Metafizik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya [1] yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud "selepas") dan φυσικά (physiká) (bermaksud "yang mengenai alam"), "yang mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:

  • Apakah sifat realiti?
  • Di manakah tempat manusia di dunia?
  • Adakah warna objektif atau subjektif?
  • Adakah dunia wujud di luar minda?
  • Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Geisler, Norman L. "Baker Encyclopedia of Christian Apologetics" ms 446. Baker Books, 1999.