 Julai 1981) merupakan pemain bola sepak Rusia yang kini bermain untuk FC Krasnodar secara pinjaman dari FC Spartak Moscow dan juga untuk pasukan kebangsaan Rusia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Sebelum menandatangani kelab Zenit, Shirokov telah bermain untuk FC Khimki, Rubin Kazan, Saturn Moscow Oblast, FC Vidnoye, FC Istra, Torpedo-ZIL Moscow dan juga CSKA Moscow.

Zenit[sunting | sunting sumber]

Shirokov mula bermain untuk Zenit di posisi bek tengah dan kemudian jurulatih Dick Advocaat memaksa beliau untuk memenuhi jurang-jurang kosong pertahanan selepas pemergian Martin Škrtel ke Liverpool dan pemain tercedera, Nicolas Lombaerts. Pada tahun 2009, beliau berpindah ke posisi pemain tengah.

Pada 30 Jun 2014, Shirokov mengumumkan selepas bermain 200 perlawanan dan selama enam tahun untuk Zenit, beliau tidak akan menandatangani kontrak baru dan akan meneruskan kerjayanya di kelab yang lain.

Spartak Moscow[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Julai 2014, beliau diumumkan telah menandatangani kontrak baru dengan Spartak Moscow sebagai ejen percuma. Selepas mengalami jangka masa yang lama untuk pulih daripada kecederaan, beliau akhirnya membuat debut untuk Spartak pada 26 Oktober 2014 menentang FC Lokomotiv Moscow dan menjaringkan gol pada lewat perlawanan untuk menyamakan kedudukan, seri 1-1. Pada 13 Januari 2015, beliau dipinjam ke kelab FC Krasnodar.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Shirokov menjalani latihan bersama pasukan Rusia.

Shirokov membuat debut untuk pasukan kebangsaan Rusia pada 28 Mac 2008 pada perlawanan persahabatan di Romania.

Shirokov menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Bulgaria pada Ogos 2010 dengan berkesudahan Rusia menang tipis 1-0. Beliah disahkan memasuki skuad UEFA Euro 2012 pada 25 Mei 2012. Beliau menjaringkan gol keduanya untuk Rusia pada perlawanan pembukaan Euro 2012 menentang Republik Czech, Rusia menang 4-1.

Pada 2 Jun 2014, beliau termasuk dalam skuad Rusia ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau dikeluarkan daripada senarai skuad pada 6 Jun akibat mengalami kecederaan. Kehilangan beliau memberi kesan impak kekalahan Rusia pada kejohanan dunia itu.[1]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 11 Ogos 2010 Saint Petersburg, Rusia  Bulgaria 1–0 1–0 Persahabatan
2. 8 Oktober 2010 Dublin, Ireland  Ireland 0–3 2–3 Kelayakan UEFA Euro 2012
3. 11 November 2011 Piraeus, Greece  Yunani 0–1 1–1 Persahabatan
4. 29 Februari 2012 Copenhagen, Denmark  Denmark 0–1 0–2 Persahabatan
5. 1 Jun 2012 Zurich, Switzerland  Itali 0–2 0–3 Persahabatan
6. 0–3
7. 8 Jun 2012 Wrocław, Poland  Republik Czech 0–2 1–4 UEFA Euro 2012
8. 7 September 2012 Moscow, Rusia  Ireland Utara 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
9. 16 Oktober 2012 Moscow, Rusia  Azerbaijan 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
10. 14 November 2012 Krasnodar, Rusia  Amerika Syarikat 2–1 2–2 Persahabatan
11. 6 Februari 2013 Marbella, Sepanyol  Iceland 1–0 2–0 Persahabatan
12. 11 Oktober 2013 Baku, Azerbaijan  Azerbaijan 1–0 1–1 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Zenit

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yokhin, Michael (6 July 2014). "Shirokov injury a disaster for Russia". Dicapai 6 June 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad FC Krasnodar