Bkay Nair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bkay Nair
Kelahiran
Tryambikay Vengades a/p Nair

(1982-02-15) 15 Februari 1982 (umur 42)
PendidikanUndang-undang
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanPelakon, model, perunding kecantikan, ahli perniagaan
Tahun aktif2002–kini

Tryambikay Vengades Nair atau nama panggilannya "Bkay Nair” (lahir 15 Februari 1982) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan watak sebagai Shireen dalam filem Ratu The Movie (2011). Selain itu, Bkay juga ialah penyandang Miss India Tourism 2007/2008.[2] Graduan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Model ini juga telah pengasas sebuah syarikat perunding imej ‘’Bkay Nair Resources’’ pada tahun 2012 yang memberi fokus kepada imej, penampilan, komunikasi, etika dan protokol kepada pekerja korporat wanita mahupun lelaki.

Sebagai peserta aktif dalam industri hiburan Malaysia, beliau merupakan contoh terbaik bagi mereka yang ingin mencapai potensi dan bakat mereka - sama ada mereka berhasrat untuk meneruskan perniagaan showbiz, meningkatkan tangga kerjaya, atau hanya mempunyai keinginan untuk menjadi lebih rapi dalam aspek pembentangan dir. Kerjaya beliau dalam industri hiburan Malaysia telah meletakkannya dalam perhatian pihak orang ramai, oleh itu, dia menyedari secara langsung bahawa nilai penampilan diri adalah satu espek yang penting.

Sebelum ini, beliau mewakili Malaysia sebagai Ratu Malaysia di pertandingan ratu dunia Worldwide International 2017 dan berada dalam calon 10 terbaik dunia. Beliau juga dianugerahkan The Phoenix Awards atas pencapaian cemerlang dan teladan beliau dalam bidang keusahawanan sebagai salah seorang Wanita Berjaya Dunia 2017.

Selain itu, beliau merupakan seorang yang terlatih dan bertauliah yang telah dianugerahkan The Certificate in Image Professional (CBIP) oleh OUM (Open University Malaysia). Bkay Nair juga merupakan jurulatih bertauliah dalam Program Accelerated Learning in Action (ALIA).

Seorang yang dermawan, dia telah melibatkan dirinya dalam pelbagai acara dan program dengan melakukan perkhidmatan sosial untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan melalui Soroptimist International Ampang, World Hijab Day International danWorld Saree Day Malaysia.

Beliau telah membuat seminar dan bengkel awam untuk ratusan pekerja korporat serta latihan catwalk untuk model dan mereka yang ingin menceburi bidang model. Pembelajaran one-on-one juga dilaksanakan kepada golongan eksekutif, profesional, dan kakitangan perkhidmatan Pelanggan dari pelbagai bidang.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bkay ialah anak tunggal dalam keluarganya dan merupakan lulusan dalam bidang Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[3] Beliau juga ialah pemilik syarikat perundingan imej Bkay Nair Resources.


Khidmat sosial NGO

Bkay Nair juga aktif dalam pelbagai program khidmat sosial dan NGO .Beliau merupakan:-

Naib Presiden (Events) MABIC@Malaysia Association of Brand and Consultancy

Ketua Biro Fesyen & Kecantikan,IICI@Institute of Image and Cosmetology Industry

Ahli seumur hidup The Branding Association of Malaysia

Ahli Biro Wanita ASEAN Chambers of Commerce

Disamping itu juga beliau aktif membantu wanita dan kanak-kanak melalui Soroptimist International (Ampang) dan World Hijab Day International.


Latihan

Bkay Nair merupakan jurulatih bertauliah yang mendapat sijil tauliah The Certificate in Image Professional (CBIP) oleh OUM (Open University Malaysia) dan jurulatih bertauliah Accelerated Learning in Action Programme (ALIA).

