Republik Sosialis Soviet Belarusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Белорусская Советская Социалистическая Республика
Беларуская Савецкая Сацыялістычная Рэспубліка

Republik Sosialis Soviet Belarusia
Republik Kesatuan Soviet

 

1920–1991
Bendera Coat of arms
Bendera (1951–91) Jata Negara
Anthem
Lagu kebangsaan RSS Belarusia
Location of RSS Belarusia
Wilayah RSS Belarusia dalam Kesatuan Soviet.
Ibu negara Smolensk
Minsk
Kerajaan Republik Sosialis Soviet
Badan perundangan Kongres Para Soviet (1920–38)
Soviet Agung (1938–91)
Era sejarah Abad ke-20
 - Republik Soviet Sosialis diisytiharkan 1 Januari 1919
 - Republik Sosialis Soviet diisytiharkan 31 Julai 1920
 - Dimasukkan ke Kesatuan Soviet 30 Disember 1922
 - Pengiilhakkan Belarusia Barat 15 November 1939
 - Anggota PBB 24 Oktober 1945
 - Perjanjian Belavezha 25 Ogos 1991
 - Kemerdekaan 26 Disember 1991
Luas
 - Bancian 1989 207,600 km2 (80,155 sq mi)
Populasi
 - Bancian 1989 10,199,709 
     Ketumpatan 49.1 /km2  (127.3 /sq mi)
Kini sebahagian daripada  Belarus
 Poland

Republik Sosialis Soviet Belarusia (RSS Belarusia) (Belarus: Беларуская Савецкая Сацыялістычная Рэспубліка, Bielaruskaja Savieckaja Sacyjalistyčnaja Respublika, Rusia: Белорусская Советская Социалистическая Республика, Belorusskaya Sovetskaya Sotsialisticheskaya Respublika) merupakan salah satu republik yang membentuk Kesatuan Soviet. Republik ini juga merupakan salah satu daripada empat buah republik yang mengasaskan Kesatuan bersama Republik Sosialis Soviet Ukraine (RSS Ukraine), Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia (RSPS Transcaucasia) dan Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (RSPS Rusia).

Republik Soviet sebelum munculnya RSS Belarusia, Republik Soviet Sosialis Belarusia (RSSB) yang terletak di kawasan Belarus telah diisytiharkan pada 1 Januari 1919. Walau bagaimanapun, republik tersebut mengambil masa beberapa tahun untuk menentukan statusnya. Belarusia adalah antara republik Soviet yang pernah diduduki oleh Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, negara ini kemudiannya dinamakan Republik Belarus.

Pada tempoh masa yang lebih awal, wilayah Belarusia biasanya dirujuk di Eropah Barat sebagai Rusia Putih. Oleh itu, ketika kewujudan awal RSS Belarusia, kadangkala republik tersebut juga dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Rusia Putih.