Kumpulan tentera darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Simbol standard NATO bagi sebuah Kumpulan Tentera Darat / Barisan

Kumpulan Tentera Darat (Army Group) ialah sebuah organisasi tentera yang merangkumi beberapa tentera darat medan, yang mampu bertahan untuk tempoh yang tidak ditentukan. Ia biasanya bertanggungjawab bagi sebuah kawasan geografi yang tertentu. Kumpulan tentera darat adalah organisasi tempur terbesar yang diperintah oleh seorang panglima—biasanya berpangkat Jeneral atau Fil Marsyal—dan ia secara umumnya mengandungi anggota antara 400,000 dan 1,000,000 askar.

Di dalam Angkatan Tentera Poland dan bekas Tentera Merah Soviet, sebuah kumpulan tentera darat dipanggil sebagai Barisan. Padanan untuk kumpulan tentera darat dalam Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) ialah Tentera Darat Besar (Sō-gun (Jepun: 総軍)).

Kumpulan tentera darat boleh menjadi formasi multi-nasional. Sebagai contoh, dalam Perang Dunia II, Kumpulan Tentera Darat Selatan (juga dikenali sebagai Kumpulan Tentera Darat Ke-6 AS) mengandungi Tentera Darat Ketujuh Amerika Syarikat dan Tentera Darat Pertama Perancis; Kumpulan Tentera Darat Ke-21 meliputi Tentera Darat Kedua British, Tentera Darat Pertama Kanada dan Tentera Darat Kesembilan Amerika Syarikat.

Dalam penggunaan Tentera Darat AS, nombor bagi kumpulan tentera darat dinyatakan dalam angka Arab (contohnya, "Kumpulan Tentera Darat Ke-12"), manakala nombor bagi tentera darat medan disebut mengeja (contohnya, "Tentera Darat Ketiga").