Kadokawa Gempak Starz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Art Square)
Lompat ke: pandu arah, cari
"GempakStarz" dilencongkan di sini.

Kadokawa Gempak Starz ialah sebuah syarikat penerbitan di Malaysia. Syarikat ini merupakan syarikat yang memiliki tanda dagang Gempak Starz. Jenis-jenis penerbitan syarikat ini termasuklah majalah-majalah komik, permainan serta hiburan dan novel-novel grafik antarabangsa serta tempatan.

Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1998 dengan nama Gempak Starz Sdn Bhd, kemudian ditukar nama kepada Art Square Group. Syarikat ini diambil alih oleh penerbit buku Jepun, Kadokawa Shoten lalu dinamakan semula Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd pada November 2015.[1]

Kadokawa Gempak Starz telah terlibat dalam bidang penerbitan di Malaysia hampir sedekad lamanya. Kini, produk terbitan Art Square bukan hanya boleh didapati di Malaysia malahan di Singapura dan Brunei.

Syarikat ini amat dedikasi untuk menerbitkan bahan bacaan inovatif bagi generasi muda di Asia. Dengan matlamat itu, Kadokawa Gempak Starz berusaha mencipta hala tuju untuk industri komik dan hiburan tanah air. Pencapaian terbaik syarikat ini adalah apabila majalah terbitan Art Square diterima oleh para peminat komik dan para pembaca sebagai sumber rujukan berita terkini dalam bidang komik, gaya hidup dan hiburan.

Hingga kini, Kadokawa Gempak Starz telah menerbitkan banyak majalah antaranya - Gempak, Utopia, Comic King, Hype, Starz, Popcorn. Gempak dan Utopia kini mempunyai bilangan peminat yang ramai serta antara majalah yang tertinggi jualannya di pasaran Malaysia.

Senarai penerbitan[sunting | sunting sumber]

Logo Art Square Group (hingga 2015)

Majalah[sunting | sunting sumber]

Novel Grafik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kadokawa of Japan to use Malaysia as launchpad to S-E Asia and Middle East". The Star. 10 Disember 2015. Diarkibkan daripada original pada 10 Januari 2018. Dicapai 12 Januari 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]