Bantuan:Pengenalan imej dengan VisualEditor/3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan
Menambah imej ke Wikipedia

Memuat naik imej
Wikimedia Commons

Gunakan imej
Bernilai seribu kata

Sunting butiran
Apakah ini?

Galeri
Set gambar berbilang

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Wikimedia Commons memiliki jutaan imej. Untuk memasukkan salah satu daripadanya ke dalam rencana Wikipedia, mula-mula, tekan bahagian rencana di mana anda ingin memasukkan gambar.

Kemudian, tekan menu Sisipkan  dan pilih pilihan "Imej dan media" untuk membuka kotak dialog.

Anda boleh gunakan kotak dialog di atas untuk mencari gambar yang anda inginkan. Ia akan paparkan sebilangan gambar yang dicadangkan dari Commons.

Selepas anda jumpa imej yang diingini, tekan imej tersebut. Ini akan memasukkan imej tersebut ke dalam laman yang anda sedang sunting. Kemudian, anda boleh mengheret imej tersebut di mana-mana tempat yang anda ingini jika berkeputusan untuk mengubah tempatnya.