Alassane Pléa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alassane Pléa
Loc-Nicca (1).jpg
Pléa beraksi untuk Nice pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Alassane Alexandre Pléa[1]
Tarikh lahir (1993-03-10) 10 Mac 1993 (umur 27)
Tempat lahir Lille, Perancis
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Mönchengladbach
Nombor 14
Kerjaya remaja
2002–2008 Ascq
2008–2010 Wasquehal
2009–2012 Lyon
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Lyon 7 (0)
2014Auxerre (pinjam) 15 (3)
2014–2018 Nice 112 (36)
2018– Borussia Mönchengladbach 61 (22)
Pasukan kebangsaan
2010 Perancis B18 4 (1)
2011–2012 Perancis B19 15 (2)
2012–2013 Perancis B20 6 (3)
2014 Perancis B21 1 (0)
2018– Perancis 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:28, 5 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Oktober 2019

Alassane Alexandre Pléa (lahir 10 Mac 1993) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang dan sayap untuk Borussia Mönchengladbach dan pasukan kebangsaan Perancis.[2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Lyon[sunting | sunting sumber]

Pléa melakukan penampilan sulungnya untuk Lyon pada 7 Oktober 2012 dalam perlawanan Ligue 1 menentang Lorient selepas menggantikan Bafétimbi Gomis pada minit ke-90 dalam aksi yang berkesudahan seri 1-1.[3]

Nice[sunting | sunting sumber]

Pléa meninggalkan Lyon dan menyertai Nice pada musim panas tahun 2014 untuk meneroka peluang beraksi dengan lebih kerap dalam perpindahan yang bernilai 450,000 paun sterling.[4] Semasa berada di bawah pengedalian pengurus Claude Puel, beliau telah berpindah posisi ke bahagian tengah. Beliau mula mengasahkan bakatnya di bawah kendalian Puel dan bakatnya menjadi lebih tajam apabila di bawah bimbingan pengurus baru, Lucien Favre.

Pada 20 Oktober 2016, Pléa menjaringkan gol tunggal permainan semasa menentang Red Bull Salzburg pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa. Perlawanan itu merupakan kemenangan pertama Nice dalam kejohanan Eropah yang diadakan di gelanggang lawan setelah sebelum mencatatkan 15 perlawanan di tempat lawan tanpa meraih sebarang kemenangan.[5] Pada tiga hari kemudian, beliau menjaringkan hatrik di Ligue 1 semasa menewaskan Metz 4-2 sekali gus membolehkan Nice mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan jurang perbezaan empat mata.[6]

Pada 20 Februari 2017, Pléa menjalani pembedahan artriskopi pada bahagian lutut kanannya di Lyon lalu memaksanya untuk berehat selama lima bulan. Pada lapan hari sebelumnya, beliau mengalami kecederaan pada lutut kanannya ketika separuh masa pertama perlawanan Ligue 1 menentang Rennes sekali gus memaksanya untuk dikeluarkan pada minit ke-43. Pada 21 Februari 2017, beliau merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan Nice pada saingan Ligue 1 di samping menjadi penjaring gol kelima terbanyak dalam kalangan pemain Ligue 1 untuk musim 2016-17 iaitu dengan sebelas gol dihasilkan.[7][8]

Sambil beraksi dengan Mario Balotelli, beliau ternyata seorang pemain sayap yang terbaik dengan menjaringkan 27 gol dan sembilan bantuan jaringan sepanjang musim 2016-17 dan 2017-18.

Borussia Mönchengladbach[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2018, Pléa telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Borussia Mönchengladbach. Nilai perpindahan yang perlu dibayar kepada Nice dilaporkan sebanyak 25 juta euro.[9] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama kelab ketika menentang BSC Hastedt pada pusingan pertama DFB-Pokal pada 19 Ogos 2018 di samping menjaringkan hatrik pada perlawanan itu yang menyaksikan Gladbach membelasah pasukan lawan dengan skor jaringan 11–1.[10][11] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga pada 1 September semasa pasukannya terikat seri 1-1 bertemu Augsburg.[12] Beliau mengakhiri musim sulungnya bersama Gladbach dengan menjaringkan 12 jaringan gol liga dan 15 jaringan gol pada semua kejohanan.[13]

Pada musim berikutnya, Pléa dipuji kerana telah meningkatkan sudut kreatif pada kemahiran serangannya apabila beliau menyumbang kepada lapan jaringan gol dan tujuh bantuan gol pada 22 kemunculan Bundesliga beliau yang awal. Semasa menentang RB Leipzig pada 1 Februari 2020, Pléa telah menjaringkan gol pembukaan permainan sebelum dibuang padang apabila dilayangkan kad kuning yang kedua pada perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 setelah Gladbach mendahului lawan 2-0.[14][15] Pada 31 Mei, beliau menjaringkan gol kesepuluhnya pada saingan liga musim ini dan membantu kepada dua jaringan gol Marcus Thuram pada perlawanan mengecewakan 1. FC Union Berlin 4-1.[16]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pléa dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Mali.[17] Beliau merupakan pemain belia antarabangsa Perancsi dan telah mewakili pasukan bawah-18, bawah-19, bawah-20 dan bawah-21. Beliau telah mewakili pasukan bawah-19 Perancis ke Kejohanan Eropah 2012.

