Ali Puteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ali Puteh
KelahiranSyed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey
1989 (umur 30–31)
Gombak, Selangor, Malaysia
Pekerjaanpelawak, pelakon , pengacara
Tahun aktif2012 - sekarang
Ibu bapaSyed Mohd Ridzuan Al-Juffrey (bapa)
Rosbiah Arshad (ibu)
SaudaraAbam Bocey (abang)

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh ialah seorang pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia. Dia merupakan adik kepada pelawak Abam Bocey. Ali Puteh pernah menyertai program raja lawak musim ke- 6 bersama abangnya Abam yang merupakan anggota Bocey, kini.Ketika itu mereka dikenali sebagai Albob.

Kemudian, pada tahun 2013 Ali mencuba nasib menyertai program bintang mencari bintang. Pada tahun itu, beliau bersama Mohd Daniel Lee dan mereka dikenali sebagai Bowl. Mereka merupakan Protege kepada Dato Afdlin Shauki ketika itu.

Pada tahun 2015, Ali menyertai Projek komedi Warna. Beliau merupakan anggota kumpulan puteh bersama dengan Mamak yang menjadi naib juara Projek Komedi Warna 2015. Ketika itu,nama mereka baru mula disebut-sebut dalam industri lawak tanah air. Gandingan mereka berdua disukai dan menjadi.

Pada tahun 2016, mereka menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 dan berjaya mara ke final lalu mendapat tempat ketiga. Selama 4 tahun mereka mencuba nasib untuk menyertai Maharaja Lawak Mega dan menggapai title juara. Dan pada tahun 2019 iatu tahun ke empat menyertai program tersebut, mereka menambah seorang ahli anggota baru iaitu Man raja lawak yang merupakan juara Raja lawak musim ke 5. Berkat usaha mereka mencuba akhirnya mereka dinobatkan sebagai juara untuk kali yang pertama.

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Komedi Popular N/A Dicalonkan

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Naib Juara Projek Komedi Warna

Tempat Ke 3 Maharaja Lawak Mega 2016

  • Tempat ke-5 Maharaja Lawak Mega 2017

Tempat ke-4 Maharaja Lawak Mega 2018

Juara Maharaja Lawak Mega 2019

Catatan[sunting | sunting sumber]

•Anak kedua Ali Puteh meninggal dunia pada 26 November 2019 bersamaan minggu ke 5 ali sedang bertanding.

•Ketika itu beliau sedang menyertai program Maharaja Lawak Mega 2019.

•Pada minggu ke 5 beliau tetap terus menghiburkan rakyat Malaysia walaupun dalam kesedihan. Sikap Profesional Beliau di puji ketika itu.

•Kekuatan dan kecekalan Ali Puteh menjadi pembakar semangat kepada peserta lain ketika itu.

    • Abang nya pula Syed Umar Moktar atau di kenali sebagai abam Bocey meninggal dunia pada 10 Febuari 2020 akibat demam panas.