Bantuan:Pengenalan perujukan dengan VisualEditor/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengesahan
Pentingnya perujukan

Menambah rujukan
Automatik atau manual

Menyunting yang sedia ada
Peluang penambahbaikan

Guna semula rujukan
Ada yang begitu berguna

Sumber dipercayai
Sumber apa yang boleh dipakai?

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Untuk memasukkan rujukan, buka VisualEditor dengan mengeklik "Sunting" di atas rencana. Selepas bar alatan terpapar, klik di tempat yang ingin anda tambah rujukan. Klik butang , dan suatu kotak dialog akan dibuka yang membolehkan anda menambah maklumat rujukan anda.

Ada dua cara mudah untuk mencipta rujukan baharu: sama ada secara sepenuhnya automatik (hanya memasukkan URL) atau secara manual dengan mengisi ruangan templat (di mana anda menambah maklumat rujukan secara satu-satu).

Pilihan automatik adalah termudah. Wikipedia lazimnya dapat melakukan pemformatan petikan rujukan auto sekiranya anda memasukkan URL dan menekan "Hasilkan". Lihat petikan terhasil. Untuk memasukkannya, klik "Sisipkan". Anda kemudiannya boleh mengubah suai butirannya jika VE memberi ralat dengan butang "Sunting".

Bagi pilihan manual pula, klik butang "Manual" di kotak dialog. Kemudian, pilih jenis rujukan yang ingin ditambah, dan isi sebanyak mana butiran ("parameter") yang boleh (Nota: format tarikh yang dipakai ialah TTTT-BB-HH).

Kadangkala, rujukan yang ingin ditambah tidak termasuk dalam mana-mana kategori yang ada (cth. sebuah ucapan). Dalam hal ini, anda boleh memasukkan maklumat secara manual sepenuhnya dengan "Bentuk asas". (Rujukan sebegini buat sekarang lebih mudah dihasilkan dengan teks wiki.)