Bahasa buatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa buatan merupakan bahasa yang fonologi, tatabahasa, dan/atau perbendaharaan katanya direka oleh seorang atau sekumpulan manusia dan bukannya berevolusi secara semulajadi. Terdapat banyak sebab untuk mencipta bahasa buatan: untuk memudahkan komunikasi manusia (lihat bahasa perantaraan antarabangsa dan kod); untuk menghidupkan fiksyen atau dunia buatan yang berkaitan; eksperimentasi linguistik; untuk meraikan citarasa estetik seseorang dalam bahasa; dan permainan bahasa.

Sinonim bahasa terancang kadang-kadang digunakan untuk membawa erti bahasa perantaraan antarabangsa, dan oleh sesiapa yang tidak setuju istilah "buatan" digunakan. Contohnya, tidak ramai penutur bahasa perantaraan Interlingua menganggap bahasa mereka itu sebagai "buatan", kerana tiadanya kandungan bercirikan rekaan, tidak seperti bahasa Esperanto dan Ido. Sesetengah penutur bahasa Esperanto dan Ido juga mengelakkan istilah "bahasa buatan" untuk menafikan apa-apa yang "tidak semulajadi" mengenai penggunaan bahasa mereka dalam komunikasi manusia.

Menggelar sesuatu bahasa itu sebagai "terancang" juga membantu menyelesaikan kesulitan dengan istilah "bahasa buatan": istilah "bahasa terancang" sering digunakan secara longgar untuk merangkumi sebilangan kecil bahasa perantaraan yang tidak dipandang sebagai bahasa buatan. Contohnya, Interlingua memopunyai perbendaharaan kata dan tatabahasa yang terbentuk secara semulajadi yang dikatalogkan dan distandardkan oleh sebuah badan penyelidikan linguistik. Meskipun penstandardan boleh dianggap sebagai satu kaedah perancangan, namun adalah sukar untuk mencirikan bahasa yang kandungannya dikembangkan secara semulajadi sebagai bahasa buatan.

Begitu juga, Latino sine Flexione (LsF) ialah peringkasan bahasa Latin yang mana fleksinya telah digugurkan. As with Interlingua, maka adalah sukar untuk menjelaskan bagaimana LsF boleh dilihat sebagai bahasa buatan. Kedua-dua LsF dan Interlingua dianggap sebagai bahasa perantaraan utama, namun hanya Interlingua yang laris ditutur hari ini.

Di luar komuniti Esperanto, istilah perancangan bahasa membawa erti langkah-langkah preskriptif yang diambil mengenai bahasa semulajadi. Dalam erti kata ini, "bahasa semulajadi" pun mungkin sebenarnya adalah bahasa buatan dari beberapa segi. Bagi tatabahasa preskriptif, yang mana wujudnya hukum-hukum buatan sepenuhnya, keadaan bertambah sukar. Contohnya, hukum dalam bahasa Inggeris yang melarang infinitif pemisahan adalah buatan. Istilah "Glossopoeia" yang dicipta oleh J. R. R. Tolkien juga digunakan untuk membawa erti pembuatan bahasa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibuku
Wikibuku mempunyai satu buku topik mengenai
Pembelajaran
Komuniti
Bagaimana


Panduan
Wiki