Barisan Pertama Belorussia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barisan Pertama Belorussia
Aktif1943-1945
Negara Kesatuan Soviet
JenisKumpulan tentera darat
PerananMenyelaras dan mengendali Operasi Tentera Merah di Ukraine, Poland, dan Jerman
SaizBeberapa Tentera darat medan
PertempuranPenyerangan Gomel-Rechitsa
Penyerangan Kalinkov-Mozyr
Operasi Rogachev-Zhlobin
Penyerangan Bobruysk
Operasi Warsaw-Poznań
Pertempuran Seelow Heights
Pertempuran Berlin
Penyerangan Vistula–Oder
Komander
Komander
terkenal
Marsyal Konstantin K. Rokossovsky (Oktober 1943-November 1944)
Marsyal Georgy K. Zhukov (November 1944-Jun 1945)

Barisan Pertama Belorussia (Bahasa Rusia: 1-й Белорусский фронт, ejaan alternatif ialah Barisan Pertama Byelorussia dan Barisan Pertama Belarusia) adalah sebuah formasi besar Tentera Darat Soviet semasa Perang Dunia II. Dengan itu ia merupakan sebuah formasi Soviet yang bersamaan dengan sebuah Kumpulan tentera darat Barat.

Penubuhan dan operasi pertama[sunting | sunting sumber]

Mula-mula, Barisan Belorussia telah ditubuhkan pada 20 Oktober 1943 sebagai nama baru bagi Barisan Tengah Soviet. Ia telah diletakkan dibawah pemerintahan Jeneral Konstantin K. Rokossovsky, yang telahpun memerintah Barisan Tengah. Ia melancarkan Penyerangan Gomel-Rechitsa pada tahun 1943 dan kemudian Penyerangan Kalinkov-Mozyr pada tahun 1944.

Penjenamaan semula dan operasi 1944[sunting | sunting sumber]

Ia kemudian dinamakan semula Barisan Pertama Belorussia (Bahasa Inggeris: 1st Belorussian Front atau 1BF) pada 17 Februari 1944 selepas Penyerangan Dnieper–Carpathian. Beberapa hari kemudian, pada 21 Februari, Operasi Rogachev-Zhlobin bermula, yang berterusan sehingga 26 Februari.[1] Operasi seterusnya ialah Penyerangan Bobruysk, sebahagian daripada Operasi Bagration, dan pada 26 Jun serangan 1BF mengepung Bobruisk, memerangkap 40,000 askar Jerman dari Kor Ke-41 Panzer (sebahagian Tentera Darat Ke-9). Dari 18 Julai-2 Ogos, Barisan tersebut terlibat dalam Penyerangan Lublin-Brest. Dari 2 Ogos hingga 30 September, Barisan itu terlibat dalam menghalau keluar askar Jerman ke timur Vistula (semasa Pertempuran Radzymin berlangsung dari 1–10 Ogos). Unit bawahannya iaitu Tentera Darat Ke-8 Pengawal, Tentera Darat Ke-28, Tentera Darat Ke-47, Tentera Darat Ke-65, Tentera Darat Ke-69, dan Tentera Darat Ke-70 telah terlibat di Radzymin. Kemudian, pada 14 September, 1BF dengan bantuan tentera Poland menawan Praga, pinggir kota Warsaw.

Operasi tahun 1945[sunting | sunting sumber]

Serangan seterusnya ialah Operasi Warsaw-Poznań, sebahagian daripada Penyerangan Vistula–Oder. Pada 13 Januari, 1BF memulakan penyerangan kearah Pillkallen (Schlossberg antara tahun 1938–1945) di Prusia Timur, yang mana mereka mendapat tentangan sengit daripada Tentera Darat Ke-3 Panzer. Barisan Pertama Belorussia memulakan serangannya ke atas Tentera Darat Ke-9 Jerman dari kubu hadapan Magnuszew dan Puławy pada pukul 08:30 pada 14 Januari, sekali lagi bermula dengan pengeboman berat.[2] Tentera Darat Ke-33 dan Tentera Darat Ke-69 memecah keluar dari kubu hadapan Puławy hingga kedalam 30 km, manakala Tentera Darat Ke-5 Gempur dan Tentera Darat Ke-8 Pengawal memecah keluar dari kubu hadapan Magnuszew. Tentera Darat Ke-2 Kereta Kebal Pengawal dan Tentera Darat Pertama Kereta Kebal Pengawal telah terlibat selepas mereka mengeksploitasi penyerbuan itu. Pada 25 Januari, Barisan tersebut memutuskan bandar kubu Poznań yang mempunyai 66,000 askar Jerman, dan meneruskan kemaraan 80 km sehari, meninggalkan Tentera Darat Ke-8 Pengawal untuk terus mengepung bandar itu, yang mana akhirnya mereka tawan pada 23 Februari.[3] Sewaktu Adolf Hitler sibuk berurusan dengan masalah-masalah dalaman di Jerman, Stalin telah mengalahkan Tentera Darat Jerman di Warsaw.

Penaklukan Berlin[sunting | sunting sumber]

Bersama dengan Barisan Pertama Ukraine (1UF), 1BF kemudian menggempur Berlin dalam Pertempuran Berlin yang dramatik.