Certified Brand Image Professional

PSMB Certified Trainer

Certified Accelerated Learning in Action Programme Trainer

Beliau telah melatih ramai peserta korporat  melalui pelbagai seminar dan bengkel disamping melatih para model Dalam dunia keperagaan dan konsultan untuk eksekutif Professional dan Perkhidmatan Pelanggan dalam pelbagai bidang.


Antara topik yang diajar  beliau ialah  Imej Korporat Profesional,Grooming, Etika Perniagaan dan Protokol,Penjenamaan Individu,Penjenamaan Media Sosial,Perkhidmatan Pelanggan,Komunikasi dan Ucapan Awam ,Latihan Pengurusan Projek dan Kemahiran Pengurusan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Bkay Nair telah mendapat pelbagai anugerah atas pencapaian beliau antaranya ialah:-

  • Brand Image Entrepreneurship of the Year 2020 /2021 Awards-MFMPA
  • Style Icon of 2018 Awards by Stylo International
  • The Golden Phoenix Awards – Outstanding Women Entrepreneur 2017
  • Sahaba Awards 2019 by World Hijab Day


Selain itu, beliau juga cukup aktif dalam bidang ratu cantik dan telah merangkumi pelbagai anugerah bagi bidang tersebut. Antaranya ialah: -

Dalam dunia peragaan dan ratu cantik pula Bkay Nair pernah menyertai pelbagai acara ratu cantik dan menyandang pelbagai gelaran antaranya ialah:-

  • Miss Malaysia Indian Tourism 2007/2008
  • Miss Malaysia Indian Global 2008/2009
  • Petite Malaysia World 2016/2017, 3rd Runner-Up & Photogenic
  • Malaysia Worldwide Queen 2017
  • Ms Kebaya Malaysia Ambassador 2017
  • Miss Malaysia Kebaya Timeless Elegant Queen
  • Worldwide International 2017 pageant
  • Brand Ambassador for Aessence Clinic & Medispa

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Beliau dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Eina Azman susulan perbalahan yang berlaku sewaktu filem Ratu The Movie ditayangkan pada Februari 2011, selepas Eina dikatakan cuba mencetuskan kontroversi apabila dikhabarkan menjadi dalang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip, dengan mendakwa Abd Latiff Mohaideen (adik Abdul Razak Mohaideen) mempunyai skandal dengan Bkay yang ketika itu merupakan Pengurus Koordinasi dan Perhubungan Awam Wayang Studios International, anak syarikat Lineclear.[4] Bkay turut mendakwa Eina belum mengeluarkan kenyataan permohonan maaf berikutan penyebaran fitnah itu dan mengatakan sudah ada tindakan undang-undang terhadap Eina namun segala urusan dilakukan oleh bapanya memandangkan usia Eina masih muda. Meskipun kontroversi itu, Bkay dilaporkan berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama Eina pada masa akan datang.[5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Ratu The Movie Shireen Filem pertama
Raya Tak Jadi
2012 Bujang Telajak
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia
2019 Banglo No. 99

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Gerak Khas (Musim 13) Noritta TV2 Episod: "Cinta Berdarah"
Dewa Cintaku TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatin Rozaini Abd Aziz (7 Disember 2019). ""Jika ada rezeki untuk berkahwin lagi saya tak menolak" - Bkay Nair kembali ke set penggambaran selepas enam tahun menyepi". mStar Online. Dicapai pada 9 Mei 2020.
  2. ^ Kemalia Othman (18 April 2011). "Bkay tolak jadi peguam". mStar Online. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  3. ^ Siti Azira Abd Aziz (4 Julai 2011). "Bkay Nair menari untuk hilang tekanan". mStar Online. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  4. ^ Wahida Othman (20 Julai 2011). "Perang Eina & Bkay belum selesai". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  5. ^ Wahida Othman (20 Julai 2011). ""Eina belum minta maaf" - Bkay Nair". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  6. ^ Rudy Imran Shamsuddin (9 Februari 2011). "Bersemuka pelakon 'bawa mulut'". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2011. Dicapai pada 1 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]