Pergi ke kandungan

Fil Marsyal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilustrasi beberapa baton marsyal milik Duke of Wellington

Fil Marsyal (atau field-marshal, disingkatkan sebagai FM) ialah pangkat tentera yang paling kanan, lebih tinggi daripada pangkat pegawai jeneral. Biasanya, ia merupakan pangkat tertinggi dalam sesebuah tentera darat (di negara yang tidak mempunyai pangkat Generalisimo), dan oleh itu, hanya segelintir individu yang pernah dilantik ke pangkat ini. Ia dianggap sebagai pangkat lima bintang (OF-10) dalam angkatan tentera moden di banyak negara.

Kenaikan pangkat ke Fil Marsyal dalam banyak negara secara sejarahnya memerlukan pencapaian ketenteraan luar biasa oleh seorang jeneral (kemenangan semasa perang). Namun, pangkat ini juga telah digunakan sebagai pangkat pemerintah divisyen dan sebagai pangkat pemerintah briged. Contoh penggunaan berbeza bagi pangkat ini termasuk di Afghanistan, Austria-Hungary, India, Pakistan, Prusia/Jerman dan Sri Lanka untuk pencapaian luar biasa; Sepanyol dan Mexico untuk pemerintah divisyen (Sepanyol: mariscal de campo); dan Perancis, Portugal dan Brazil untuk pemerintah briged (Perancis: maréchal de camp, Portugis: marechal de campo).

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Asal istilah

[sunting | sunting sumber]

Pangkat Fil Marsyal berasal dari Zaman Pertengahan, di mana ia bermakna "penjaga kuda raja" (berasal dari perkataan Jerman purba iaitu Marh-scalc = "hamba kuda") pada zaman awal raja-raja Franks. Perkataan yang asalnya bermaksud "hamba" kadangkala digunakan untuk merujuk kepada "pegawai bawahan" atau seumpamanya. Empayar Rom Suci Jerman dan kerajaan Perancis mempunyai pegawai yang dipanggil Feldmarschall dan Maréchal de camp masing-masing sejak abad ke-17. Ungkapan tepat bagi gelaran yang digunakan oleh fil marsyal berbeza-beza: contohnya termasuk "Marsyal" dan "Fil Marsyal Jeneral".

Pangkat setaraf dalam tentera udara Komanwel dan kebanyakan tentera udara Timur Tengah ialah Marsyal Tentera Udara (jangan dikelirukan dengan Marsyal Udara). Tentera laut, yang biasanya tidak menggunakan istilah seperti dalam tentera darat atau udara, menggunakan gelaran seperti "Fleet Admiral", "Grand Admiral" atau "Admiral of the Fleet" untuk pangkat yang setaraf.

Dengan kenaikan pangkat ini, secara tradisinya seseorang Fil Marsyal akan dianugerahkan baton, di mana ia akan dibawa sebagai satu simbol kuasa. Kebiasaannya, baton ini akan ditatahkan dengan batu permata dan logam berharga. Walau bagaimanapun, tidak semestinya tanda kebesaran fil marsyal berupa baton (seperti di Rusia selepas 1991 dan bekas Kesatuan Soviet, yang menggunakan bintang bertatah permata dikenali sebagai Bintang Marsyal).

Fil Marsyal Tentera Darat Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, pangkat ini dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertakhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Angkatan Tentera berhak memegang pangkat tertinggi dalam Tentera Darat ini, begitu juga pangkat bertaraf lima bintang yang lain iaitu Laksamana Armada dan Marsyal TUDM.

Lencana pangkat

[sunting | sunting sumber]

Lencana Fil Marsyal TDM mengandungi mahkota, lima bintang berbucu lima dan kalungan bunga padi berserta keris bersilang duku ilang. Ia disusun di atas epolet dengan kalungan bunga padi berserta keris bersilang duku ilang diletakkan hampir dengan bahu manakala mahkota berada hampir dengan leher dan lima bintang berbucu lima dalam formasi segilima pula diletakkan di tengah-tengah epolet.

Fil Marsyal
Pakaian Istiadat Pakaian No 3

Pangkat Fil Marsyal yang sepadan negara lain

[sunting | sunting sumber]
Replika baton marsyal Generalfeldmarschall von Richthofen
Marsyal Kesatuan Soviet 1943-1991

Lencana pangkat

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Badges of rank" (PDF). defence.gov.au. Department of Defence (Australia). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 1 September 2006. Dicapai pada 31 May 2021.
  2. ^ "Akta angkatan bersenjata diraja Brunei (Penggal 149)" (PDF). agc.gov.bn. 16 December 2013. m/s. 1999–2000. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 November 2018. Dicapai pada 14 July 2021.
  3. ^ "Ethiopia introduces its first Field Marshal rank amid changes to insignia". ethiopiancitizen.com. 8 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2022. Dicapai pada 10 January 2022.CS1 maint: unfit URL (link)
  4. ^ Ofcansky, Thomas P. (1995). "National Security". Dalam Berry, LaVerle Bennette (penyunting). Ghana: a country study. Area Handbook (ed. 3rd). Washington, D.C.: Library of Congress. m/s. 284. LCCN 95018891. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2021. Dicapai pada 19 October 2021.
  5. ^ "Indian Army Rank Badges". indianarmy.nic.in. Indian Army. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2021. Dicapai pada 27 May 2021.
  6. ^ "Pangkat". mafhq.mil.my. Malaysian Armed Forces. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2020. Dicapai pada 4 June 2021.
  7. ^ "Badges of Rank". nzdf.mil.nz. New Zealand Defence Force. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2020. Dicapai pada 11 June 2021.
  8. ^ Smaldone, Joseph P. (1992). "National Security". Dalam Metz, Helen Chapin (penyunting). Nigeria: a country study. Area Handbook (ed. 5th). Washington, D.C.: Library of Congress. m/s. 296–297. LCCN 92009026. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2021. Dicapai pada 21 October 2021.
  9. ^ "Pakistan Army Ranks with Salary and Insignia". pakistanforces.com. 26 January 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2021. Dicapai pada 27 May 2021.
  10. ^ "Dress Regulation PDF – Part I" (PDF). army.lk. Sri Lanka Army. January 2019. m/s. 10–4–10–11. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 20 May 2021.
  11. ^ "Rank structure". army.mod.uk. British Army. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2018. Dicapai pada 27 May 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]