Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar | |
---|---|
Naib Presiden PKR (dilantik) | |
Memegang jawatan 2022 Berkhidmat dengan Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang, Aminuddin Harun (dipilih) dan Awang Husaini Sahari dan Saraswathy Kandasamy (dilantik) | |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Muhammad Bakhtiar Wan Chik |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Johari Abdul |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Amran Kamaruddin |
Ketua PKR Cabang Permatang Pauh | |
Memegang jawatan 2022 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Permatang Pauh, Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 15,668 |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Lembah Pantai, Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 2,895 |
Naib Presiden KEADILAN | |
Dalam jawatan 2014 – 16 Disember 2018 Berkhidmat dengan Rafizi Ramli, Xavier Jayakumar, Teo Yu Keng, Tian Chua | |
Didahului oleh | Rafizi Ramli,Shamsul Iskandar, Tian Chua, |
Butiran peribadi | |
Lahir | Nur Izzah binti Anwar 19 November 1980 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Yin Shao Loong (k. 2022) Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (k. 2003; c. 2015) |
Anak-anak | Raja Nur Safiyah Raja Harith |
Ibu | Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail |
Bapa | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Hubungan | Dato Ibrahim Abdul Rahman (Datuk) |
Kediaman | Bandar Sungai Long, Selangor |
Pekerjaan | Ahli Parlimen, ahli politik |
Laman web rasmi | nurulizzah.com |
Nurul Izzah (lahir 19 November 1980) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat selain memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal iaitu 1 penggal di Permatang Pauh (2018-2022) dan 2 penggal di Lembah Pantai (2008-2018).
Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri iaitu YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan Malaysia dan Ahli Parlimen Tambun dan YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Nurul Izzah mendapat pendidikan terawalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika pendidikan menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Sri Hartamas, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Di peringkat universiti, beliau menyambung pelajaran di Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya. Tetapi kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004. Beliau seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.[1]
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Safiyah. Raja Ahmad Shahrir Iskandar merupakan bekas pelajar Bukit Bintang Boys School dan juga bekas penuntut Universiti Cambridge. Kini, Shahrir bekerja di sebuah bank korporat. Nurul Izzah dan Shahrir mula berkenalan ketika bertemu di Institut Kajian Dasar (satu institusi yang ditubuhkan oleh bapanya, Datuk Seri Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu).[2][3]
Perkahwinan mereka diadakan pada 9 Mei 2003, ketika Datuk Seri Anwar masih berada di dalam Penjara Sungai Buloh. Penjara Malaysia telah membenarkan Anwar Ibrahim keluar dari penjara untuk menjadi wali kepada anaknya, Nurul Izzah. Turut hadir dalam majlis perkahwinan tersebut ialah Tan Sri Azizan Zainul Abidin, Tan Sri Hassan Merican dan Datuk Seri Nazri Aziz. Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin turut hadir ketika itu. Anwar Ibrahim dibebaskan sepenuhnya dari penjara pada September 2004 ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima.[4][5] Pasangan ini dianugerahkan dua cahaya mata, seorang perempuan dan seorang lelaki. Namun Nurul Izzah dilaporkan meminta cerai pada tahun 2014 dan mereka sedang menjalani proses mahkamah.[6][2] Akhirnya pada 15 Januari 2015, beliau telah diceraikan dengan talak satu.[7]
Penglibatan politik[sunting | sunting sumber]
Semasa bapanya, Datuk Seri Anwar ditahan oleh pihak polis atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa, Nurul Izzah dilihat sebagai harapan untuk membela nasib malang bapanya. Beliau pernah berjumpa dengan Presiden Filipina, Joseph Estrada dan meminta bantuan beliau. Beliau amat aktif dalam gerakan Reformasi 1998 dan wajahnya pernah muncul dalam CNN dan BBC. Ketika itu beliau berusia 18 tahun. Beliau juga pernah digelar 'Puteri Reformasi' berhubung peranan dan kecantikannya.
Selepas menuntut di universiti, Nurul Izzah menjadi penyelaras politik di pejabat Parti Keadilan Rakyat. Seterusnya menjadi sukarelawan kepada pasukan Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch) dan menjadi ahli majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.
