Bandar Tasik Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Tasik Selatan merupakan sebuah perbandaran utama di selatan Kuala Lumpur, Malaysia. Bandar ini ditubuhkan pada 1991. Perbandaran ini berdekatan dengan Bandar Tun Razak dan Sungai Besi. Bandar Tasik Selatan ialah sebuah pertukaran yang dihubungi oleh pelbagai rangkaian rel yang melalui pertukaran tersebut seperti KTM Komuter, KLIA Transit, KLIA Ekspres dan Aliran Sri Petaling. Pembangunan terbaru di Bandar Tasik Selatan adalah Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang akan menghubungkan pertukaran ke arah selatan iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan.