Alias Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dr Alias Mohamed (lahir 1945) adalah ahli politik UMNO dan bekas Setiausaha Politik kepada Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1989-1994). Banyak rencana beliau tentang kupasan isu politik Malaysia tersiar di media arus perdana - Utusan Malaysia.[1] Beliau juga Presiden Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia [2];

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah Inggeris iaitu Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan (1963) ; Maktab Perguruan Harian Seremban, Seremban ,Negeri Sembilan (1964-1965) selama dua tahun untuk menjadi guru (1966-1970). Kemudian beliau memasuki Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah(1972-73).

Ketika bekerja sebagai wartawan NST, beliau mendapat biasiswa fellowship oleh New Straits Times untuk sambung belajar peringkat Sarjana bidang Sains Politik di University of New Brunswicks, Kanada.


Beliau mendapat Ph.D.(1991) daripada Universiti Malaya. Tajuk tesis beliau ialah “Pas Platform - Development and Change, 1951-1986” . Pada 1994, Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah melancarkan buku tersebut.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Pengetua Maktab Kelantan - sebuah kolej swasta. Seterusnya menjadi wartawan Berita Harian (1973) dan dipindahkan ke New Straits Times.Tahun 1974 beliau mewakili Gapena-New Straits Times untuk menyertai Perhimpunan Penulis Sedunia di Australia anjuran Kerajaan Australia dan Australian Fellowship Writers.

Awal tahun 1977 beliau menjadi tutor Universiti Malaya ; Pensyarah UM dan Ketua Penyelidikan dan Penilaian, Bahagian Penerangan Luar Negeri, Wisma Putra (September 1979). Seterusnya pada September 1980 dilantik menjadi Atase Penerangan di Kedutaan Besar Malaysia di Ottawa, Kanada dengan jawatan Setiausaha Pertama. Pada tahun 1979 beliau dilantik sebagai Anggota Sidang Pengarang Akhbar ‘Merdeka’, lidah rasmi parti Barisan Nasional.

Beliau menjadi Pengurus Besar Kumpulan (1982).

Politik[sunting | sunting sumber]

Alias Mohamad dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ghafar Baba (1989-1994). Beliau juga Penasihat Kelab Setiausaha Akhbar Menteri-Menteri.

Ghafar Baba tewas / berundur selepas 'dirampas' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari 'Team Wawasan'. Sejak 1994 beliau kembali aktif dalam syarikat perniagaan dan menjadi Timbalan Ketua Cawangan dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan di Wilayah Persekutuan. Tahun 1996 beliau bertanding Majlis Tertinggi UMNO Malaysia tetapi tewas.


Beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu Malaysia dan Pengerusi Yayasan Rangkaian Perniagaan Islam (Muslim Business Networking Foundation). Beliau juga Presiden Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian Malaysia, Presiden Persatuan Wartawan Melayu Kelantan dan Presiden Persatuan Kebangsaan Wartawan dan bekas Timbalan Presiden Institut Kajian Politik dan Ekonomi (IKAPE) iaitu sebuah organisasi cendekiawan yang terlibat dalam menganjurkan ceramah dan membentangkan kertas kerja mengenai perkembangan politik semasa di Malaysia.[3]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Surat Terbuka kepada Pemimpin ; Gateway Publishing
  2. Sastera dan Politik : Penulis, Akhbar dan Gapena
  3. Biografi Seorang Aktivis ; Gateway Publishing
  4. Abu Bakar Hamzah Dalam Kenangan,
  5. Wawancara dengan Intelektual Melayu ; Gateway Publishing
  6. Surat Dari Australia ; Gateway Publishing
  7. Sejarah Perjuangan Utusan Melayu, Gateway Publishing
  8. Jurnal Persatuan Wartawan Melayu Kelantan 1; Gateway Publishing; April 2007
  9. Ghafar Baba : a biography : Petaling Jaya : Pelanduk Publications, 1993.
  10. Kelantan : politik dan dilema pembangunan : Gateway Publishing, 1989.
  11. Tengku Razaleigh : rintangan dan cabaran / compiled and edited by Alias Mohamed.: Gateway Publishing House, 1986.
  12. Gerakan sosial dan politik Kelantan ; Insular Publishing House, 1984.
  13. Kepimpinan demokrasi tradisi: AMW Communictions Management, 1984.
  14. Kelantan Dibawah PAS: Masalah Tanah Dan Rasuah : Insular Publishing House, 1984.
  15. Kelantan under PAS : the problems of land development and corruption : Insular Publishing House, 1983.
  16. The Trial of Mokhtar Hashim; nsular Publishing House, 1983 , 218 ms
  17. Wasiat nasionalisme Melayu : Utusan Publications & Distributors, 1982.
  18. Gerakan Sosial dan politik kelantan [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dr. Alias Mohamed tokoh di belakang tabir; Lotfi Ismail;Gateway Publishing House Sdn. Bhd., 1998
  2. ^ UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran
  3. ^ [aliasmohamed-biodata.blogspot.com Biodata Alias Mohamed]
  4. ^ [1]