Anak-anak Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anak-anak Sidek
Transparent bar.svg
Maklumat penerbitan
Penerbit Pengedaran J.A.S sdn. bhd.
Genre Autobiografi
Tarikh penerbitan 1995
Watak utama
  • Rusitah (Kak Itah)
  • Misbun (Bun)
  • Razif (Ajib)
  • Jalani (Alan)
  • Rahman (Aman)
  • Rashid (Adul)
Pasukan kreatif
Karya Kumpulan Pelukis J.A.S Sdn. Bhd.
Anak-anak Sidek
Anak-anak Sidek logo.gif
Logo siri animasi Anak-anak Sidek (Musim 1)
Genre Drama komedi biografi
Format Siri animasi
Pengarah Shadan Hashim
Pelakon suara
  • Norkamal Hj. Ahmad
  • Natrah Karim
  • Raja Azmi
  • Puteri Suhaidah Jalani
  • Achmad Fadzreen
  • Mohd Nabil Fikri
  • Nazatul Sheila Razif
  • Kamarul Anuaa Muhammad
  • Husaini Jusoh
  • Ariff Shah
  • Syarilawati Mahamad
  • Ezzeq Sajad Ismail
  • Nor Iman Abdul Rahim
  • Nor Azman Mohd Yusof
  • Rohaizan Rosli
  • Mohd Fairos Amzas
Lagu pembukaan Anak-anak Sidek
Lagu penutup Anak-anak Sidek
Negara asal Malaysia
Bilangan musim 3
Bilangan episod
  • 100 (majalah)
  • 39 (animasi)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit Raja Azmi
Lokasi Selangor, Kuala Lumpur
Tempoh siaran 26 minit
Syarikat penerbitan
Pengedaran JAS Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal TV1
Siaran asal 1999 - 2003

Anak-anak Sidek[1] ialah sebuah komik autobiografi jaguh badminton negara karya Kumpulan Pelukis J.A.S Sdn. Bhd. Komik ini menjadi komik biografi yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang diterbitkan selama 10 tahun, dari 1995 hingga 2005. Raja Azmi merupakan penerbit komik ini. Ia merupakan komik biografi mengenai keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek, berdasarkan kisah benar. Komik ini juga pernah diulang cetak sebanyak beberapa kali kerana menerima permintaan tinggi daripada pembaca.

Terdapat juga siri animasinya dengan judul yang sama, yang telah disiarkan di RTM selama 3 musim dan 39 episod dari tahun 1999 hingga 2003. Semua anak-anak Sidek, kecuali Razif, menjadi ahli lembaga pengarah dan penerbit eksekutif bagi kedua-dua komik dan siri animasi ini.

Komik ini dilancarkan semula pada 2008 dan disertakan dengan VCD siri animasi ini, tetapi ia tiada lagi di pasaran sejak 2011.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Anak-anak Sidek mengisahkan kehidupan Sidek bersaudara yang menghabiskan zaman kanak-kanak mereka di sebuah kampung yang bernama Kanchong Darat di Banting, Selangor pada 1960-an dan awal 1970-an, termasuk sekali kisah-kisah kehidupan Sidek bersaudara sebelum menjadi pemain badminton ternama negara, dan kehidupan peribadi anak-anak Sidek yang tidak pernah diketahui umum.

Komik yang julung kali diterbitkan di Malaysia pada 1995 (3 tahun selepas Malaysia memenangi Piala Thomas) dan diulang cetak berbanyak-banyak kali mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pembacanya.

