Bill Nelson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bill Nelson
NASA Administrator Bill Nelson Official Portrait (NHQ202105170001).jpg
Potret rasmi, 2021
Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan ke-14
Memegang jawatan
3 Mei 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanPamela Melroy
Didahului olehJim Bridenstine
Senator A.S.
dari Florida
Dalam jawatan
3 Januari 2001 – 3 Januari 2019
Didahului olehConnie Mack III
Digantikan olehRick Scott
Ahli Peringkat Jawatankuasa Perdagangan Senat
Dalam jawatan
3 Januari 2015 – 3 Januari 2019
Didahului olehJohn Thune
Digantikan olehMaria Cantwell
Pengerusi Jawatankuasa Berumur Senat
Dalam jawatan
3 Januari 2013 – 3 Januari 2015
Didahului olehHerb Kohl
Digantikan olehSusan Collins
Bendahari, Pesuruhjaya Insurans dan Marsyal Bomba Florida ke-22
Dalam jawatan
3 Januari 1995 – January 3, 2001
GabenorLawton Chiles
Buddy MacKay
Jeb Bush
Didahului olehTom Gallagher
Digantikan olehTom Gallagher
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari Florida
Dalam jawatan
3 Januari 1979 – 3 Januari 1991
Didahului olehLouis Frey Jr. (ke-9)
Dan Mica (ke-11)
Digantikan olehMichael Bilirakis (ke-9)
Jim Bacchus (ke-11)
Kawasan pilihan raya5 (1979–1983)
11 (1983–1991)
Ahli Dewan Perwakilan Florida
dari daerah ke-47
Dalam jawatan
7 November 1972 – 7 November 1978
Didahului olehPersempadanan semula
Digantikan olehTim Deratany
Butiran peribadi
LahirClarence William Nelson II
(1942-09-29) 29 September 1942 (umur 78)
Miami, Florida, U.S.
Parti politikDemokrat
PasanganGrace Cavert (k. 1972)
Anak-anak2
PendidikanUniversiti Florida
Universiti Yale (BA)
Universiti Virginia (JD)
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Flag of the United States Army.svg Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1965–1968, 1970–1971 (Simpanan)
1968–1970 (Aktif)
PangkatUS-O3 insignia.svg Kapten
Bill Nelson, official NASA photo.jpg
Kerjaya angkasa
Pakar muatan NASA
Tempoh di angkasa
6h 02j 03m
MisiSTS-61-C
Lambang misi
STS-61-c-patch.png

Clarence William Nelson II (lahir 29 September 1942) ialah seorang peguam Amerika, ahli politik, dan pakar muatan NASA yang kini menjadi Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA) sejak tahun 2021.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Nelson dilahirkan pada 29 September 1942, di Miami, Florida, satu-satunya anak kepada Nannie Merle dan Clarence William Nelson.[1][2] Beliau berketurunan Scotland, Ireland, Inggeris dan Denmark.[3][4] Ayahnya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika Nelson berusia 14 tahun dan ibunya menghidap penyakit Lou Gehrig (ALS) ketika berusia 24 tahun. Nelson dibesarkan di Melbourne, Florida, di mana beliau bersekolah di Sekolah Tinggi Melbourne.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Potret rasmi Nelson sebagai Senator A.S.

Nelson memulakan karier politik beliau dengan berkhidmat di Dewan Perwakilan Florida dari 1972 hingga 1978 dan di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari 1979 hingga 1991. Pada Januari 1986, beliau menjadi anggota Kongres yang kedua terbang di angkasa lepas, setelah Jake Garn, ketika beliau bertugas sebagai pakar muatan di Space Shuttle Columbia. Sebelum memasuki politik, beliau berkhidmat di Tentera Simpanan A.S. sewaktu Perang Vietnam.[5]

Nelson bersara dari Kongres pada tahun 1990 untuk mencalonkan diri sebagai Gabenor Florida, tetapi tidak berjaya. Beliau kemudian dipilih sebagai Bendahari, Pesuruhjaya Insurans dan Marsyal Bomba Florida, berkhidmat dari 1995 hingga 2001. Pada tahun 2000, Nelson terpilih ke kerusi Senat AS yang telah dikosongkan oleh Senator Republikan Connie Mack III dengan 51% undian. Beliau dipilih semula pada tahun 2006 dengan 60% undian[6] dan pada tahun 2012 dengan 55% undian. Nelson mencalonkan diri untuk penggal keempat pada tahun 2018, tetapi dikalahkan dalam pilihan raya umum oleh Gabenor Florida ketika itu, Rick Scott.[7] Pada bulan Mei 2019, Nelson dilantik untuk berkhidmat di dewan penasihat NASA.[8]

Pentadbir NASA[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mac 2021, Presiden Joe Biden mengumumkan hasratnya untuk mencalonkan Nelson untuk memimpin Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara.[9] Nelson disahkan dengan persetujuan sebulat suara oleh Senat Amerika Syarikat pada 29 April 2021, dan dilantik oleh Naib Presiden Kamala Harris pada 3 Mei 2021.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senator Bill Nelson" Diarkibkan Mac 1, 2012, di Wayback Machine. Florida 4-H Hall of Fame. Retrieved December 15, 2009.
  2. ^ "Bill Nelson". Florida 4-H Hall of Fame. Diarkibkan daripada yang asal pada March 1, 2012. Dicapai pada April 1, 2012.
  3. ^ "Niuzer.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2021-05-23.
  4. ^ "bill nelson". Freepages.genealogy.rootsweb.ancestry.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-03. Dicapai pada November 20, 2013.
  5. ^ "Florida Marriage Collection, 1822–1875 and 1927–2001". Ancestry.com.
  6. ^ "Sen. Bill Nelson (D)", National Journal Almanac, December 31, 2008. Retrieved 2012-02-09.
  7. ^ Woodall, Bernie (November 18, 2018). "Republican Scott wins Florida U.S. Senate seat after manual recount". Reuters. Dicapai pada November 18, 2018.
  8. ^ "Former U.S. Sen. Bill Nelson named to NASA advisory committee". May 28, 2019. Dicapai pada June 2, 2019.
  9. ^ "President Biden Announces his Intent to Nominate Bill Nelson for the National Aeronautics and Space Administration". The White House (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-19. Dicapai pada 2021-03-19.