Pada November 2018, Pléa telah dipanggil oleh skuad senior buat kali pertama selepas kecederaan yang melanda Anthony Martial dan Alexandre Lacazette untuk menghadapi perlawanan menentang Belanda dan Uruguay. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis ketika menentang Uruguay selepas menggantikan Olivier Giroud pada minit ke-80 permainan dalam aksi yang berkesudahan Perancis menang 1–0 di gelanggang sendiri.[18]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 5 Jun 2020.[19]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Lyon 2012–13 1 0 0 0 0 0 2[b] 0 0 0 3 0
2013–14 6 0 0 0 0 0 3[b] 1 9 1
Jumlah 7 0 0 0 0 0 5 1 0 0 12 1
Perancis Auxerre 2013–14 15 3 1 0 0 0 16 3
Perancis Nice 2014–15 33 3 1 0 1 0 0 0 35 3
2015–16 19 6 0 0 0 0 19 6
2016–17 25 11 1 1 1 1 5[b] 1 32 14
2017–18 35 16 1 0 2 1 11[c] 4 49 21
Jumlah 112 36 3 1 4 2 16 5 135 44
Jerman Borussia Mönchengladbach 2018–19 34 12 1 3 35 15
2019–20 27 10 1 0 5[b] 0 33 10
Jumlah 61 22 2 3 5 0 68 25
Jumlah kerjaya 195 61 6 4 4 2 26 6 231 75
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
  2. ^ a b c d Penampilan di Liga Europa UEFA
  3. ^ Tiga penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, lapan penampilan dan empat jaringan gol di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 November 2019.[20]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
Jumlah 1 0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Entreprise Ap14 Sports à Nice (06200)" [Company Ap14 Sports in Nice (06200)]. Figaro Entreprises (dalam bahasa French). 5 July 2019. Dicapai pada 13 October 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
    "Alassane Plea". BFM Business (dalam bahasa French). Dicapai pada 13 October 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "Entretien avec... Alassane Plea: "Signer pro à l'OL serait un aboutissement"". FootMercato (dalam bahasa French). 28 August 2011. Dicapai pada 7 October 2012.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  3. ^ "Lorient v. Lyon Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 7 October 2012. Dicapai pada 7 October 2012.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  4. ^ "Alassane Pléa – the most complete forward in the Bundesliga". Get German Football News. 5 May 2020. Dicapai pada 31 May 2020.
  5. ^ "Three teams stay perfect, United beat Fenerbahçe". www.uefa.com. 20 October 2016.
  6. ^ "Pléa does trick to keep Nice clear". www.ligue1.com. 23 October 2016.
  7. ^ "Fin de saison pour le Niçois Alassane Pléa". L'Équipe. 20 February 2017.
  8. ^ "Ligue 1 : Saison terminée pour Alassane Pléa, qui sera éloigné des terrains 5 mois". Eurosport. 20 February 2017.
  9. ^ "Alassane Plea signe à Mönchengladbach (officiel)". L'Équipe. 13 July 2018.
  10. ^ "BSC Hastedt 1:11 Borussia Mönchengladbach". DFB (dalam bahasa German). 19 August 2018. Dicapai pada 31 May 2020.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  11. ^ "Three hat-tricks in Gladbach's 11-1 German Cup romp". France24. 19 August 2018. Dicapai pada 31 May 2020.
  12. ^ "FC Augsburg 1:1 Borussia Mönchengladbach". DFB (dalam bahasa German). 1 September 2018. Dicapai pada 31 May 2020.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  13. ^ "Who is Alassane Plea? From Mario Balotelli wingman to the main event at Borussia Mönchengladbach". Bundesliga. Dicapai pada 31 May 2020.
  14. ^ "Christopher Nkunku saves RB Leipzig at the death in home draw with Borussia Mönchengladbach". Bundesliga. 1 February 2020. Dicapai pada 5 June 2020.
  15. ^ "Bundesliga: RB Leipzig's title tilt suffers another setback against Borussia Mönchengladbach". DW. 1 February 2020. Dicapai pada 5 June 2020.
  16. ^ "Gladbach's Marcus Thuram dedicates goal to U.S. protests". ESPN. 31 May 2020. Dicapai pada 31 May 2020.
  17. ^ "France ou Mali : Alassane Pléa a fait son choix * Niarela.net * Mali". October 31, 2016.
  18. ^ "France v Uruguay game report". ESPN. 20 November 2018.
  19. ^ "Alassane Pléa (France) - Profile and career statistics". Soccerway. Dicapai pada 16 April 2017.
  20. ^ "Alassane Pléa". European Football. Dicapai pada 22 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]