Pergi ke kandungan

Benjamin Disraeli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Benjamin Disraeli
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
20 Februari 1874 – 21 April 1880
RajaVictoria
Didahului olehWilliam Ewart Gladstone
Digantikan olehWilliam Ewart Gladstone
Dalam jawatan
27 Februari 1868 – 1 Disember 1868
RajaVictoria
Didahului olehEarl Derby
Digantikan olehWilliam Ewart Gladstone
Canselor Exchequer
Dalam jawatan
6 Julai 1866 – 29 Februari 1868
RajaVictoria
Didahului olehWilliam Ewart Gladstone
Digantikan olehGeorge Ward Hunt
Dalam jawatan
26 Februari 1858 – 11 Jun 1859
RajaVictoria
Didahului olehSir George Cornewall Lewis, Bt.
Digantikan olehWilliam Ewart Gladstone
Dalam jawatan
27 Februari 1852 – 17 Disember 1852
RajaVictoria
Didahului olehCharles Wood
Digantikan olehWilliam Ewart Gladstone
Butiran peribadi
Lahir(1804-12-21)21 Disember 1804
London, England
Meninggal dunia19 April 1881(1881-04-19) (umur 76)
London, England
Parti politikKonservatif
PasanganMary Anne Lewis

Benjamin Disraeli, Earl Pertama Beaconsfield, KG, PC, FRS (lahir Benjamin D'Israeli; 21 Disember 180419 April 1881) ialah sasterawan dan negarawan Konservatif British. Beliau berkhidmat dalam kerajaan selama tiga dekad. Disraeli dua kali menjadi Perdana Menteri dan dengan itu, menjadi satu-satunya orang berketurunan Yahudi (walaupun Disraeli dibaptiskan di Gereja England ketika berumur 13 tahun) yang pernah berbuat demikian. Pencapaiannya yang paling tahan lama ialah pengasasan Parti Konservatif pada tahun 1846 selepas perpecahan Undang-undang Corn.

Walaupun Disraeli merupakan tokoh utama dalam sayap fahaman perlindungan Parti Konservatif selepas tahun 1844, hubungannya dengan tokoh-tokoh partinya yang lain, khususnya Lord Derby, ketua utama, seringnya sangat tegang. Tidaklah sehingga dekad 1860-an bahawa Derby dan Disraeli menjadi lebih mesra dan dengan itu, pewarisan oleh Disraeli terjamin. Sejak tahun 1852, kerjaya Disraeli juga ditandai oleh persaingannya yang hebat dengan William Gladstone. Gladstone kemudian menjadi ketua Parti Liberal. Dalam persaingan itu, Disraeli dibantu oleh persahabatannya yang mesra dengan Ratu Victoria yang kemudian sangat benci akan Gladstone semasa penggal pertama Gladstone sebagai perdana menteri pada dekad 1870-an. Pada tahun 1876, Disraeli dinaikkan ke taraf bangsawan sebagai Earl Beaconsfield selepas empat dekad dalam Dewan Rakyat.

Sebelum dan semasa kerjaya politiknya, Disraeli terkenal sebagai tokoh kesusasteraan dan tokoh sosial, walaupun novelnya umumnya tidak dianggap sebagai sebahagian daftar karya kesusasteraan Victoria. Beliau terutamanya menulis roman kesateriaan, dengan Sybil dan Vivian Grey mungkin merupakan novelnya yang paling terkenal pada hari ini. Sehingga hari ini, Disraeli adalah luar biasa dalam kalangan Perdana Menteri British kerana mencapai kedua-dua kemasyhuran sosial dan kemasyhuran politik.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikisource
Wikisource