Anna Camp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anna Camp
AnnaCamp2SDComicConJuly2014.jpg
Kelahiran Anna Ragsdale Camp
(1982-09-27) 27 September 1982 (umur 36)
Aiken, Carolina Selatan, Amerika Syarikat
Pendidikan Sekolah Kesenian Universiti Carolina Utara
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Tahun aktif 2007–kini
Terkenal kerana Pitch Perfect
Pasangan Michael Mosley (2010–2013; bercerai)
Skylar Astin (berkahwin 2016)

Anna Ragsdale Camp[1] (lahir 27 September 1982)[2] atau lebih dikenali sebagai Anna Camp merupakan seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Sarah Newlin dalam True Blood,[3] dan peranan semula dalam Mad Men, The Good Wife, dan The Mindy Project. Beliau juga terkenal dengan peranannya sebagai Aubrey Posen dalam filem Pitch Perfect (2012), Pitch Perfect 2 (2015), dan Pitch Perfect 3 (2017) yang akan datang. Beliau membuat kemunculan Broadway pertamanya menerusi penerbitan 2008 A Country House dan memegang watak Jill Mason dalam penerbitan semula Broadway 2008 Equus. Pada 2012, beliau dicalonkan di Drama Desk Award untuk persembahannya dalam pementsan Off-Broadway All New People. Camp memainkan watak Jane Hollander, seorang penyelidik untuk majalah rekaan News of the Week di dalam siri Amazon Good Girls Revolt.[4] Beliau juga mempunyai peranan dalam filem The Help (2011).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Camp dilahirkan di Aiken, Carolina Selatan. Ibunya, Dee (née Kornegay), ialah seorang sukarelawan Parti Demokratik dan bapanya, Thomas Sewell Camp, ialah seorang eksekutif bank.[5][6] Kakak sulungnya, Saluda,[7] juga seorang pelakon.

Beliau membesar di Columbia, Carolina Selatan. Beliau menghadiri Sekolah Rendah Meadowfield, diberi peranan dalam penerbitan Pendidikan Ketahanan Penyalahgunaan Dadah dalam gred kedua, yang memperkenalkannya kepada bidang lakonan.[8] Beliau menamatkan pelajarannya di Sekolah Kesenian Universiti Carolina Utara dengan ijazah Sarjana Seni Halus pada 2004.[8][9] Beliau berpindah ke New York tidak lama selepas itu.[10]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Camp memegang watak Perfect dalam columbinus pada 2005. Pada 2007, beliau telah dicalonkan di Anugerah Lucille Lortel untuk persembahan di luar sandiwara Broadway The Scene.[11] Beliau melakonkan watak Jill Mason di dalam penghidupan semula Broadway 2008 Equus di Broadhurst Theatre, yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe sebagai Alan Strang. Ditanya mengenai peranan itu, Camp berkata, "Saya mempunyai banyak pemikiran, saya tidak tahu sama ada saya akan lakukan Equus kerana kebogelan dan kerana aspek [profil] yang tinggi. Tetapi anda hanya hidup sekali dan anda perlu mengambil risiko itu kerana anda hanya akan menjadi seseorang atau pelakon yang lebih baik kerana itu."[12]

Camp muncul dalam Reinventing the Wheelers, sebuah perintis televisyen 2007 yang tidak dijadikan siri oleh ABC.[13] Pada 2008, beliau mempunyai peranan dalam siri dramedi ABC Cashmere Mafia.[14] Beliau mempunyai peranan lakonan sebagai Sarah Newlin dalam musim kedua siri drama alam ghaib HBO True Blood, yang melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Screen Actors Guild bagi Persembahan Cemerlang oleh Barisan Pelakon di dalam Siri Drama; Camp pada awalnya telah diujibakat untuk watak Sookie Stackhouse.[12]

Camp telah membuat kemunculan khas dalam siri The Office (2009), Glee (2009), Numb3rs (2010), dan Covert Affairs (2010). Beliau mempunyai peranan ulangan dalam musim keempat siri AMC Mad Men (2010) dan musim ketiga siri CBS The Good Wife (2011–2012) dan How I Met Your Mother (2013).

