Rashid Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Rashid Sibir.
Rashid Sidek
Maklumat peribadi
GelaranAdul
Nama kelahiranAbdul Rashid Mohamed Sidek
Lahir (1968-07-08) 8 Julai 1968 (umur 50)
Banting, Selangor, Malaysia
Tinggi1.80 m (5 ft 11 in)
Berat68 kg (150 lb; 10.7 st)
Negara Malaysia
Tahun aktif1986 - 2000
Perseorangan lelaki
Profil BWF

Abdul Rashid Dato' Haji Mohd Sidek (nama singkatan: Adul; lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia serta pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 1990-an. Beliau merupakan anak bongsu adalah yang bongsu di kalangan lima Adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton kebangsaan. Abang beliau Razif Sidek dan Jalani Sidek merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992.[1] Beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.

Rashid Sidek memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Beliau menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah anak bongsu daripada 5 Sidek bersaudara yang terkenal. Rashid dan adik-beradiknya mendapat pendedahan kepada badminton dari bapa mereka, Haji Mohd Sidek. Di bawah bimbingan bapanya, Rashid dan adik-beradiknya yang lain dilatih menjadi juara. Beliau ialah graduan Victoria Institution (kumpulan 1981-1985).[2]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Master strokes in 1992 - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai 11 July 2016. 
  2. ^ "Our Badminton Greats". www.viweb.freehosting.net. Dicapai 25 June 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]