Chew Kin Wah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chew.
Chew Kin Wah
Kelahiran1965 (umur 53–54)
Ipoh, Perak, Persekutuan Malaysia
Nama lainAnuar Abdullah (selepas memeluk Islam)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993-kini

Chew Kin Wah (Cina ringkas: 周堅華pinyin: Chow Kin-Wa; lahir 1965) merupakan seorang pelakon yang terkenal di Malaysia.[1] Beliau telah berhijrah ke Indonesia pada tahun 2016 bagi memulakan kerjaya antarabangsanya dan sejak itu beliau telah membintangi beberapa buah filem di sana.[2] Beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 orang pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[3]

Beliau telah memeluk agama Islam pada tahun 2013 dan menggunakan nama Anuar Chew atau Anuar Abdullah.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Chew dilahirkan di Ipoh, Perak, tetapi telah dibesarkan di Kuala Lumpur sejak beliau berumur 8 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh 2 orang wanita – mendiang ibu beliau yang merupakan seorang ibu tunggal dan berniaga di kantin sekolah, serta mendiang nenek beliau, seorang wanita yang suka berkain sarung seperti wanita Nyonya dan suka memanjakan Chew.

Ketika beliau berumur 19 tahun, Chew mula mengenali dunia lakonan. Beliau memulakan kerjaya lakonannya selepas menghadiri ujibakat dan terpilih untuk muncul di pentas teater Five Arts Centre di bawah arahan Kee Thuan Chye pada tahun 1984 yang bertajuk Here & Now.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2001 Snipers Ah Wai James Lee
2005 Salon Mr. Chin Woo Ming Jin
2007 1957: Hati Malaya H. S. Lee Shuhaimi Baba
Blue Roof Woo Ming Jin Filem pendek
2008 Susuk Lee Amir Muhammad
Naeim Ghalili
2009 At the End of Daybreak Bapa Ying Ho Yuhang
2010 Belukar TKO Jason Chong
2011 Kongsi Jimmy Farid Kamil
2012 Chantek Pierre Andre
8 Jam Ahmad Idham
The Collector Inspketor Lim James Lee
2013 Tanda Putera Tan Shuhaimi Baba
Ular JC Jason Chong
2014 Take Me To Dinner Allan Gavin Yap
River of Exploding Durians Bapa Ming Edmund Yeo
In Between Floors Voice of God Bernice Low
2015 Jejak Warriors Foo Sai Yuk Saw Teong Hin
2016 My Stupid Boss Mr. Kho Upi Avianto
Interchange Heng Dain Iskandar Said
Cek Toko Sebelah Koh Afuk Ernest Prakasa
2017 Kimchi Untuk Awak Michael Ang
Surat Kecil Untuk Tuhan Bapa Martin Fajar Bustomi
Susah Sinyal Ernest Prakasa
2018 Dukun Dain Iskandar Said
Terbang: Menembus Langit Bapa Onggy Fajar Nugros
Dimsum Martabak Koh Ah Yong Andreas Sullivan
Crossroads: One Two Jaga James Nam Ron
A Man Called Ahok Kin Nam masa tua Putrama Tuta

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1997-2003 Kopitiam Kee Tat ntv7
2009 Tower 13 TV3 Pelakon undangan
2010 A Gurls Wurld Mr. Lee 7 Episod
2014 Marco Polo Song Loyalist 1 Netflix
Kusinero Cinta Chef Rio Astro Mustika HD
2017 Dendam Aurora Michael Astro Prima
2019 Aurora Aisyah Ah Chong TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 The Hong Kong Affair Wai Jo
2014 Mentari Terbit Lagi Simon TV AlHijrah
2015 Solatku Hidupku Matiku Astro Oasis
2016 Rongples Rongtaim Alan Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Malaysiantalents.com Dirinya sendiri Gua.com.my

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Mentari Terbit Lagi Menang
2016 Anugerah i-Cinema Aktor Peran Pendukung Terbaik My Stupid Boss Dicalonkan
2017 Aktor Peran Pendukung Terbaik Cek Toko Sebelah Dicalonkan
Festival Film Tempo Jakarta Aktor Pendukung Pilihan Tempo Menang
Indonesian Box Office Movie Awards 2017 Pemeran Pendukung Pria Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bissme S. (18 December 2017). "Making nation proud". The Sun, Malaysia. Dicapai 3 Julai 2018. 
  2. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 November 2017). "Rezeki bergolek Kin Wah". Harian Metro. Dicapai 3 Julai 2018. 
  3. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai 30 Jun 2018. 
  4. ^ Feride Hikmet Atak (9 November 2014). "Kurang Pelakon Cina Buatkan Kin Wah Tidak Perlu Bersaing". mStar Online. Dicapai 3 Julai 2018. 
  5. ^ Bissme S. (18 December 2017). "Making nation proud". The Sun, Malaysia. Dicapai 3 Julai 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]