Asbut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
London pada masa Era Victorianterkenal kerana kabut tebal, atau "pea-soupers", fakta yang seringkali dilakunkan kembali bagi meningkatkan misteri kepada tempoh drama kostum.

Asbut merupakan sejenis pencemaran udara berat. Di bawah keadaan cuaca yang menghalang peredaran udara, ia mampu kekal untuk tempoh yang lama melitupi kawasan yang didiami ramai manusia, seperti London, Los Angeles, Athens, Beijing, Hong Kong atau Ruhr Area dan meningkat sehingga paras merbahaya.

Perkataan "asbut" adalah portmanteau terbentuk dari perkataan "asap" dan "habuk", walaupun penggunaan moden istilah tersebut tidak semestinya memerlukan komponen habuk atau asap dan "asbut" sering kali digunakan sebagai ringkasan bagi "pencemaran udara".

Terdapat dua jenis utama asbut. asbut photokimia yang dikaitkan dengan bandar seperti Los Angeles dan pembakaran minyak sementara asbut mengurang dikaitkan dengan London dan penggunaan arang batu dan bahan api fossil kaya sulfur yang lain.

asbut photokimia disebabkan oleh dua jenis pencemaran udara bergabung dengan kehadiran cahaya matahari. Yang pertama adalah debu dan nitrik okside daripada asap enjin kenderaan yang menggunakan bahan api fossil seperti kereta, bas, lori, penjanakuasa yang menggunakan arang batu, dan dalam kilang. Jenis kedua adalah pengelowapan bahan organik volatile dari cat, pelarut, racun serangga, dan bahan kimia lain. Menurut Clean Water Action Council of Northeastern Wiscounsin, gasolin dan pelarut dan bahan kimia berasaskan petroleum seringkali terpelowap secara langsung ke atmosphere, menyumbang kepada ozon. Dua sumber kediaman adalah pemotong rumput berenjin gasoline dan cecair penyala bagi pemanggang belakang rumah.

Asbut boleh terbentuk dalam semua keadaan cuaca, tetapi jauh lebih teruk pada tempoh cuaca panas, terik apabila udara atas cukup panas untuk menghalang kitaran menegak. Ia terutama meluas di lembah geologi yang dikelilingi oleh bukit-bukau dan gunung-ganang.

Keadaan asbut menjadi biasa di London pada akhir kurun ke-19 dan digelar "sup kacang". Asbut agung 1952 mengelapkan langit di atas London dan membunuh sekitar 12,000 orang. Kerajaan British pada asalnya menyalahkan wabak selsema/flu, dengan berat hati mengakui bahawa asap arang batu yang menyebabkannya. Pada 1956 Akta Udara Bersih 1956 memperkenalkan zon bebas asap di ibu kota. Hanya bahan api bebas asap boleh digunakan di kawasan ini. Akibatnya, aras sulfur dioksida menjadikan asbut yang berkekalan dan tinggi di London menjadi sejarah. Asbut disebabkan oleh pencemaran trafik, bagaimanapun, masih berlaku di London moden.

Asbut merupakan masaalah bagi beberapa bandar dan berterusan mengancam kehidupan. Menurut EPA U.S., udara tidak selamat kerana kabut sekiranya ia mengandungi melebihi 80 bahagian persejuta (parts per billion) (ppb) atau 0.5 ppm ozone (komponen utama asbut) [1], melebihi dari 53 ppb nitrogen dioksida atau 80 ppb partikel. Aras tinggi asbut menyebabkan masaalah pernafasan manusia semakin teruk termasuk emphysema, bronchitis, dan asthma. Pendaftaran ke hospital dan kematian akibat masalah pernafasan sering kali meningkat semasa tempoh apabila aras ozon tinggi[2].

Pewarnaan ciri-ciri asbut di California, dalam awan beige di belakang Jambatan Golden Gate

Gunung berapi yang meletup juga mampu meluahkan [[sulfur dioksid[[ pada kadar yang tinggi, menghasilkan asbut gunung berapi, atau vog.

Pembakaran hutan di Indonesia telah beberapa kali menyebabkan keadaan berjerubu, yang melitupi sebahagian Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Kepadatan tinggi kilang yang terletak di tanah besar China mencemar Hong Kong. Kini, bangunan tinggi Hong Kong sukar dilihat dengan jelas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]