Abu Zahar Ujang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Amat Berhormat Tan Sri

Abu Zahar Ujang
Yang Dipertua Dewan Negara ke-16
Memegang jawatan
26 April 2010
Didahului olehWong Foon Meng
Ahli Parlimen Kuala Pilah
Dalam jawatan
1995–1999
Digantikan olehNapsiah Omar (UMNOBN)
ADUN Pilah
Dalam jawatan
1986–1995
Butiran peribadi
LahirKuala Pilah, Negeri Sembilan
Parti politikUMNOBarisan Nasional
PasanganPuan Sri Rugayah binti Syed Jaffar
PekerjaanPeguam

Tan Sri Abu Zahar Ujang adalah Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 dan merupakan bekas Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak). Abu Zahar dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isteri bernama Puan Sri Rugayah Syed Jaffar dan mempunyai tiga anak.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau lulusan undang-undang di Lincoln's Inn, London, dan pernah menjadi Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.

Beliau pernah menjadi Timbalan Penguasa di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 1979.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pernah menjadi Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah. Kemudian menjadi Ketua UMNO Bahagian Kuala Piliah selama 14 tahun (1987-1990) . Beliau menjadi Adun (1986-1995) kemudian Anggota Parlimen Kuala Pilah (1990-1999).

Dalam hirarki UMNO, beliau dilantik menjadi ahli Lembaga Disiplin UMNO sejak 13 Mei 2004. Abu Zahar juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Pengerusi RISDA, Pengerusi Tribunal Hakcipta Malaysia dan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Negara ke-16[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 2010, Abu Zahar menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat pada 12 April 2010. Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan sokongan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.[1]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Kuala Pilah, Negeri Sembilan[2]
Tahun Barisan Nasional Undi Prts Pembangkang Undi Prts
1995 Abu Zahar Ujang (UMNO) 24,485 82% Mohd Yusof Abd Malik (S46) 3,885 13%
Dewan Undangan Negeri Sembilan: Pilah[2]
Tahun Barisan Nasional Undi Prts Pembangkang Undi Prts
1986 Abu Zahar Ujang (UMNO) 4,824 62% Tong Kin Chong (DAP) 2,316 30%
1990 Abu Zahar Ujang (UMNO) 6,135 65% Abu Samail Katas (S46) 2,955 32%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abu Zahar Angkat Sumpah Yang Dipertua Dewan Negara Ke-16
  2. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Diarkibkan daripada asal pada 6 September 2011. Dicapai 26 April 2010.  Percentage figures based on total turnout.