Pak Pong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pak Pong
PengarahFauzi Nawawi
PenulisFauzi Nawawi
Dihasilkan olehRaja Mohamad Ismail
Dibintangi
Disunting olehShamsul & Kenny
Syarikat
penerbitan
9 Country Creativity
Tarikh tayangan
  • 23 Februari 2017 (2017-02-23) (Malaysia)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM35 ribu

Pak Pong merupakan sebuah filem drama fantasi Malaysia 2017 arahan Fauzi Nawawi terbitan 9 Country Creativity. Di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah, Fauzi turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Ia menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Hairul Azreen, Siti Saleha, Amber Chia, Marsha Milan Londoh, Eizlan Yusof dan Saiful Apek. Filem ini ditayangkan pada 23 Februari 2017.[1] Penerbit filem ini, Raja Mohammad Mohd Ismail meninggal dunia pada 12 Julai 2017, lima bulan selepas Pak Pong ditayangkan.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan filem Pak Pong bermula sekitar 2012. Ia merupakan filem sulung arahan Fauzi Nawawi di dalam kerjayanya sebagai sutradara dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan kerana masalah bajet dan dalam masa yang sama, memberi penelitian terhadap sudut kesan khas.[3]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Pak Pong dikeluarkan pada 23 Februari 2017 dan merupakan kegagalan komersial, hanya meraih kutipan RM35 ribu.[4] Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online mendapati Pak Pong memiliki idea yang menarik. Dengan mengenengahkan genre fantasi dengan disulami dengan elemen drama dan komedi, sekaligus memberikan variasi kepada khalayak di sebalik lambakan genre komedi dan seram sedia ada di pasaran.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pressreader (20 Februari 2017). "Akhirnya 'Pak Pong' masuk panggung". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
  2. ^ Wani Ariffin (12 Julai 2017). "Penerbit filem 'Pak Pong' meninggal dunia". Media Hiburan. Dicapai pada 1 September 2017. Filem komedi fantasi arahan Fauzi Nawawi temui penonton selepas lima tahun
  3. ^ Aqmar Mustaza (11 Februari 2017). "'Pak Pong' mash relevan". Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
  4. ^ "Hairul Azreen Tidak Kecewa Filem Pak Pong Kurang Sambutan". Astro Gempak. 9 Mac 2017. Dicapai pada 1 September 2017.
  5. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2017). "'Pak Pong' Miliki Idea Menarik Tapi Tiada Arah Tujuan". mStar Online. Dicapai pada 1 September 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]