Raja Azmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Azmi
Kelahiran
Raja Azmi binti Raja Sulaiman

(1959-06-27) 27 Jun 1959 (umur 64)
Nama lainKak Mi
PekerjaanPengarah, penerbit, penulis, pelakon
Tahun aktif1983–kini
Pasangan
  • Jalani Sidek (k. 1984; c. 2012)
  • Mohd Eddie Ghazali (k. 2013)
Anak-anak3

Yang Mulia Puan Raja Azmi binti Raja Sulaiman (lahir 27 Jun 1959), lebih dikenali sebagai Kak Mi merupakan seorang pengarah dan penerbit televisyen dan filem Malaysia, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau terkenal sebagai penerbit komik autobiografi Anak-anak Sidek dan siri animasinya. Selain itu, antara filem-filem terbitannya ialah Black Widow Wajah Ayu (1994), Cinta 200 Ela (2001) dan Haru Biru (2007). Selain itu, beliau juga aktif menulis dan berlakon.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai penerbit, Raja Azmi menggalas tugasnya menerusi filem Black Widow Wajah Ayu arahan U-Wei Hj Saari yang dibintangi oleh abang iparnya ketika itu, Misbun Sidek selain Hashimah Yon, Zaidi Omar.[1] Kak Mi ialah pencetus cerita dan idea asal filem ini yang diterbitkan pada 1994.[1] Pada tahun 1995, beliau menjadi penerbit dan pengarang komik Anak-anak Sidek yang berkisarkan tentang kisah benar Sidek bersaudara. Selain itu, beliau turut menyumbangkan ruangan Coretan Rasa Hati dan Let’s Exercise With Kak Mi dalam komik tersebut. Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk watak Rukinah dalam siri animasi dengan tajuk sama.

Pada tahun 2002, Raja Azmi tampil dengan filem Cinta 200 Ela, arahan Shadan Hashim yang diadaptasi daripada novel tulisannya, Cinta 100 Ela yang dikelaskan 18SX. Filem ini dibintangi oleh Rashid Sidek dan Raja Azura sebagai pelakon utamanya.[1]

Pada tahun 2011, Raja Azmi menerbitkan filem ...Dalam Botol yang tajuk asalnya adalah Anu Dalam Botol, arahan Khir Rahman. Ia berkisarkan tentang hubungan Ruby atau Rubidin dan Ghaus yang merupakan pasangan bercinta sejenis. Filem ini dilakonkan oleh Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle dan Ogy Ahmad Daud.[1] Beliau sebelum ini dilaporkan akan menerbitkan filem biopik Anak-anak Sidek.[2]

Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem Enjin No. 9 yang ditayangkan pada 29 Mac 2018.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pemain badminton Dato' Sri Jalani Sidek pada 23 Disember 1984 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Puteri Suraya (lahir 1985), Puteri Suhaida (lahir 1989) dan Megat Deli (lahir 1994).[4] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 27 Jun 2012 ekoran konflik rumah tangga yang berterusan.[5] Anak sulungnya, Puteri Suraya berkahwin dengan pengarah dan penulis skrip, Shadan Hashim.

Anak keduanya, Puteri Suhaida meminjamkan suaranya untuk watak Rusitah Sidek, kakak kepada Sidek bersaudara dalam siri animasi Anak-Anak Sidek. Raja Azmi berkahwin kali kedua dengan pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali pada 13 Oktober 2013.[6][7]

Beliau pernah ditangkap polis sekitar Ogos 2010 didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai 2010 bagi satu kes pertikaian komersial.[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Penerbit Catatan
1994 Black Widow - Wajah Ayu Tidak Ya
2002 Cinta 200 Ela Tidak Ya
2007 Haru Biru Tidak Ya
2011 ...Dalam Botol Tidak Ya
2016 Volkswagen Kuning Tidak Tidak Idea asal
2018 Enjin No.9 Ya Tidak
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Tidak Tidak Mak Kiah; sebagai pelakon
2021 Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Tidak Tidak Emcee; sebagai pelakon
2022 Jerangkung Dalam Almari Tidak Ya

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Marhaban Kome Oi Opah Sala TV3
2018 Rahasia Kasih Puan Azza ntv7
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Puan Salmiah TV3
Dia Menantu Rahsia Mak Cik Odah
Satukan Rasa Kalthom Astro Ria
2021 Rudy Vs Jolie Mama Maria TV Okey
Cinta Yang Pulang Datin Hasanah TV2
Saat Kau Takluk Cinta Ini Mak Jah TV3
2022 Aku Pilih Bahagia Rahmah TV1
Bisik Bisik Gelora Ibu Jad Izuddin TV3
Selamanya Suri Cinta Hajah Noriah TV9
Sekali Lagi Cinta Kembali Badariah TV3
Dia Yang Ku Jadikan Suami Anisah Astro Ria
Chinta Arjuna Kak Bell TV3
2023 Liar Rowena Abdul Aziz Astro Ria
Luruhnya Bunga Cinta Puan Sri Zaleha TV3
2024 My Lovely Driver Datin Suraya
Kampung Puasa Astro Ceria
Luruhnya Bunga Cinta 2 Puan Sri Zaleha TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Menantu Nista Ella TV3
2020 Dia Kembarku Mak Kiah
2022 Kasih Dari Syurga Mak Milah TV2
2023 Sempurna Puan Husna TV3
Rentap Dirinya sendiri TV1

Animasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak suara Saluran TV Catatan
1999–2003 Anak-anak Sidek Rukinah Sulaiman TV1 Penerbit (Musim 1-3), penerbit eksekutif (Musim 3)
2000–2002 Edy & Cici TV1 Penerbit

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Tangkis 5 (1992; sebagai penerbit)
  • Cinta 100 Ela (1993; sebagai penulis)
  • Anak-anak Sidek (1995-2005; sebagai penerbit)
  • Coretan Rasa Hati (1995-1997; dimuatkan dalam komik Anak-Anak Sidek)
  • Let’s Exercise with Kak Mi (1995-1997; dimuatkan dalam komik Anak-Anak Sidek)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Digelar wanita kontroversi Utusan Malaysia (2 Julai 2013). Dicapai pada 2 Julai 2013.
  2. ^ Elrafaei Sapi (20 Mac 2017). Raja Azmi Terbit Kisah Sidek Cucuk Botox Gambaran Zaman Muda Rojak Daily. Dicapai pada 20 Mac 2017.
  3. ^ Apa sebenarnya visi Raja Azmi dalam Enjin No. 9 mStar Online (5 April 2018). Dicapai pada 12 April 2018.
  4. ^ "Jalani Sidek-Raja Azmi berkahwin hari ini", Berita Harian, 23 Disember 1984.
  5. ^ Wahiduzzaman (27 Jun 2012). "Kontroversi runah tangga Raja Azmi-Jalani Sidek berakhir dengan perceraian". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 11 July 2016.
  6. ^ Mohd Al-Qayum Aziz (26 Februari 2016). Raja Azmi & Eddie sah bergelar suami isteri mSTAR Online. Dicapai pada 10 Januari 2017.
  7. ^ Producer Raja Azmi is set to wed again The Star Online (8 Jun 2013). Dicapai pada 10 Januari 2014.
  8. ^ Zaini Samsu Hadi (20 Ogos 2010). Polis tangkap Raja Azmi Kosmo!. Diperoleh pada 25 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]