Sejak 2001, Nurul Izzah bersama teman-teman dari badan-badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan ALTSEAN BURMA sempat mengadakan rapat umum bersama pelajar-pelajar Malaysia dan luar Negara di universiti-universiti seluruh dunia bagi menyuarakan masalah hak asasi manusia seperti tahanan ISA di Malaysia.[8]
Beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 17 Disember 2018.[9]
Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]
Antara kontroversi Nurul Izzah ialah isu beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama tidak sepatutnya terhad kepada orang bukan Islam sahaja, seperti yang diamalkan di negara ini sekarang.[10] Kenyataan ini dibuat beliau ketika menjawab pertanyaan salah seorang peserta dalam forum Islamic State: Which version; Who’s responsibility? (Negara Islam: Versi yang mana; Siapa yang bertanggungjawab?), yang dianjurkan secara bersama OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel, Subang Jaya. Penafsiran beliau ayat “tiada paksaan dalam beragama” dalam surah Al-Kafirun, memberi reaksi negatif oleh pelbagai pihak.[11] Walaupun begitu menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menggalakkan orang Melayu murtad, tetapi dalam masa yang sama, beliau melihat dasar kerajaan dan undang-undang di Malaysia tidak sepatutnya menyekat kebebasan beragama di kalangan orang Melayu.[12][13]
Pertemuan dengan Jacel Kiram[sunting | sunting sumber]
Pada November 2015, Nurul Izzah mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas Sultan Sulu Jamalul Kiram III di sebuah majlis khas anjuran Council on Philippines Affairs (Majlis Hal Ehwal Filipina).[14] Malah mereka turut menyiarkan gambar menuntut Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk membebaskan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang diterima negatif dalam media, mendorong Nurul Izzah memohon maaf.[15]
Pilihan raya umum Malaysia[sunting | sunting sumber]
Pilihan raya umum 2008[sunting | sunting sumber]
Nurul Izzah telah dipilih oleh Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding di kawasan parlimen Lembah Pantai menentang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Barisan Nasional) dan calon bebas N. Periasamy dalam pilihan raya umum ke-12. Beliau memenangi kerusi itu dengan mendapat 21,728 undi berbanding calon BN 18,833 undi dan calon bebas 489 undi.
Sementara ibunya Datin Sri Wan Azizah menang di parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Percaturan PKR selepas 15 April 2008 ialah kerusi Permatang Pauh akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding di sana. Setelah Nurul Izzah menang di Lembah Pantai, beliau juga dicadangkan mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada bapanya. Kini, kerusi Parlimen P44 Permatang Pauh telah dipertaruhkan semula dan dimenangi oleh Anwar pada Pilihanraya kecil baru-baru ini. DS Anwar Ibrahim memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan wakil UMNO-BN Arif Shah Omar Shah dengan majoriti sebanyak 15 671 pengundi.
Pilihan raya umum 2013[sunting | sunting sumber]
Nurul Izzah sekali lagi terus mempertahankan kerusi Parlimen P121 Lembah Pantai dengan memperolehi undian majoriti 31,008; dan berjaya menewaskan lawannya Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) mendapat sebanyak 29,161 undi dan Rosli Baba bagi kerusi (Bebas) memperoleh sebanyak 167 undi.[16]
Pilihan raya umum 2018[sunting | sunting sumber]
Pada PRU ke-14, Nurul Izzah telah bertanding bagi kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh yang sebelum ini disandang oleh ibunya, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Nurul Izzah telah memenangi kerusi dengan undian sebanyak (35,534) serta memperolehi majoriti (15,688) undi. Beliau telah menewaskan calon BN Mohd Zaidi Mohd Said (19866) dan calon PAS Ustaz Afnan Hamimi yang memperolehi (14,428) undi.[17][18][19]
Pilhan raya umum 2022[sunting | sunting sumber]
Pada PRU ke-15 pula, Nurul Izzah telah ditewaskan dalam mempertahankan kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh oleh calon PN Muhammad Fawwaz Mat Jan yang memperoleh 37,638 undi. Perkara ini mencipta sejarah baharu apabila kubu kuat PKR ini berjaya dirampas buat kali pertama sejak 1982.[20]
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Lembah Pantai | Nurul Izzah Anwar (PKR) | 21,728 | 52.62% | Shahrizat Abdul Jalil (UMNO) | 18,833 | 45.61% | 41,289 | 2,895 | 72.88% | ||
Periasamy Nagarathnam | 489 | 1.18% | ||||||||||
2013 | Nurul Izzah Anwar (PKR) | 31,008 | 51.39% | Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (UMNO) | 29,161 | 48.33% | 61,048 | 1,847 | 84.30% | |||
Rosli Baba | 167 | 0.28% | ||||||||||
2018 | P044 Permatang Pauh, Pulau Pinang |
Nurul Izzah Anwar (PKR) | 35,534 | 50.89% | Zaidi Mohd Said (UMNO) | 19,866 | 28.45% | 69,828 | 15,668 | 86.18% | ||
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) | 14,428 | 20.66% | ||||||||||
2022 | Nurul Izzah Anwar (PKR) | 32,366 | 37.01% | Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PAS) | 37,638 | 43.04% | 87,448 | 5,272 | 81.59% | |||
Mohd Zaidi Mohd Zaid (UMNO) | 16,971 | 19.41% | ||||||||||
Mohamad Nasir Osman (PUTRA) | 473 | 0.54% |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Laman rasmi Parti Keadilan Rakyat Malaysia - YB Sdri. Nurul Izzah Anwar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-04. Dicapai pada 2012-01-16.