Pada 2011, Camp membintangi tayangan perdana All New People, yang ditulis oleh Zach Braff dan dipentaskan di Second Stage Theatre;[15] penerbitan itu diarahkan oleh Peter DuBois dan juga dibintangi oleh Justin Bartha, David Wilson Barnes dan Krysten Ritter.[16]

Camp mempunyai peranan dalam siri sitkom Fox The Mindy Project, dan memegang watak Aubrey Posen dalam filem muzikal komedi 2012 Pitch Perfect dan dua kesinambungannya, Pitch Perfect 2 (2015) dan Pitch Perfect 3 (2017).

Beliau mempunyai peranan ulangan dalam siri Netflix Unbreakable Kimmy Schmidt sebagai Deirdre Robespierre.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Camp bertunang dengan pelakon Michael Mosley pada September 2008; mereka berkahwin pada 2010 dan memfailkan perceraian pada 2013.[17][18][19] Camp kemudiannya menjalin hubungan dengan pelakon sampingannya dalam filem Pitch Perfect Skylar Astin pada 2013.[20] Pasangan itu dilaporkan bertunang pada Januari 2016. Mereka berkahwin pada 10 September. Camp muncul dalam sebuah episod siri Astin, iaitu Ground Floor, yang wataknya sebagai bekas teman wanitanya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • "Pitch Perfect [Soundtrack Album]". Dikeluarkan: 25 September 2012
  • "Starships" menampilkan Barisan Pelakon Pitch Perfect dan Mike Tompkins. Dikeluarkan: Oktober 2012

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 And Then Came Love Kikki
2008 Pretty Bird Becca French
Just Make Believe Kristin Filem pendek
2009 8 Easy Steps Laura Filem pendek
2010 Bottleworld Chrissy
2011 The Help Jolene French
2012 Forgetting the Girl Adrienne Gilcrest
Pitch Perfect Aubrey Posen MTV Movie Award for Best Musical Moment (berkongsi bersama barisan pelakon lain)
Dicalonkan—MTV Movie Award for Best WTF Moment (berkongsi bersama barisan pelakon lain)
Dicalonkan—Teen Choice Award for Choice Movie: Hissy Fit (berkongsi bersama Hana Mae Lee, Brittany Snow dan Rebel Wilson)
2013 Sequin Raze Jessica Filem pendek
2014 Autumn Wanderer Sara
Goodbye to All That Debbie Spengler
The Oven Sally Butler Filem pendek
2015 Pitch Perfect 2 Aubrey Posen
Caught Sabrina
2016 Café Society Candy
2017 Most Hated Woman in America Mrs. Lutz
Pitch Perfect 3[21] Aubrey Posen

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Reinventing the Wheelers Meg Wheeler Filem televisyen
2008 Cashmere Mafia Brooke Adaire Episod: Pilot
2009 The Office Penny Beesly 2 episod
2009 Glee Candace Dystra Episod: "Sectionals"
2009–14 True Blood Sarah Newlin Peranan utama (musim 2, 6–7), 23 episod
Satellite Award: Special Achievement Award (berkongsi bersama barisan pelakon lain)
Dicalonkan—Screen Actors Guild Award for Outstanding Performance by an Ensemble in a Drama Series (berkongsi bersama barisan pelakon lain)
2010 Numb3rs Siouxsie Dark Episod: "Devil Girl"
2010 Covert Affairs Ashley Briggs Episod: "Houses of the Holy"
2010 Mad Men Bethany Van Nuys 3 episod
2011 I Hate That I Love You Sarah Filem televisyen
2011 Romantically Challenged Erin Episod: "Perry Dates His Assistant"
2011 Love Bites Prudence Episod: "Stand and Deliver"
2011–16 The Good Wife Caitlin d'Arcy Peranan berulang, 8 episod (Musim 3) Peranan undangan, 1 episod (Musim 7)
2012 House of Lies Rachel Norbert Episod: "The Gods of Dangerous Financial Instruments"
2012–13 The Mindy Project Gwen Grandy Peranan utama (musim 1), 13 episod
2013 Vegas Violet Mills Peranan berulang, 4 episod
2013 Super Fun Night Felicity Episod rintis tidak tersiar
2013 How I Met Your Mother Cassie 2 episod
2013–15 Ground Floor Heather Doyle 3 episod
2014 The League Penny Episod: "The Heavenly Fouler"
2014 Sofia the First Princess Ivy (suara) Episod: "The Curse of Princess Ivy"
2014 Damaged Goods Nicole Filem televisyen
2015 Star vs. the Forces of Evil Pixie Empress (suara) Episod: "Pixtopia"
2015 Saints & Strangers Dorothy Bradford Episod #1.1
2015 Resident Advisors Constance Renfro Episod: "Conflict Resolution"
2016 Unbreakable Kimmy Schmidt Deirdre Robespierre Peranan berulang (2 episod)
Dicalonkan—Gold Derby Award untuk Best Comedy Guest Actress
2016 The $100,000 Pyramid Dirinya sendiri/Tetamu Selebriti Episod: "Anna Camp vs. Randall Park"
2016 Good Girls Revolt Jane 10 episod

