Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majlis Tertinggi UMNO)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Majlis Kerja Tertinggi UMNO
UMNO logo.svg
KependekanMKT UMNO
Ibu pejabatMenara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
PengerusiPresiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi
Organisasi utama
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Majlis Kerja Tertinggi UMNO[1] (sebelum ini Majlis Tertinggi UMNO) ialah sebuah badan eksekutif bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ia menjalankan pentadbiran hal ehwal parti bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung UMNO dan berkuasa menjalankan sebarang tindakan mewakili Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya, namun segala tindakan itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung[2].

Bermula tahun 2018, UMNO memutuskan Majlis Tertinggi (MT) dikenali sebagai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang turut memikul tugas yang lebih dan menumpukan aspek tertentu dalam pengurusan parti[3].

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Majlis Kerja Tertinggi UMNO terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, enam orang Naib Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri; Setiausaha Agung; Bendahari; Ketua Penerangan; tidak lebih daripada dua puluh lima (25) orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agung; dan tidak lebih daripada dua belas (12) orang yang dilantik oleh Presiden termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seorang dari Pergerakan Puteri.

Kedudukan Majlis Tertinggi dalam carta organisasi UMNO

Senarai[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ UMNO tukar MT jadi Majlis Kerja Tertinggi
  2. ^ Roslinda Hashim (7 Oktober 2020). "'Muktamadkan dalam Perhimpunan Agung'". Sinar Harian. Dicapai pada 5 November 2021.
  3. ^ Rohaniza Idris (30 Julai 2018). "UMNO tukar MT jadi Majlis Kerja Tertinggi". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2021.