Bendera Afrika Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nisbah bendera: 2:3

Bendera Afrika Selatan diperkenalkan pada 26 April 1994 dan direka oleh Frederick Brownell.

Bendera ini terdiri daripada dua jalur mendatar yang seimbang, merah di atas dan biru di bawah, dipisahkan oleh jalur warna hijau yang yang membentuk huruf Y dan berpangkal di sudut bendera di sebelah kepala (hoist). Bentuk 'Y' ini mengandungi segitiga duasama berwarna hitam dan kuning keemasan. Jalur merah dan biru dipisahkan dari jalur hijau oleh jalur putih yang lebih kecil.

Reka bentuk dan perlambangan[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Warna Warna rasmi pada tekstil Rincian Pantone RGB RGB sample
Hijau CKS 42 c Spectrum green 3415 c #007749
Hitam CKS 401 c Blue black #000000
Putih CKS 701 c National flag white #FFFFFF
Kuning emas (Gold) CKS 724 c Gold yellow 1235 c #FFB81C
Merah CKS 750 c Chilli red 179 c #E03C31
Biru CKS 762 c National flag blue Reflex blue c #001489

Perlambangan[sunting | sunting sumber]

Warna-warna yang dipakai melambangkan asal-usul kaum utama yang membentuk masyarakat Afrika Selatan yang moden:

  • warna-warna hitam, hijau dan kuning merupakan warna parti Kongres Kebangsaan Afrika yang diwakili kaum kulit hitam giat memperjuangkan penghapusan apartheid serta kesetaraan hak antara orang kulit putih dengan orang kulut berwarna yang lain baik yang hitam, "bercampur" (Coloured) ataupun perang.
  • warna-warna merah, putih dan biru datang daripada bendera-bendera Belanda dan United Kingdom yang merupakan kuasa utama menakluk kawasan asal negara ini serta membentuk masyarakat kulit putih ia.

F. W. de Klerk sendiri ada menyatakan dalam autobiografinya bahawa warna merah cili (chilli red) disengajakan sebagai warna merah yang tidak memenangkan baik yang berketurunan British (yang menggemari warna merah biasa) mahupun yang berketurunan Afrikaner (yang lebih mahukan warna jingga).

Bentuk bercabang melambangkan penyatuan segenap masyarakat berbilang bangsa menuju kemajuan.[1]

Bendera lama yang pernah dipakai[sunting | sunting sumber]

Bendera Merah (Red Ensign, 1912–1951)[sunting | sunting sumber]

Bendera Merah Afrika Selatan dipakai secara de facto

Suatu bendera de facto pernah diwujudkan dengan peletakkan jata perisai jajahan itu pada suatu bendera merah dipakai Empayar British.

Bendera Kesatuan (Union Flag, 1928–1994)[sunting | sunting sumber]

Bendera dipakai dari 1928 lalu diteruskan sepanjang zaman republik dan apartheid ke 1994.

Bendera ini dipakai Kesatuan Afrika Selatan dari 1928 hingga 1961 serta kemudiannya sebagai sebuah republik sehingga pemerintahan apartheid dihapuskan tahun 1994.

Bendera ini terdiri daripada suatu rekaan bendera lama digunakan di Belanda iaitu Prinsenvlag (Bendera Putera) yang pernah dipakai sebelum digantikan dengan rekaan bendera baru Belanda kini - ia mempunyai tiga jalur iaitu jinggga, putih dan biru. Pada jalur tengahnya pula ada tiga bendera yang bergandingan melambangkan jajahan-jajahan yang diserap masuk ke dalam kesatuan ini:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]