Azman Ujang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azman Ujang
Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
Memegang jawatan
21 Mei 2020
Berkhidmat dengan Ismail Omar, Akhbar Satar, Hamzah Kassim, David Chua Kok Tee, Dr Mohammad Agus Yusoff
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
PemimpinAbu Zahar Ujang
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Dalam jawatan
1 Februari 2016 – 31 Januari 2020
Didahului olehAbdul Rahman Sulaiman
Digantikan olehSuhaimi Sulaiman
Butiran peribadi
LahirAzman bin Ujang
Ulu Sungai Rajang, Kapit, Sarawak

Datuk Seri Azman Ujang ialah seorang wartawan di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 1 Februari 2016[1] hingga 31 Januari 2020[2]. Pada 21 Mei 2020, beliau telah dilantik sebagai anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) oleh Yang di-Pertuan Agong[3].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Azman memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Biro Bernama Sarawak pada 1971 sebelum dinaikkan pangkat untuk mengetuai Biro Bernama Sabah pada 1982. Pada 1983, beliau dilantik sebagai pengarang berita Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama sebelum dinaikkan pangkat sebagai penolong pengarang Meja Berita, Meja Rencana dan pemangku editor Meja Rencana dan Meja Berita Antarabangsa sebelum menjawat Ketua Pengarang pada 2004. Beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Bernama pada Mac 2007 pada 2008. Azman kemudian dilantik sebagai penasihat editorial Bernama hingga September 2009, selain menjadi penasihat BernamaTV mulai Julai 2008 hingga April 2010[4].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran Malaysia[sunting | sunting sumber]

  •  Melaka
    • Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (2003)
  •  Wilayah Persekutuan
    • Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) - Datuk Seri (2009)
  •  Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N., 1993)

Darjah kebesaran negara asing[sunting | sunting sumber]

  •  Jepun
    • Darjah Matahari Terbit, Sinar Emas dengan Reben Leher (The Order of the Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon) - 2021[5]

Anugerah ketokohan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernama (Mac 2, 2016). "Azman Ujang dilantik Pengerusi BERNAMA". BHarian. Dicapai pada 1 Februari 2022.
  2. ^ "Suhaimi Sulaiman dilantik pengerusi baharu Bernama". Utusan Borneo. 8 April 2020. Dicapai pada 1 Februari 2022.
  3. ^ "24 ahli badan bebas SPRM terima surat cara dan pelantikan". Bharian. Jun 30, 2020. Dicapai pada 1 Februari 2022.
  4. ^ Mohd Zahir Haqim (Mac 3, 2016). "Azman Ujang, anak Sarawak jadi Pengerusi BERNAMA". Sarawak Voice. Dicapai pada 1 Februari 2022.
  5. ^ Bernama (November 3, 2021). "Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun". Astro Awani. Dicapai pada 1 Februari 2022.
  6. ^ "Datuk Seri Azman Ujang dinobatkan Tokoh Wartawan Sarawak". Sarawak Voice. Disember 5, 2021. Dicapai pada 1 Februari 2022.