Alassane Ouattara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alassane Ouattara
ߊߟߊߛߊ߲ߣ ߥߊߕߙߊ߫
Presiden Côte d'Ivoire ke-4
Memegang jawatan
11 April 2010
Perdana MenteriGuillaume Soro
Jeannot Ahoussou-Kouadio
Daniel Kablan Duncan
Amadou Gon Coulibaly
Hamed Bakayoko
Patrick Achi
Naib PresidenDaniel Kablan Duncan
Didahului olehLaurent Gbagbo
Perdana Menteri Côte d'Ivoire
Dalam jawatan
7 November 1990 – 9 Disember 1993
PresidenFélix Houphouët-Boigny
Didahului olehFélix Houphouët-Boigny
Digantikan olehDaniel Kablan Duncan
Butiran peribadi
Lahir (1942-01-01) 1 Januari 1942 (umur 82)
Dimbokro, Afrika Barat Perancis (kini Ivory Coast)
Parti politikHimpunan Republikan
PasanganDominique Ouattara (1990-kini)
Alma materUniversiti Drexel
University of Pennsylvania
  • Jawatan presiden diragui oleh Ouattara dan Gbagbo pada 6 Disember 2010 hingga 11 April 2011.

Alassane Dramane Ouattara ([alasan wataʁa, al.a.san wa.ta.ra] Arab: الحسن وطرة, rumi: al-Ħasan Waṭṭarah; bahasa Mandinka: ߊߟߊߛߊ߲ߣ ߘߙߊ߬ߡߊ߲ߣ ߥߊߕߙߊ߫‎ - lahir 1 Januari 1942) ialah seorang ahli politik Ivory Coast, presiden parti Himpunan Republikan (RDR), dan Presiden Côte d'Ivoire mulai 11 April 2011. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut pada November 1990 hingga Disember 1993; mengikut perlembagaan negara yang sah ketika itu, beliau dilantik oleh mendiang Presiden Félix Houphouët-Boigny.[1][2][3][4]

Beliau turut pernah melibatkan kepakarannya dalam seberapa institusi antarabangsa termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pusat Negara-Negara Afrika Barat (Perancis: Banque Centrale des États de l'Afrique de l'Ouest, BCEAO).

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Alassan lahir pada 1 Januari 1942[1][2] di Dimbokro, Afrika Barat Perancis.[5] Beliau anak kepada Dramane Ouattara, seorang pengajar dan peniaga berjaya, dan Hadja Nabintou Cissé.[6][7] Beliau keturunan orang Manding[8] yang datang daripada Sékou Oumar Ouattara (1665-1745), raja pertama dinasti Ouattara dalam Empayar Kong yang merangkumi tidak sahaja negaranya malah juga Mali, Ghana dan Burkina Faso.[7][6]

Beliau melanjutkan pengajiannya berbiasiswa di Institut Teknologi Drexel Universiti Pennsylvania tahun 1967 di mana beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi. Beliau turut sempat mendapatkan ijazah kedoktoran dalam bidang sains ekonomi tahun 1972.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau memasuki tenaga kerja Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington, D.C. sebagai seorang pakar ekonomi setahun setelah menamatkan pengajiannya[2] dari 1968 hingga 1973. Beliau dinaikkan pangkat sebagai penasihat Ketua Pengarah Tabung ini. Selain ini, beliau turut menjawat ketua Chargé de Mission Bank Tengah Afrika Barat (Banque Centrale des Etats de l’Afrique de l’Ouest) beribu pejabat di Paris dari 1973 hingga 1975.[1][2] Beliau mengangkat sumpah sebagai Gabenor lembaga bank ini pada 22 Disember 1988.[9]

Beliau dilantik menjadi perdana menteri Côte d'Ivoire pada 7 November 1990 ketika masih dalam kedudukan IMF-nya,[2][9] namun jawatannya ada diambil alih oleh Charles Konan Banny.[9]

Penceburan politik[sunting | sunting sumber]

Sebagai Perdana Menteri Cote D'Ivoire[sunting | sunting sumber]

Beliau memenangi pilihan raya presiden Côte d'Ivoire 2010 melawan Laurent Gbagbo dalam dua pusingan. Kemenangan Ouattara diiktiraf oleh kebanyakan pihak berdaulat di luar Côte d'Ivoire, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Gbagbo enggan menerima tuntuan ini sehingga mencetuskan sebuah krisis politik yang hebat dalam negara, yang berakhir dengan penahanan Gbagbo pada 11 April 2011.

Sebagai Presiden[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Profile at IMF website, 12 Disember 2005.
  2. ^ a b c d e CV at Ouattara's website Diarkibkan 2007-11-09 di Wayback Machine (Perancis).
  3. ^ "A tale of 2 presidents". CBC News. 25 Mac 2011.
  4. ^ "Gbagbo: Preventing ECOWAS military misadventure in Cote d'Ivoire". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 2011-04-12.
  5. ^ Laing, Aislinn (6 April 2011). "Ivory Coast: Alassane Ouattara profile". The Telegraph.
  6. ^ a b "La métamorphose d'Alassane Ouattara". Le Point. No. 2012. 7 April 2011. m/s. 60–64.
  7. ^ a b Marwane Ben Yahmed (27 November 2010). "Présidentielle : les deux mondes de Gbagbo et Ouattara". Jeune Afrique.
  8. ^ Chikouna Cissé (6 Julai 2018). "Quand les commerçants dioula faisaient rayonner l'Afrique de l'Ouest". Le Monde (dalam bahasa Perancis). Unknown parameter |acccess-date= ignored (bantuan)
  9. ^ a b c "Basic texts and milestones". bceao.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Félix Houphouët-Boigny
Perdana Menteri Côte d'Ivoire
1990–1993
Diikuti oleh:
Daniel Kablan Duncan
Didahului oleh
Laurent Gbagbo
Presiden Côte d'Ivoire
2011–kini
Pemegang jawatan kini

Templat:Perdana Menteri Côte d'Ivoire Templat:Presiden Côte d'Ivoire