Pergi ke kandungan

Bantuan:Pengenalan imej dengan VisualEditor/4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan
Menambah imej ke Wikipedia

Memuat naik imej
Wikimedia Commons

Gunakan imej
Bernilai seribu kata

Sunting butiran
Apakah ini?

Galeri
Set gambar berbilang

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Ketika anda menambah imej baharu atau klik dua kali di mana-mana imej sedia ada dalam rencana, satu kotak dialog akan terbuka di mana anda boleh menambah butiran tentang imej tersebut, dan mengubah tetapannya.

Satu kapsyen yang baik menghuraikan imej tersebut agar para pembaca dapat memahami imej tersebut. Kapsyen boleh memiliki pautan wiki serta pemformatan seperti teks utama rencana.

Teks alternatif pula digunakan untuk menghuraikan kandungan imej terhadap pembaca dengan masalah penglihatan yang bergantung kepada pembaca teks ketika melayari laman web.

Tetingkap "Tetapan selanjutnya" memaparkan parameter tambahan. Ini termasuk aturan kedudukan imej, jenis paparan dan saiz imej. Biasanya, imej sebaiknya hanya dibiarkan dengan tetapan sedia ada, tetapi imej yang lebih besar kadangkala boleh menjadi lebih elok.