Auguste Comte

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Auguste Comte

Auguste Comte (Isidore Marie Auguste François Xavier Comte) (17 Februari (direkodkan 19 Februari) 1798 - 5 September 1857) merupakan pengasas kepada bidang sosiologi.


Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Montpellier, selepas menamatkan persekolahannya di sana, Comte diterima untuk melanjutkan pelajaran di École Polytechnique, Paris. Politeknik itu merupakan tempat yang menegakkan idea dan kemajuan republik Perancis. Pada tahun 1816, École ditutup untuk penyusunan semula. Bagaimanapun, pelajar boleh memohon untuk kemasukan semula pada tarikh lain. Oleh sebab itu, Comte terpaksa meninggalkan École dan meneruskan pengajiannya di sekolah perubatan di Montpellier. Apabila École dibuka semula, beliau tidak cuba memohon masuk kembali.

Comte mendapati perbezaan antara Katolik dan keluarga diraja. Beliau menuju ke Paris sekali lagi dan bekerja sambilan untuk mendapatkan wang. Kemudian beliau menjadi penuntut setiausaha kepada Claude Henri de Rouvroy, Comte de Saint-Simon, yang memperkenal Comte ke dalam golongan cendekiawan. Pada tahun 1824, Comte meninggalkan Saint-Simon sekali lagi kerana perbezaan yang tidak dapat diselesaikan.

Comte kemudian mempunyai matlamat yang ingin diselesaikannya: melengkapkan falsafah positivisme. Beliau telah menerbitkan Plan de traveaux scientifiques nécessaires pour réorganiser la société (1822) (Rancangan Keperluan Kajian Saintifik untuk Pengurusan Masyarakat Semula). Namun, beliau gagal mendapatkan jawatan pengajar. Kehidupan sehariannya bergantung kepada penaja dan bantuan kewangan dari rakan-rakannya.

Comte mengahwini Caroline Massin, tetapi bercerai pada 1842. Comte dikenali sebagai seorang yang angkuh, ganas dan yang mengalami delusi. Pada tahun 1826, beliau dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa, tetapi keluar tanpa disembuhkan — hanya distabilkan oleh ubat Massin — agar beliau dapat menyambung kerjanya. Dalam tempoh perceraiannya pada tahun 1842, beliau menerbitkan enam jilid hasil penulisannya Cours.

Pada tahun 1844, Comte menjalin persahabatan dengan Clotilde de Vaux yang bersifat platonik. Selepas kematian Clotilde pada tahun 1846, separuh hatinya cenderung kepada keagamaan, dan Comte melihat dirinya sebagai pengasas dan nabi agama kemanusiaan yang baru. Beliau menerbitkan empat jilid Système de politique positive (1851 - 1854).

Comte meninggal di Paris dan dikebumikan di Cimetière du Père Lachaise yang termasyhur.

Pusaka[sunting | sunting sumber]

Comte terlihat sebuah hukum sejagat yang wujud di kesemua bidang sains dan menggelarkannya sebagai 'hukum tiga fasa'. Adalah dengan kenyataan berikut yang beliau amat dikenali di dunia pertuturan bahasa Inggeris:

"bahawa masyakarat melalui tiga fasa: Teologi, Metafizik dan Sains. Beliau juga memberikan nama "Positif" kepada yang terakhir itu kerana konotasi makna yang berbilang untuk perkataan itu".

Fasa teologi diperlihatkan dari sudut pandangan Perancis abad ke-19 sebagai mendahului Zaman Kesedaran di mana kedudukan manusia dalam masyakarat dan sekatan masyarakat yang dikenakan pada manusia adalah berdasarkan Tuhan. Fasa "Metafizik" tidak kena mengena dengan Metafizik Aristotle ataupun ahli falsafah Yunani yang lain. Bagi Comte, Metafiziknya berakar umbi pada masalah-masalah masyarakat Perancis selepas revolusi pada 1789. Fasa Metafizik ini mengemukakan alasan yang kuat untuk menempatkan hak asasi sejagat di atas kuasa mana-mana satu raja manusia. Bagaimanapun, hak asasi tersebut tidak dirujukkan kepada Tuhan, kecuali secara metafora sahaja.

Apa yang dimaksudkannya dengan fasa Sains yang berlangsung selepas kegagalan revolusi dan Napooleon adalah manusia dapat mencari penyelesaian untuk masalah-masalah sosial tanpa merujuk kepada Tuhan. Pada hal ini, fahaman beliau serupa dengan Karl Marx dan Jeremy Bentham. Sewaktu itu, gagasan fasa Sains ini dianggap mutakhir, walaupun dari sudut pandangan kemudian, ia terlalu dipengaruhi oleh fizik klasik dan sejarah akademik.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga:[sunting | sunting sumber]