Amber Chia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Amber Chia
Fail:Amber Chia, 2008 (cropped).jag
KelahiranChia Lee Peng
(1981-12-14) 14 Disember 1981 (umur 39)
Ipoh, Perak, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanModel, pelakon, jurucakap produk
Tahun aktifFrom 1999
Tinggi5 kaki 8 inci (175cm)
Warna rambutHitam/Perang gelap
Warna mataHitam
Ukuran32 – 25 – 35
Berat55kg
Saiz bajuSize S
Saiz kasutSize 39 (Size 8)
Laman webwww.amberchia.com

Amber Chia (Cina Ringkas: 谢丽萍, Cina Tradisional: 謝麗萍, pinyin: xiè lì píng; lahir 14 Disember 1981) ialah seorang peragawati dari Malaysia. Beliau dibesarkan di bandar Tawau, Sabah. Beliau memulakan kerjaya permodelan pada usia 17 tahun, setelah ditemui oleh pencari bakat di Kuala Lumpur, di mana beliau bertugas sebagai akauntan. Chia meraih kenamaan antarabangsa setelah dipilih sebagai salah seorang daripada 15 orang finalis peraduan Guess Watches Timeless Beauty pada tahun 2004, serta diundi sebagai Best Top Model oleh Malaysian International Fashion Awards pada tahun 2004 dan 2005. [1] Salah satu ciri-ciri zahir beliau yang terpenting ialah bibir bermuncung yang jarang didapati pada orang Cina Malaysia.

Sebilangan syarikat terkemuka pernah menggunakan khidmat Chia dalam iklan mereka, termasuk Sony, L'Oréal, dan Mitsubishi. ini menyebabkan para pengkritik mendapati beliau terlebih pendedahan, serta tanggapan bahawa beliau lebih gemar memilih untuk mendukung produk secara senyap-senyap. Pihak-pihak tersebut juga menitikberatkan ketidakfasihan beliau berbahasa Inggeris (beliau fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin), sungguhpun ini dikatakan adlaah disebabkan diri beliau dibesarkan di Tawau di mana kebanyakan penduduknya hanya fasih dalam loghat tempatan.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pengurusnya Adrian Wong pada Mac 2010.[3] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ashton Wong; lahir pada September 2010.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Chia juga pernah menimbulkan rasa ketidakpuasan sesetengah pihak kerana muncul dalam edisi Indonesia majalah Playboy.[5] namun begitu, gambar-gambar yang diambil belaiu tidak sesekali berbogel, dan Chia menegaskan bahawa fotonya "menghormati budaya, bergaya dan membelai rasa tetapi tidak lucah.” Foto beliau muncul dalam seksyen "Selebriti" majalah itu.

Chia juga pernah mencuba bidang lakonan lalu menemui kejayaan dalam beberapa terbitan tempatan seperti filem The 3rd Generation, Possessed, dan Trio & a Bed. Kini belaiu mempunyai blog sendrinya di laman web rasmi beliau dan blog itu sering dikemas kini dengan banyak masukannya mengenai tugasan peragaan , percutian luar negara dan hidup peribadi beliau.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amber Chia - 17 of Malaysia's Most Outstanding Inviduals: Faces Magazine Malaysia.
  2. ^ The Many Faces of Amber Chia.
  3. ^ "The model and her man". The Star (Malaysia). 2 April 2010. Dicapai pada 17 July 2016.
  4. ^ "Amber Chia: 1Malaysia won't happen in a day". The Nut Graph. 26 September 2011. Dicapai pada 17 July 2016.
  5. ^ Amber Chia proud to be Playboy girl: The Star Malaysia
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 2013-08-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]