Marsyal Georgy Zhukov telah dilantik Panglima 1BF, pada November 1944, untuk dua penyerangan besar terakhirnya dalam Perang Dunia II. Selepas penaklukan Poland dan Prusia Timur (penaklukannya telah selesai pada 25 April dengan tertawannya Pillau) dari Januari–Mac 1945, pihak Soviet menugaskan semula tentera mereka dalam tempoh dua minggu pertama bulan April. Marsyal Georgy Zhukov menumpukan 1BF, yang telah di atur gerak sepanjang sungai Oder dari Frankfurt di selatan hingga ke Baltik, kedalam kawasan di hadapan Seelow Heights. Barisan Ke-2 Belorussia bergerak kedalam posisi yang dikosongkan oleh 1BF di utara Seelow Heights. Sewaktu penugasan semula sedang berjalan, jurang telah dibiarkan dalam garisan dan saki baki Tentera Darat II Jerman yang telah disekat dalam sebuah kelompok berhampiran Danzig berjaya melepaskan diri ke seberang sungai Oder.

Pada awal pagi 16 April Operasi Penyerangan Berlin bermula dengan objektif menawan Berlin dan penghubungan dengan tentera Sekutu Barat di Elbe. Operasi bermula dengan satu serangan di Seelow Heights oleh 1BF dan oleh Barisan Pertama Ukraine (1UF) Marsyal Konev ke selatan. Pada mulanya 1BF mendapat kesukaran merempuh masuk ke garisan pertahanan Jerman, tetapi selepas tiga hari barulah mereka dapat memecah masuk dan telah menghampiri pinggir Berlin. Pada 22 April 1BF telah menembusi pinggir bandar utara dan timur Berlin. Mereka melengkapkan pengepungan Berlin pada 25 April apabila unit-unit 1BF dan 1UF bertemu di Kietzen barat Berlin. Selepas pertempuran sengit lorong ke lorong dan rumah ke rumah, Jeneral Weidling, panglima garison Berlin, bertemu dengan Marsyal Zhukov dan menyerahkan Berlin tanpa syarat pada jam 15:00 waktu tempatan pada 2 Mei.

Pasca perang[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mei, selepas majlis tandatangan di Berlin, angkatan tentera Jerman menyerah kalah tanpa syarat kepada Pihak Bersekutu dan peperangan di Eropah berakhir. Sesudah perang, markas Barisan Pertama Belorussia membentuk Kumpulan Angkatan Bersenjata Soviet di Jerman.

Para Komisar[sunting | sunting sumber]

Komisar Barisan termasuklah

Garis masa 1945[sunting | sunting sumber]

  • 24 Januari: 1BF dan Barisan Ke-2 Belorussia menyerang Pomerania. Tentera Darat II Jerman terputus.
  • 31 Januari: 1BF tiba di sungai Oder ke Utara Küstrin dan menubuhkan kubu depan di sebelah barat lebih kurang 60 km dari Berlin.
  • 1 Februari: 1BF mengepung bandar kubu Küstrin.
  • 2 Februari: 1BF tiba di sungai Oder ke selatan Frankfurt (Oder)
  • 6 Februari: 1BF keluar dari tebing timur sungai Oder antara Frankfurt dan Küstrin.
  • 4 Mac: 1BF memecah masuk garisan Jerman di Stargard dan mara ke arah Stettin. Ia juga menubuhkan pangkalan hadapan baru selepas sungai Oder ke arah selatan Frankfurt.
  • 27 Mac: 1BF terlibat dalam pertempuran sengit jalanan di Danzig
  • 28 Mac: 1BF menawan Gotenhafen di utara Danzig.
  • 29 Mac: Bandar kubu Küstrin jatuh ke 1BF selepas sebulan dikepung.
  • 30 Mac: Tentera Soviet akhirnya menawan Danzig
  • 16 April: 1BF dan Barisan Pertama Ukraine memulakan penyerangan terakhir ke atas Berlin dari garisan Oder-Neisse.
  • 17 April: Serangan 1BF terhadap Berlin terhenti oleh tentangan sengit Jerman di Seelow Heights, 3 km barat Oder, dengan kehilangan besar askar dan kereta kebal bagi pihak Soviet.
  • 18 April: 1BF terus menghentam kedudukan Jerman di Seelow Heights dalam satu pertempuran kecil.
  • 19 April: 1BF memecah masuk pertahanan Jerman defences di Seelow Heights dan gerak dengan pantas ke arah Berlin.
  • 22 April: 1BF menembusi pinggir utara dan timur Berlin.
  • 25 April: Unit-unit 1BF dan Barisan Pertama Ukraine bertemu di Kietzen barat Berlin. Berlin sekarang dikepung sepenuhnya oleh 8 ketumbukan darat Rusia.
  • 30 April: Zhukov enggan membenarkan askar pertahanan Berlin meletakkan senjata dan meminta penyerahan kalah tanpa syarat.
  • 2 Mei: Jeneral Weidling, panglima garison Berlin bertemu dengan Marsyal Zhukov dan menerima syarat-syarat penyerahan kalah tanpa syarat Berlin. Garison di Berlin menyerah kalah pada pukul 3pm waktu tempatan.
  • 8 Mei: Bagi menurut kata-kata pihak Soviet, majlis penyerahan kalah kepada Sekutu Barat di Rheims pada hari sebelumnya telah di ulangi semula di hadapan Marsyal Zhukov dan para jeneral lain Soviet di Karlshorst, pinggir Berlin.
  • 10 Jun: 1BF dibubarkan; markasnya diubah kepada markas Kumpulan Angkatan Bersenjata Soviet di Jerman.

Komponen ketumbukan darat[sunting | sunting sumber]

Ketumbukan darat yang menjadi sebahagian daripada Barisan Pertama Belorussia termasuklah:

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keith E. Bonn, Slaughterhouse: The Handbook of the Eastern Front, Aberjona Press, Bedford, PA, 2005, p.42
  2. ^ Duffy, p.72
  3. ^ Christopher Duffy, Red Storm on the Reich, New York: Athenum Press, 1991, p.250

Rujukan[sunting | sunting sumber]