Azmi Sharom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Profesor Madya Dr Azmi Sharom merupakan seorang peguam dan pensyarah undang-undang di Universiti Malaya. [1][2]

Beliau sebaris dengan Marina Mahathir, Karim Raslan, Tunku Abidin Muhriz yang menjadi kolumnis kepada akhbar The Star sebagai golongan Melayu yang memperjuangkan idea liberalisme Barat di Malaysia. Artikel mereka dalam Bahasa Inggeris, bersifat protes, dengan itu kurang mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat Melayu. [3]


Pada 19 Nov 2010, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung rencana Azmi Sharom dalam The Star bertajuk 'Sore need for plurality in law'. Rencana itu didakwa menghina mahkamah berhubung seorang Hindu memeluk Islam bersama dua anak kecilnya tanpa kebenaran isterinya. Azmi mendakwa Malaysia sebuah negara sekular dan memiliki perlembagaan sekular.[4]


Pada 2011, beliau adalah Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM). Seramai 146 staf akademik UM (profesor/ profesor madya dan pensyarah/ ahli akademik ) meletak jawatan sejak 2009-2011. Naib Canselor UM ialah Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon.[5][6]


Beliau adalah penganalisis isu-isu politik Malaysia terutama tentang ketuanan Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan kebebasan berugama. Beliau menulis beberapa artikel yang tersiar di akhbar The Star,[7] portal berita Malaysian Insider seperti 'Melayu Ke mana?'. Bagi Azmi, , orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti. Pendapat Azmi Sharom segera disanggah oleh Tun Dr Mahathir ;Kita jangan lupa bahawa bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka tetapi bala tentera Melaka kalah. Walaupun Melayu 60 % penduduk di Malaysia tetapi berpecah kepada 3 iaitu 20 % UMNO, 20% PAS dan 20% PKR (jika dibahagi sama rata). Sanggahan Dr Mahathir tersiar dalam blognya di http://chedet.co.cc bertajuk Melayu Kemana 2.[8]

Didakwa menghasut[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2014, Azmi Sharom (45 tahun) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur didakwa menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009. Lokasi di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014. Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun. Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim selaku pegawai pendakwa manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo. Hakim Zainol Rashid Hussain membenarkan Azmi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober 2014.

Antara yang memberi sokongan ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam, Datin Marina Mahathir serta pelajar-pelajar UM yang mengarak kain rentang di luar mahkamah.[9]

Pada hari Rabu, 10 September 2014, Hartal mahasiswa dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sebagai sokongan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom dan menuntut Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. Presiden PMUM , Fahmi Zainol menyatakan perhimpunan dan forum bersama Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) akan diadakan pada hari tersebut. [10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]