Pergi ke kandungan

Ahmad Tamimi Siregar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ahmad Tarmimi Siregar)

Ahmad Tamimi Siregar

أحمد تميمي سيريجار
Kelahiran
Ahmad Tamimi Siregar bin Kamarudin Siregar

(1950-01-17) 17 Januari 1950 (umur 76)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penerbit
Tahun aktif1970–kini
Karya
Filemografi
PasanganDatin Zuhaila Siregar Sulaiman (k. 1990; m. 2020)
Anak-anak3

Dato' Ahmad Tamimi Siregar bin Kamarudin Siregar (lahir 17 Januari 1950)[1] ialah seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah veteran lelaki Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen. Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Ahmad Tamimi Siregar dilahirkan pada 17 Januari 1950 dan merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik, dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tamimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 (Negeri Sembilan) berjudul Kaba Kasih Menanti.

Ahmad Tamimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama TV dan filem seperti Permintaan Terakhir di samping pelakon utama Uji Rashid (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulong-1975), Abang (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telefilem Ana Aishah (RTM-1992), dan Telefilem Sinar (RTM-1993).

Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]