Reichsführer-SS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Reich Fuhrer SS Himmler dari tahun 1929 hingga 1945
Insignia bahu tahun 1934-1945
Insignia kolar tahun 1934-1945
Bendera pemerintah

Mengenai bunyi ini Reichsführer-SS  ialah satu gelaran khas dan pangkat SS yang wujud diantara tahun 1925 dan 1945. Reichsführer-SS (Ketua SS Nasional atau Ketua SS Reich) merupakan satu gelaran dari tahun 1925 hingga 1933 dan kemudian pada tahun 1934, menjadi pangkat tertinggi dalam Schutzstaffel (SS) Jerman. SS menyaksikan pertumbuhan terbesar sepanjang tempoh kepimpinan Heinrich Himmler yang juga memegang posisi ini lebih lama daripada sesiapapun dalam barisan pimpinan utamanya.

Definisi[sunting | sunting sumber]

Reichsführer-SS adalah gelaran dan pangkat. Gelaran Reichsführer pada mulanya dicipta pada tahun 1926 oleh Joseph Berchtold. Pendahulu Berchtold, iaitu Julius Schreck, tidak pernah memanggil dirinya sebagai Reichsführer, tetapi gelaran tersebut telah digunakan secara retroaktif kepadanya di tahun-tahun yang mendatang. Dalam tahun 1929, Heinrich Himmler menjadi Reichsführer-SS dan merujuk dirinya dengan gelaran ini dan bukan pangkat biasa Obergruppenführer SSnya. Ini mewujudkan gelaran awalan untuk komander SS yang akan dipanggil Reichsführer-SS.

Sebelum peristiwa Malam Pisau Panjang, SS adalah sebahagian daripada Sturmabteilung (SA atau pasukan penggempur), dan Reichsführer-SS merupakan orang bawahan ketua operasi SA, iaitu Stabschef. Pada 20 Julai 1934, sebagai sebahagian penyingkiran SA, SS telah dijadikan sebuah organisasi yang bebas. Sejak dari itu, gelaran Reichsführer-SS menjadi pangkat yang sebenar, bahkan pangkat tertinggi SS. Di posisi ini (atas kertas), Himmler berada sama taraf dengan pangkat Generalfeldmarschall dalam Tentera Darat Jerman dan Laksamana Besar dalam Tentera Laut Jerman, dan hanya berurusan dengan Hitler. Apabila posisi dan kuasa Himmler bertambah dalam Jerman Nazi, pangkat beliau juga berubah dari segi "de facto". Tambahan pula, hanya ada seorang Reichsführer-SS yang dilantik dalam satu-satu masa, dengan Himmler memegang posisi ini sebagai gelaran peribadinya dari tahun 1929 (menjadi pangkat sebenarnya pada tahun 1934) sehingga April 1945.

Tugasan[sunting | sunting sumber]

Hubungan dengan Waffen-SS[sunting | sunting sumber]

Kommandostab der Reichsführer-SS[sunting | sunting sumber]

Penyandang jawatan[sunting | sunting sumber]

Lima orang telah memegang gelaran Reichsführer-SS disepanjang dua puluh tahun kewujudannya. Tiga orang memegang posisi sebagai satu gelaran manakala dua lagi sebagai pangkat sebenar SS.

Hanke telah dilantik pemimpin SS pada bulan April 1945, tetapi tidak diberitahu sehinggalah awal bulan Mei. Beliau telah dibunuh pada 8 Jun 1945, ketika cuba melarikan diri dari kem Tawanan Perang Czech.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pangkat Junior
Oberstgruppenführer
Pangkat SS
Reichsführer-SS
Pangkat Senior
Oberste Führer der Schutzstaffel