Pergi ke kandungan

Abam Bocey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abam Bocey
الاخ بوسي
Kelahiran
Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey

(1988-01-19)19 Januari 1988
Meninggal dunia10 Februari 2020(2020-02-10) (umur 32)
Sebab kematianDeman panas dan sakit kepala
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2012–2020
Karya
Filemografi
PasanganNor Hidayah Mohd Ali (k. 2017–2020)
Anak-anak1
IbuSabariah Arshad
BapaSyed Mohd Ridzuan Al-Juffrey
KeluargaAli Puteh (adik)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreKomedi, sketsa
Bekas ahliBocey (2012–2020; kematiannya)

Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey (19 Januari 1988 – 10 Februari 2020) ialah seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey. Beliau ialah bekas peserta Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3. Abam juga terkenal dengan slogan 'Gemuk is Awesome’ kerana bertubuh besar.[1][2][3][4]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Abam[5] berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor. Majlis perkahwinan mereka dihadiri seramai 5,000 tetamu termasuk ahli keluarga pengantin lelaki.[6] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.[7]

Pada 10 Februari 2020, Abam Bocey telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak di usia 32 tahun. Menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam mengalami demam panas dan sakit kepala sejak dua hari sebelum kematiannya.[8][9] Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.[10]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Bocey
  • Perjalanan (2015)
Tahun Tajuk lagu Komposer Penulis Lirik
2019 Sikasih[11] Zimi Sofazr Rongak

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Artis Lawak MeleTOP Abam Bocey Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon Komedi Lelaki Popular Abam Bocey Menang
Anugerah Lawak Warna 2015 Artis Lawak Lelaki Paling Popular Abam Bocey Tercalon
Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular Kumpulan Bocey Tercalon
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Filem Popular Abam Bocey Tercalon
Pelakon Komedi Popular Abam Bocey Menang
Artis Versatil Popular Abam Bocey Tercalon
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon
  1. ^ Abam Tidak Pernah Berasa Malu Bertubuh Besar Diarkibkan 2017-06-02 di Wayback Machine mStar Online (7 April 2015). Dicapai pada 7 April 2015.
  2. ^ Zaidi Mohamad (7 April 2015). Gemuk Is Awesome - Abam Bocey Berita Harian. Dicapai pada 7 April 2015.
  3. ^ Abam Bocey sasar turun berat 30 kilogram Diarkibkan 2015-04-11 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 9 April 2015.
  4. ^ "Gemuk Is Awesome", Kevin Zahri Tegur Abam (Bocey) Diarkibkan 2016-08-30 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 7 April 2015.
  5. ^ Abam Bocey takut didekati wanita? Serah kepada keluarga cari calon isteri Diarkibkan 2019-08-28 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2018.
  6. ^ 5,000 datang kenduri kahwin Abam Bocey Harian Metro (9 Disember 2017). Dicapai pada 12 Februari 2018.
  7. ^ Najiy Jefri (19 Jun 2019). Abam Bocey dapat anak lelaki Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  8. ^ Rahman, Ridzuan Abdul (2020-02-10). "Abam Bocey meninggal dunia". HM Online. Dicapai pada 2020-02-10.
  9. ^ Februari 10, Gempak; Myt, 2020 09:42. "Pelawak Abam Bocey meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 2020-02-10.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  10. ^ "Pelawak Abam meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-10. Dicapai pada 2020-02-10.
  11. ^ [VIDEO-Sikasih-buat-peminat-Abam Sikasih buat peminat Abam] Sinar Harian (11 Februari 2020). Dicapai pada 12 Mac 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]