- ^ a b "Nurul Izzah Anwar". Nurul Izzah Anwar Official website. Dicapai pada 10 March 2008.
- ^ Safiyah and Harith. The Star. 15 January 2015.
- ^ Eksklusif: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu
- ^ http://www.syokkahwin.com/blog/2007/08/13/gambar-nurul-izzah-datin-azizah-anwar-ibrahim-parti-keadilan/
- ^ Suami enggan cerai Izzah kerana masih sayang
- ^ Nurul Izzah bercerai
- ^ Laman web Nurul Izzah
- ^ "Nurul Izzah quits as PKR vice president". The Star Online. 17 Disember 2018. Dicapai pada 18 Disember 2018.
- ^ Nurul Izzah backs religious freedom for all Diarkibkan 2013-03-24 di Wayback Machine. freemalaysiatoday.com. Dicapai pada 28 Mac 2013.
- ^ Fahami ayat dalam konteks sebenar Diarkibkan 2012-11-15 di Wayback Machine. ISMA web. Capaian 13-06-2013
- ^ Nurul serah transkrip ucapan kpd JAIS Diarkibkan 2012-11-15 di Wayback Machine. freemalaysiatoday.com. Capaian 28 Mac 2013
- ^ Nurul Izzah sedia bekerjasama dengan Jais isu kebebasan beragama Diarkibkan 2012-11-09 di Wayback Machine. The Malaysian Insider.com. Capaian 28 Mac 2013
- ^ http://www.utusan.com.my/berita/politik/nurul-izzah-anwar-dua-dari-kanan-dan-jacel-kiram-kiri-dalam-1.160304
- ^ "Malaysian Nurul Izzah apologises for photo with Jacel Kiram". Channel News Asia. November 21, 2015. Dicapai pada February 18, 2016.
- ^ Nurul Izzah terus pertahan Lembah Pantai; Berita Harian Online. Link: http://www.bharian.com.my/articles/PRU13_NurulIzzahpertahankerusiLembahPantai/Article/[pautan mati kekal]
- ^ http://www.kosmo.com.my/terkini/keputusan-pru-14-nurul-izzah-menang-di-parlimen-permatang-pauh-1.670105
- ^ http://www.utusan.com.my/berita/politik/nurul-izzah-lari-ke-permatang-pauh-ganti-ibu-1.658348
- ^ https://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/pru14-nurul-izzah-menang-kerusi-parlimen-permatang-pauh/4023998.html
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028563/nurul-izzah-tewas-di-permatang-pauh
- ^ "13th Malaysian General Election". The Star. Dicapai pada 3 January 2010.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 6 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 6 May 2013.[pautan mati kekal]
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati pada pilihan raya 2004.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Kelahiran 1980
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Singapura
- Keluarga Anwar Ibrahim
- Orang dari Kuala Lumpur
- Anggota wanita Parti Keadilan Rakyat
- Alumni Universiti Tenaga Nasional
- Alumni Universiti Teknologi Petronas
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia
- Aktivis hak sivil Malaysia
- Anak ahli politik Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14