Edisi baru komik Anak-anak Sidek dilancarkan pada April 2002 dan isi kandungan komik ini terdiri daripada komik hasil tangkapan skrin siri animasi Anak-anak Sidek dan ia juga turut disertakan dengan VCD siri animasi ini. Bagaimanapun, komik Anak-anak Sidek tidak lagi diterbitkan selepas 10 tahun berada di pasaran.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Rusitah — Satu-satunya watak perempuan utama di majalah dan animasi Anak-Anak Sidek. Seorang gadis remaja yang bersifat lemah-lembut, pendiam,tenang,penyayang dan kadangkala tegas apabila berada dalam keadaan yang memerlukan. Anak sulung kepada pasangan Haji Sidek - Rukinah,kakak sulung kepada Misbun,Razif,Jalani,Rahman dan Rashid membuat kemunculan pertama di episod pertama yang bertajuk Mulanya Di Sini,beliau kurang membuat penampilan di episod kedua dan ketiga tapi kembali menjadi watak utama di episod keempat(Adik Baru) dan episod-episod yang terkemudian.Beliau suka bermain badminton dan pernah bermain secara sembunyi tapi diketahui lalu dimarahi oleh ayahnya.
  • Misbun — Anak sulung lelaki Haji Sidek - Rukinah dan adik kepada Rusitah. Seorang yang bersikap nakal, degil, pantang dicabar dan suka menyakat kakak dan adik-adiknya,rapat dengan Jalani dan selalu membuat aktiviti bersama.Dalam Siri kedua apabila Misbun Sudah meningkat remaja perangainya masih tidak berubah Namun misbun telah memenangi Kejuaraan Silat hasil bimbingan Wak Sakawi.Pada Akhir-Akhir Siri kedua pula misbun merindui adiknya Razif yang telah Pergi berjauhan Dari keluarga mereka Dan berazam untuk mengikut jejak langkah Razif Dan membuat Ayahnya Haji Sidek berbangga dengan dirinya
  • Razif — Anak kesayangan Haji Sidek. Razif atau Ajib seorang yang kuat mengadu pada ayahnya perihal Bun, Alan dan Aman. Beliau selalu dipuji oleh ayahnya kerana kehebatannya bermain badminton.Pada Musim kedua Pula Ajib telah terpilih untuk menyambung pelajaran di Sekolah berasrama Khas untuk Pelajar cemerlang sukan pada waktu itu iaitu Victoria Institution. Ini menyebabkan beliau tidak berada di dalam Siri kedua(hanya dalam komik) Dan hanya muncul disesetengah Siri sahaja.Razif sering menjadi mangsa buli senior yang mencemburui bakat Razif dalam sukan badminton Dan menyebabkan Razif merindui abangnya Misbun
  • Jalani — Beliau anak Hj. Sidek yang keempat. Nama timangannya Alan. Beliau selalu bersama dengan Misbun dalam aktiviti harian. Seorang yang penyabar dan selalu memberi nasihat kepada adik-beradiknya.
  • Rahman — Nama timbangannya Aman. Kenakalannya juga boleh tahan kerana terpengaruh dengan Bun.
  • Rashid — Anak bongsu kepada pasangan Haji Sidek - Rukinah,seorang yang pendiam dan suka memerhati apa yang kakak sulung (Rusitah) dan abangnya buat.

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Haji Sidek — Bapa kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Terkenal dengan tabiat panas barannya, Haji Sidek merupakan seorang yang tegas dalam soal badminton dan pendidikan anak-anaknya, tetapi tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya kepada anak-anaknya. Biarpun beliau angin satu badan, tetapi hatinya baik.Namun di dalam Siri kedua yang hanya terdapat di dalam komik.Dari seorang yang panas baran kepada seorang yang murung.Haji Sidek begitu murung dek Kerana terlalu merindui Anak kesayangannya Razif yang telah Pergi meningglkan rumah untuk belajar di sekolah berasrama.Haji Sidek masih juga memarahi Misbun kadangkala dek kenakalannya
  • Rukinah — Ibu kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Rukinah yang mesra disapa dengan panggilan Kinah ialah seorang yang penyayang kepada anak-anaknya, tetapi jarang memarahi anak-anaknya.
  • Wak Sakawi — Wak ialah bapa saudara Haji Sidek, yang telah diamanahkan oleh bapa Haji Sidek, Haji Abdullah Kamar untuk menjaga keluarga Haji Sidek. Wak telah menjalankan amanahnya sepanjang hayatnya, beliau juga membujang sepanjang hayatnya dan tidak pernah berkahwin. Membuat kemunculan pertama dalam komik Anak-anak Sidek bilangan kedua, "Bun Mengamuk di Kubur", Wak menjadi tempat Misbun dan Jalani mengadu segala masalah dan berkongsi cerita, juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan tradisional. Wak Sakawi meninggal dunia pada 23 Oktober 1996 pada usia 90 tahun akibat sakit tua.

Watak undangan[sunting | sunting sumber]

  • Haji Sulaiman — Haji Sulaiman ialah bapa kepada Rukinah dan datuk kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Membuat kemunculan pertama dan terakhir dalam komik bilangan pertama, "Mulanya di Sini", Haji Sulaiman menjadi tempat Misbun bermanja dan berkongsi cerita, beliau mesra dengan panggilan Buyut oleh Misbun. Haji Sulaiman meninggal dunia akibat disambar petir semasa dalam perjalanan pulang ke rumah menantunya, beliau juga muncul dalam babak imbas kembali dalam komik bilangan dua.
  • Haji Abdullah Kamar — Haji Abdullah Kamar ialah seorang peladang dan penggembala lembu, beliau ialah bapa kepada Haji Sidek dan datuk kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Haji Abdullah Kamar membuat kemunculan pertama dalam komik bilangan pertama, dan juga kemunculan khas dalam komik bilangan 17, "Alan Kena Sampuk" dan siri animasi "Sidek Yang Nakal". Haji Abdullah Kamar meninggal dunia sebelum menimang cucunya.
  • Hajah Kamsiah — Hajah Kamsiah ialah ibu kepada Rukinah dan nenek kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Membuat kemunculan pertama dalam komik bilangan pertama, Hajah Kamsiah juga muncul dalam komik bilangan 22 ("Api Oh Api!"), 23 ("Rahsia Dalam Guni") dan 24 ("Muslihat Bun dan Biawak").

Siri animasi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

BUN:LEGENDA ANAK SIDEK.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul Hafiz Ahmad dan Norzie Mohd. Khasbi (19 Oktober 2005). "Sentuhan Sidek lahir 5 jaguh dunia". Utusan Online. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]