Web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 CollegeHumor Originals Dana Episod: "FOMO Horror Movie Trailer"

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis
2010 "Marry Me" Train
2015 "Crazy Youngsters" Ester Dean

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya Keputusan
2009 Anugerah Satellite Best Ensemble Acting in a Drama Series True Blood Menang[22]
2010 Anugerah Screen Actors Guild Outstanding Performance in Ensemble in a Drama Series True Blood Dicalonkan[22]
2013 Anugerah Filem MTV Best WTF Moment Pitch Perfect Dicalonkan
2013 Anugerah Filem MTV Best Musical Moment (berkongsi bersama Rebel Wilson, Anna Kendrick, Brittany Snow, Alexis Knapp, Ester Dean, dan Hana Mae Lee) Pitch Perfect Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hernandez, Ernio (17 September 2008). "PLAYBILL.COM'S CUE & A: Anna Camp". Playbill.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2010. Dicapai 2010-08-09. 
  2. ^ ASTROLOGICAL FORECAST|September 27, 2012. The Chronicle Herald. 27 September 2012; dicapai pada 2 Oktober 2012.
  3. ^ Weingus, Leigh (8 April 2013). "Look Who's Returning To 'True Blood'". Huffington Post. 
  4. ^ "Good Girls Revolt IMDB" dicapai pada 28 Oktober 2016.
  5. ^ Profile; dicapai pada 17 Mei 2015.
  6. ^ "Naked Camp Wishes for Potter's Invisible Cloak in 'Equus' Role". Bloomberg. 
  7. ^ http://www.imdb.com/name/nm3096236/
  8. ^ a b Boroff, Philip (5 September 2008). "Naked Camp Wishes for Potter's Invisible Cloak in `Equus' Role". Bloomberg. Dicapai 2010-08-09. "He said, 'We're in it together'", Camp, 25, said. 
  9. ^ Boroff, Philip (15 Januari 2007). "Anna Camp Swears She's No Vixen; `Child' Loves Kids: N.Y. Stage". Bloomberg. Dicapai 2010-08-09. 
  10. ^ Weiss, Keely (27 Disember 2008). "Equus' actress Anna Camp". Good Prattle. Dicapai 2010-08-16. 
  11. ^ The Scene; accessed May 14, 2015.
  12. ^ a b Lacob, Jace (August 21, 2009). "Blonde Ambition: Televisionary Talks to Anna Camp of HBO's "True Blood"". Televisionary. Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2010. Dicapai August 14, 2010. 
  13. ^ Sullivan, Brian (August 20, 2007). "The Futon's First Look: "Reinventing the Wheelers" (ABC)". The Futon Critic. Dicapai August 14, 2010. 
  14. ^ Garron, Barry (January 3, 2008). "Cashmere Mafia". The Hollywood Reporter. Dicapai August 14, 2010. 
  15. ^ "All New People". Season 32. Second Stage Theatre. 2010–2011. Dicapai December 3, 2011. 
  16. ^ "Justin Bartha, Anna Camp Sign On for Zach Braff's Off-Broadway Play". Broadway.me. Dicapai May 31, 2011. 
  17. ^ Johnson, Zack. "Anna Camp and Michael Mosley are Getting Divorced". US Weekly. Dicapai September 6, 2013. 
  18. ^ "The final curtain: Pitch Perfect star Anna Camp heading for divorce after husband of three years Michael Mosley files papers citing 'irreconcilable differences'". UK Daily Mail. Dicapai May 2, 2013. 
  19. ^ Grossberg, Josh. "Pitch Perfect's Anna Camp and Michael Mosley to Divorce". E! Online. Dicapai May 2, 2013. 
  20. ^ Celebrity, Huffington (September 5, 2013). "Skylar Astin and Anna Camp are the cutest". Huffington Post. 
  21. ^ http://www.hollywoodreporter.com/news/pitch-perfect-3-adds-anna-939099
  22. ^ a b "Anna Camp Awards". Who's Dated Who. Dicapai April 14, 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]