Bagel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagel
Bagel-Plain-Alt.jpg
Bagel biasa yang dihasilkan secara komersil
Nama alternatifBajgiel, beigel, beygl
JenisRoti
Tempat asalPoland
KawasanEropah Tengah dan Timur, Amerika Utara, Israel
Bahan utamaTepung gandum
di Wikibuku Buku Masakan: Bagel  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Bagel

Bagel [ba-gél] (daripada Bahasa Yiddish: בײגל beygl; Bahasa Poland: bajgiel) atau juga beigel [ˈbeɪɡəl,[1] béi-gel] ialah sejenis roti yang lazim dalam masakan masyarakat Yahudi Poland. Roti ini dihasilkan dengan membentuk doh gandum beryis dengan tangan menjadi bentuk cincin sebesar tangan yang kemudiannya direbus dalam masa yang singkat dan seterusnya dibakar. Hasilnya adalah padat, kenyal, pucat dalaman dengan perang dan kadang-kadang segar luar. Bagel sering dihiaskan biji-biji yang ditabur di luar kerak seperti popi, bunga matahari atau bijan; bahkan sesetengah resipi bagel mungkin juga akan ditaburkan garam di atas permukaannya. Terdapat juga pelbagai jenis doh yang digunakan seperti daripada gandum atau rai.[2][3]

Makanan ini kini menjadi sangat masyhur di Amerika Utara terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai kependudukan masyarakat kaum Yahudi besar dengan cara-cara mereka membuat roti tersebut yang tersendiri. Ia boleh didapati segar atau beku dalam pelbagai rasa di banyak pasar raya utama dalam negara-negara benua tersebut.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-16 dan pertengahan abad ke-17 yang pertama, bajgiel menjadi antara masakan utama orang Poland[4] dan asas diet Slavia secara umumnya.[5] Namanya berasal daripada perkataan bahasa Yiddish beygal berdasarkan akar bahasa Jerman dialek beugel yang bermaksud "cincin" atau "gelang".[6]

Bagel telah dibawa ke Amerika Syarikat oleh imigran Yahudi Poland di mana perniagaan mereka berkembang dengan baiknya di Bandar Raya New York, antaranya melalui sebuah perusahaan bernama oleh Bagel Bakers Local 338 yang memegang kontrak membekalkan bagel buatan tangan mereka kepada hampir semua kedai-kedai roti di kota itu.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Kedai roti bagel St-Viateur di Montreal, Quebec, Kanada.

Doh bagel tradisional asasnya mengandungi tepung gandum (tanpa kuman atau bran), garam, air, dan ragi penaik. Tepung roti atau mana-mana tepung yang bergluten tinggi lebih digunakan untuk membuat bagel yang padat, tidak  tetapi lembut dan bertekstur kenyal. Kebanyakan resipi bagel menambah pemanis ke dalam doh seperti malt barli (dalam bentuk sirap atau kristal), madu, sirap jagung berfruktosa tinggi, gula, telur (tidak wajib), susu atau mentega. Doh boleh naik dengan menggunakan teknik sourdough yang lama atau ragi komersial.

Bagel secara tradisinya dibuat dengan:

  • mencampurkan dan menguli bahan-bahan untuk membentuk doh
  • membentuk kepingan nipis doh tersebut menjadi bulat dengan lubang di tengahnya
  • membiarkan doh bagel mengembang sekurang-kurangnya 12 jam pada suhu yang rendah (40-50 °F = 4.5–10 °C)
  • merebus bagel-bagel tersebut ke dalam air yang mungkin ditambah lai, soda penaik, sirap malt barli atau madu
  • membakar roti tersebut di antara suhu 175 °C dan 315 °C (sekitar 350-600 °F)

Nutrisi[sunting | sunting sumber]

Sebiji bagel yang biasa mengandungi 260-350 kalori, 1.0–4.5 gram lemak, 330-660 miligram natrium serta 2-5 gram serat. Bagel bebas gluten cenderung mempunyai kandungan lemak yang lebih banyak berbanding bagel biasa sebanyak 9 gram kerana bahan-bahan yang menggantikan gandum dalam doh asal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Definition: Beigel, dicapai daripada Dictionary.com, 11 Julai 2011
  2. ^ Encyclopædia Britannica (2009) Bagel, dicapai pada 24 February 2009 daripada Encyclopædia Britannica Online
  3. ^ Roden, Claudia (November 1996).
  4. ^ Altschuler, Glenn C. (2008) Three Centuries of Bagels, a book review of: 'The Bagel: The Surprising History of a Modest Bread', by Balinska, Maria, Yale University Press, 2008, Jewish Daily Press website, published on-line November 05, 2008 in the issue of November 14, 2008
  5. ^ Zinovy Zinik,'Freelance,' in Times Literary Supplement, 18 November 2011, ms 16.
  6. ^ Davidson, Alan (2006). Oxford Companion to Food (edisi 2nd). Oxford, England: Oxford University Press. m/s. 49. ISBN 9780192806819. 
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Adamson Segan 2008 p. 94" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.