Belukar (filem)
Belukar | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Jason Chong[1] |
Penulis | Jason Chong |
Dihasilkan oleh | Datin Zulhaila Siregar Jason Chong Danny |
Dibintangi | Bront Palarae Daphne Iking Chew Kin Wah Danny Ahmad Tamimi Siregar Azhar Sulaiman |
Dikisahkan oleh | Jason Chong |
Sinematografi | Mohd Kardanie |
Diedarkan oleh | MIG Productions Sdn Bhd |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Belukar ialah sebuah filem arahan Jason Chong juga filem pertama arahanya. Belukar merupakan filem yang berunsur cinta, drama dan ada juga aksi yang diselitkan. Filem Belukar masuk ke pawagam pada 6 Mei 2010.
Plot[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan Eva (Daphne Iking) seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insuran profesional. Dia berjaya menuntut lebih RM100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak. Malangnya, tiada agen penyiasat insurans dapat membuktikan Eva bersalah. Tanggungjawab itu kini dipikul oleh Nik (Bront Palarae) iaitu seorang penyiasat insurans syarikat ABG. Dalam proses penyiasatan tersebut, Nik telah jatuh cinta terhadap Eva tanpa Eva mengetahui identiti sebenar Nik. Adakah Nik dan Eva bergelut dengan cinta, sandiwara atau keikhlasan semata-mata? Atau seperti yang disimpulkan Jason Chong, filem ini sarat dengan "love action, thriller and many hidden secrets."
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Bront Palarae - Nik (Pelakon Utama)
- Daphne Iking - Eva (Pelakon Utama)
- Chew Kin Wah - TKO (Pelakon Pembantu)
- Danny X Factor - Zailan (Pelakon Pembantu)
- Datuk Ahmad Tamimi Siregar - Encik Farid (Pelakon Pembantu)
- Azhar Sulaiman - Encik Hassan (Pelakon Pembantu)
- Sabrina Mohammed Hassan - Ivy (Pelakon Pembantu)
- Ray Redzuan - Momok (Pelakon Pembantu)
- Along Eyzendy - Hitam (Pelakon Pembantu)
- Linora Low - Gincu (Pelakon Pembantu)
- Xavier Fong - Gong (Pelakon Pembantu)
- Azwan Kombos - Pit (Pelakon Pembantu)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Belukar the Movie Official Website Diarkibkan 2011-02-02 di Wayback Machine