Bota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 4°21′N 100°52′E / 4.350°U 100.867°T / 4.350; 100.867

Mukim Bota
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Perak Tengah
Mukim Mukim Bota
Keluasan 17,094 hektar[1]

Bota merupakan sebuah mukim di tepi Sungai Perak, di selatannya ialah Kampung Gajah dan Teluk Intan. Sementara di utaranya ialah Parit dan Lumut, negeri Perak. Bota terbahagi kepada 2 kawasan utama iaitu Bota Kanan dan Bota Kiri.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. [2] Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.

Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.

Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, penduduk Melayu Bota boleh dibahagikan kepada 3 suku kaum utama, iaitu penduduk jati Perak, orang Banjar dan orang Kedah. Penduduk jati Perak adalah merujuk kepada penduduk yang bertutur dam loghat Perak. Ia merupakan majoriti di kawasan Bota, terutamanya di penempatan sepanjang tebing kiri dan kanan Sungai Perak. Orang Banjar merupakan suku kaum yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia, dan berhijrah ke Tanah Melayu ratusan tahun yang lalu. Mereka kebanyakannya bertumpu di Titi Gantung. Orang Kedah datang ke Bota dalam tahun 60an dan boleh didapati dengan banyaknya di beberapa kawasan di Titi Gantung.

Terdapat juga golongan penghijrah dari luar negeri Perak, dan mereka ini boleh didapati di sekitar Seri Iskandar, yang mana terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina dan India.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Penguasa Tempatan[sunting | sunting sumber]

  • Bota berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

  • Dato Nasaruddin Bin Hashim, Pusat Khidmat Masyarakat Adun, Kampung Bota Kanan, 32600 Bota

Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

  • Ustaz Drs. Mohd Nizar bin Zakaria, Bangunan UMNO Bahagian Parit, Parit,Perak.

Ada beberapa kampung di mukim Bota iaitu :

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

  • Padang Bola Parit
  • Stadium Mini Bakri Rais, Bota Kanan.
  • Gelanggang Badminton Parit
  • Gelanggang Tenis.
  • Hospital Desa Changkat Melintang, Bota
  • Padang Seri Iskandar

Masjid[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Attar Kampung Layang-layang Kanan 32800 Parit
  • Masjid Baru Kampung. Kuchai Lambor Kiri 32900 Lambor
  • Masjid Ar-rahmah Kampung Ekor Bota 32600 Bota
  • Masjid Fadzlullah Kampung Telok Kepayang 32600 Bota
  • Masjid Fatta Kampung Pulau Pisang 32600 Bota
  • Masjid Felcra Nasaruddin 32600 Bota
  • Masjid Ghopraniah Kampung Titi Gantung 32600 Bota
  • Masjid Iskandar Shah Kampung Aji 32600 Bota
  • Masjid Jabariah Kampung Lambor Kiri 32900 Lambor
  • Masjid Jamek Pekan Bota kanan 32600 Bota
  • Masjid Lama Bota Kanan 32600 Bota
  • Masjid Kampung Air Mati 32600 Bota
  • Masjid Rahmaniah Kampung Padang Changkat 32600 Bota
  • Masjid Raishah Kampung Padang Tenggala 32600 Bota
  • Masjid Syukriah Kampung Telok Bakong 32600 Bota
  • Masjid Taufiqiah RPA Gelung Pepuyu 32600 Bota
  • Masjid Ridzuaniah Kampung Lambor Kanan 32900 Lambor

Bekalan elektrik[sunting | sunting sumber]

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Ternakan Tuntung, Bota Kanan
  • Panorama kunang-kunang (kelip-kelip)
  • Makam-makam DiRaja di kanan dan kiri tebing Sungai Perak
  • Taman Teknologi Seri Iskandar
  • Seri Iskandar Pharmaceutical Park, Seri Iskandar
  • Perak Science Park, Seri Iskandar
  • Pusat Industri Changkat Chermin, Titi Gantung, Bota
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak
  • Universiti Teknologi PETRONAS

Tokoh tempatan[sunting | sunting sumber]

  • Ustaz Zulkifly Ibrahim, Ketua Penerangan Negeri Perak 2008-2009.
  • Abdullah C.D, seorang pemimpin Parti Komunis Malaya sejak 1948.
  • Kolonel Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri (Ph.D), University of Hull. Naib Chancelor Universiti Utara Malaysia. Pengarah Program Latihan Khidmat Negara sejak 2003. Meninggal dunia tahun 2005
  • Dato' Zainal Abidin Abbas, mantan Setiausaha Agung Partai Gerakan era 60an. Beliau adalan ayah kepada Tan Sri Zain Azraei.
  • Hasyim Gera, pemantun handal. Mantan Ahli MKT Umno Malaysia, mantan Ketua Penerangan Umno Batang Padang dan mantan Ahli Parlimen Parit (PAS) yang menumbangkan Dato' Husein Nordin (Setiausaha Agung Umno) pada tahun 1969.
  • Prof. Zulkifli Muhamad juga dibesarkan di Parit dan mendapat pendidikan di Sek. Men. Agama Aziziah, Parit sewaktu mengikut ayahnya bekerja sebagai kerani di pejabat daerah.
  • Pengasas dan orang yang memberikan nama PAS iaitu Ustaz Othman Hamzah juga menetap di Parit dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Aziziah, Parit bersama isterinya Ustaz Hayati Hassan, seorang penggerakan muslimat PAS.
  • Bekas AhliParlimen Parit Datuk Nasaruddin Alang Saidin dan juga merupakan bekas ahli pengarah Kumpulan TM Berhad.

Lagu popular[sunting | sunting sumber]

Oh kome...deghoyan dah bebunga
Maghi kite minang anak daghe
Anak daghe...anak daghe Bota
Teman jumpe..di Padang Tenggale

Musim Deghoyan...Yg tua nak ke Mekah
Yg muda...Gatei nak menikah

Bila musim deghoyan
Dema beghani nampor
Ape deme nak heran
Saman buleh bayor....!!

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Satistik Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. 2014-07-11. Diperoleh pada 2014-11-18. 
  2. Malay forests Sir William George Maxwell

Pautan luar[sunting | sunting sumber]